29 June 2007

Tidak Puas Hati..

Semalam masa mesyuarat aku suarakan satu pendapat..Pendapat aku ini hanya bermaksud satu, iaitu untuk menghasilkan yang terbaik yang mana ianya akan memberi imej yang positif kepada tempat kerja aku..Untuk menghasilkan yang terbaik, perlu kerjasama daripada semua pihak..Aku sebagai penyusun maklumat dan mungkin seorang dua lagi yang akan membuat design..Tapi pendapat aku ditolak..mungkin kerana orang yang perlu membuat design tu takut kerja dia makin bertambah..serius aku katakan aku bukan ingin menolak kerja, tapi aku tiada kemahiran dalam design..aku perlukan orang lain untuk membantu..Kalau aku tahu dan berkemahiran memang aku boleh buat sendiri.. Hangin tol aku..Pendapat aku disanggah malah pendapat orang yang perlu membuat design itu disokong oleh orang yang aku rasa tidak faham tentang pengoperasian system tersebut..heeee memang aku hangin..

Tapi aku ambil itu sebagai cabaran..Aku akan belajar buat design..Takpe tak mahu tolong aku..dan hari ini buat pertama kalinya aku menggunakan software Adobe Illustrator dan aku tak percaya aku mampu buat..Walaupun korang rasa biasa jer,tapi ini kejayaan pertama aku (TENGOK GAMBAR BAWAH)..Terima kasih kepada kawan aku Ust Sh kerana ajar aku basic guna software ni..Dan sekiranya apa yang aku buat dikritik kata "Tak cantik,tak menarik, tak tertarik dan tak da bomb, bersiap sedia..Aku akan pulangkan paku buah serpih (betul ker peribahasa ni)..AKU AKAN CAKAP.."TULA HARI TU TAK NAK TOLONG"...biar korang tahu apa maksud aku sebenarnya..


p/s: Mungkin korang tak faham apa aku nak cerita..Aku bagi cerita kabur2 sket sebab untuk jaga kepentingan aku dan orang-orang berkenaan..

22 June 2007

Halia

Petang semalam aku duduk makan..sebelah aku ada 2 orang laki dan sorang perempuan sedang bersembang..aku tergelak besar dengar diorang sembang..Ni dialog diorang:

Perempuan: Makan la halia tu..bagus untuk badan..nanti boleh keluarkan angin dalam badan..

Lelaki 1 : Tak boleh..tak boleh makan banyak sangat..nanti keluar angin jer..tak keluar yang lain..hahaha

lelaki 2 : Hahahahahhaha..Gelak sama...

p/s: Kalau korang gelak maknanya korang faham maksud ayat lelaki 1 tu..kalau korang tak faham, mungkin korang tak kawin lagi atau masih di bawah umur..hahahah..Siapa lelaki ke-2?Aku kot..

Sibuk..

Aku sekarang mula memasuki zon kesibukan kerja..kerja datang bertimpa-timpa dan bergolok-golek lalu menimpa aku yang kurus ini..hehe kurus ke aku?Macam-macam kena buat..Pameran ada dalam 5 kena join, laporan tahunan, buletin, lawatan..Adus pening-pening..Hmm aku baru mula sibuk, mula nak pening..member aku yang lain, dari awal tahun dah sibuk..biasa jer..Relaks..Buat seikhlas hati.. InsyaAllah akan ada pertolongan dari Allah s.w.t...InSyaAllah..

Ruang Rindu..Letto

Hmmmmm...sedap lagu indonesia ni..seperti biasa aku suka muzik, dan lirik aku tak peduli sangat...relek dan harmoni jer muzik lagu ni..Download Ruang Rindu:Letto..lagu baru gak ni..

p/s: Aku pelik kenapa kebelakangan ni post aku pasal lagu jer..adakah aku dah dipengaruhi dengan blog2 lagu yang lain?Entahla..tp aku post lagu yang aku suka jer..

19 June 2007

Pencinta Wanita versi Kelantan

Hahahahahah..aku mulakan coretan aku ni dengan gelak..hahahahahah..gelak sekali lagi..Baru aku tahu orang kelantan memang creative..Aku dapat lagu Pencinta Wanita yang dinyanyikan dalam loghat Kelantan..memang lawak tapi vokal dia boleh tahan..Hahahaha..Download Pencinta Wanita versi Kelantan..Ni lirik lagu tu....Sekali lagi aku nak gelak..hahahahahahhaha...

Dimulakan dengan pengacara majlis..

Ramai sunggoh la nyanyi male ni..Kito jeput la jugok lagu yang ke-5..tidok dizek dihes..aaa saloh sungguh la ni..tidok dikir lagi ialah..Seyyyqa...

Di manokoh bulih caghi cinto
Cinto setio dale hidup ambo
Lebih kughe hok supo hok dio
Semogo temu denga dioooo...

[Chorus]
Ambo toksir nok janji nga dio
Pasti sene hidup denga ambo
Biar dio sendiri yea (yang) raso
Betapo gilonyo ko dioooo...

Ambo meme minat ko oghe tino tapi buke jenis boyooo..
Tokleh dok nok caghi tino sokmo
Ambo cinto hanyo ko diooo

Ambo meme minat ko oghe tino
Oghe juruh seghupo dioo
Ambo toksir doh padela rasonyo
Hok dok cari berjupo
Cinto ambo ternyato
Ambo nok hanyola diooo..

Demo meme minat ko oghe tino
Namun buke jenis boyo
Toksir doh nok caghi tino sokmo
Ko hanyo cinto ko ambo

Minat ko oghe tino
Minaat ko dioo
Hanyola dio...

16 June 2007

Sofaz..Janjiku

Aku suka lagu ni..muzik dia..lirik aku tak peduli sangat..Kalau nak dengar lagu ni,klik di sini..Download Janjiku:Sofaz

p/s: Bila page utk download dah buka, pergi ke bahagian bawah page..ada box dan sebelah kanan ada tulis Download..klik yang tu..

Astro New Channel

Semalam aku terbaca iklan yang Astro akan perkenalkan satu lagi channel baru iaitu 54..dia kata kol 7 ptg launch..aku tekan la 54 tapi tulis no channel available..aku cakap apa menda plak ni..kata dah ada..Iklan selalu keluar yang suruh kita biarkan decoder dalam standby untuk dia update..aku memang tak tutup decoder aku..tapi still tak dapat jugak channel baru..

So apa aku buat?aku cuba godek2..dan at last aku berjaya dapat channel baru tu..cara dia macam ini:

1. Korang amik remote dan tekan menu

2. Pilih yang no 2. -- Sattelite Signal

3. Pastu akan kuar kaler hijau,kuning merah..pastu ada tulis bawah tu OK (download)

4. Korang tekan OK kat remote..pastu dia akan download service yang available

5. Lepas seminit akan keluar list channel yang available..

6. Tekan menu utk keluar balik..pastu cuba tekan chenel 54..pasti dah ada..

Kalau tak ada maknanya, korang tak subscribe channel tu atau korang memang tak pakai Astro kat umah..

14 June 2007

Kuning dan Putih

Petang tadi ada big event yang dianjurkan oleh tempat kerja aku..Tuanku Agong dan Raja Permaisuri berangkat bagi menyempurnakan perasmian..Dan tadi aku dapat tahu sekiranya Tuanku Agong pakai baju melayu masa baginda datang, maka semua jemputan yang hadir pada majlis itu tidak dibenarkan memakai baju yang berwarna Kuning Atau Putih..Itula protokol namanya..

p/s: tetapi aku tertanya2..kalau pakai jugak jadi camana ek?Kuning dan Putih..

11 June 2007

Submit Url to Google..

Happy betul aku..Walaupun pada orang lain tak happy, aku tetap happy..Apa yang menggembirakan aku? Blog aku dah dikesan oleh Google..Tadi aku cuba type kat Google search dlm kategori web search..Payed82..sekali keluar url blog aku...hahahah..seronok2..maknanya kalau korang tak ingat url blog aku type la kat google payed82..insyaAllah akan keluar link ke blog aku..hahaha..tapi kalau kat yahoo takde..kat google jer ada..tp utk permulaan ok la dak..

p/s: Kepada sesiapa yang rasa nak ketawakan aku, jangan gelakkan aku..

06 June 2007

I don't know..

Hmm..aku nak cerita apa ek..takde mende la aku nak tulis..cuma hujung minggu ni aku berkursus di Melaka..kursus penyiasatan..habisla lepas ni..jangan menipu aku..aku dah tahu macamana nak menyiasat..ni ada plak mende nak ditulis..

05 June 2007

Ampun Tuanku..Hamba tak tahu..

Hari Jumaat lepas aku telah diarahkan oleh bos aku untuk buat wording sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong..Ianya akan digunakan untuk dipaparkan di billboard (screen besar) company aku punya..Maka aku buatla wording seperti di bawah..








Petang tu kebetulan ada mesyuarat, aku bawa la wording tu untuk disemak oleh bos aku..Dia tengok jer,terus dia pandang aku dengan serius..Ini adalah dialog perbualan antara aku dan bos aku:

Bos : Anta ni tak nak belajar..belajar la dengan orang lain!!

Payed: Terdiam..(Dalam hati cakap Belajar mende?)

Bos: Ni..(sambil tunjuk kat wording).. mana boleh guna Duli Yang Maha Mulia untuk Yang di-Pertuan Agong..tak boleh..(dengan ganas dia potong perkataan tu dengan pen)..lain kali anta belajar..jangan malas tak nak belajar..

Payed: Baik Dato'..saya akan betulkan sebelum masuk kat billboard (dalam hati aku cakap Ni aku belajar la ni..belajar melalui pengalaman)

Aku berlalu pergi..masa aku jalan nak ke kerusi aku, nampak member aku senyum mengejek kat aku..takpe kau..ko gelakkan aku, aku kena marah..

Moral of the story..Korang tak boleh jadi agong..yang boleh jadi agong hanyalah sultan atau raja di negeri..hahahah...Aku dapat satu maklumat berguna hari ini iaitu: "PERKATAAN DULI YANG MAHA MULIA TIDAK BOLEH DIGUNAKAN UNTUK YANG DI-PERTUAN AGONG"..Aku selit kat celah2 sereberum dan serebelum aku..Ingat sampai mati..