31 August 2007

Happy 50th Independence Day

Merdeka..Merdeka..Merdeka..Hmm Sempena Memeriahkan Lagi Kemerdekaan Malaysia Yang ke-50, maka aku membuat satu coretan di blog aku..paling kurang akan tertulis tarikh 31 Ogos 2007 di dalam blog aku ini..So malam merdeka malam tadi aku menyambutnya di rumah menyaksikan filem Kungfu Hustle di Channel AXN.hahaha.Memandangkan memang dah jadi perangai aku yang tak suka pergi tempat orang ramai-ramai, berpusu-pusu, berhimpit-himpit, aku memang tak pergi tempat sambut merdeka kat mana-mana tempat kat KL..memang daripada dulu daripada aku belajar aku tak pernah pergi..tengok kawan aku pergi ada la.. Pergi buat pening kepala jer..

Sini aku nak kongsi satu perkara mengenai kemerdekaan ni..mungkin korang dah tahu..Korang perasan tak bila Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman laungkan kemerdekaan;tangan dia bukan digenggam sebaliknya dibuka tanda Tanah Melayu ketika itu telah bebas..Tapi sekarang ni kalau kita tengok bila laungkan merdeka tangan digenggam..Tapi bukan isu besar pun..Sajer aku nak cakap..Aku perasan perkara ni bila RTM buat siaran langsung PM pergi Bandar Dihilir, Melaka dalam 2 minggu lepas..Masa tu RTM jemput tokoh kemerdekaan..lupa nama dia..Dia cakap ada orang tanya Tunku kenapa masa laungkan kemerdekaan tangan dibuka?Jawapannya sama yang aku tulis tu..Tanda Kita Telah Bebas..


p/s: Merdeka! Merdeka!Merdeka..(Buka Tangan, Jangan Genggam)

24 August 2007

Cari Duit Guna Blog

Sebenarnya secara jujurnya aku mengaku aku buat blog pakai blogger kerana aku nak cari duit lebih..Aku ingat senang dapat duit..Bermula dengan promosi oleh anak saudara aku, pastu aku cari dalam internet dan aku mula terpengaruh dengan program adsense ni..Aku pun try la Google Adsense..Baca web dia perghh aku memang nampak duit..macam senang gila dapat duit..




Lalu aku buka blog dan terus letak Google Adsense kat blog aku dengan tanggapan esok hari aku dah dapat duit..hahahaha..lawak-lawak..Mana boleh dapat..hit blog aku bawah 10..tu pun sebab aku yang masuk..hahaha...Pastu bila susah dapat duit, aku mula fed-up dan putus asa..hahah..aku pun mula survey pendapat orang lain mengenai adsense ni..member aku cakap Google Adsense ni memang berkesan kalau hit web mencapai 10,000 sehari..masa tu memang goyang kaki la empunya web..Tapi kalau setakat hit 10 15 20 hehe baik tak yahla letak..

Tapi di sebalik kegagalan aku itu, kesungguhan aku untuk masuk adsense ini membolehkan aku tahu sikit pasal web..kalau dulu tak tahu apa guna frontpage dan dreamwaver, skang ni tahu la sket2 walaupun tak pandai guna..tahula sket2 nakpakai html code..kira ada hikmah jugak la walaupun adsense aku tak menjadi..hahaha..

So hingga sekarang akaun Google Adsense aku adalah $0.00..haha..tapi alang-alang aku dah register, aku masuk jer la dalam blog..mana tahu ada orang jahil click iklan google tu..


Pendekkan Penulisanmu

Setelah aku mengkaji tulisan-tulisan di blog aku dan blog orang lain, aku mendapati post yang panjang tidak akan dibaca atau kurang dibaca oleh pelawat-pelawat web..Orang hanya suka membaca suatu yang ringkas dan padat serta menarik..Walaupun post yang panjang itu menarik, memang orang akan susah nak baca..Contoh post aku Untuk Suami atau Bakal Suami..Best baca tu tapi memang orang tak baca..(Atau Aku Jer Rasa BEst Baca)..Tapi yang penting kalau nak tulis post, tulis pendek-pendek jer.. Macam post aku yang ini..

Satu lagi kalau korang letak gambar kat post, memang boleh menambah tarikan untuk orang membacanya..Tapi kena gambar yang sesuai la..Okla sampai sini..kita berjumpa lagi di lain siaran..Majulah Blog untuk Goblok..Hahaha..Gurau jer..

p/s: Pelik aku..Kenapa tiba-tiba aku rasa terpanggil untuk menulis pasal ini..

20 August 2007

Evan Al-Mighty

"Mereka yang melaburkan wang untuk menonton Evan Al-Mighty boleh dikira sebagai bersubahat kerana menyokong perkembangan filem berkenaan. Malah jika mereka mengiakan setiap fakta dalam filem berkenaan secara sengaja atau tidak, secara tidak langsung, mereka tergolong dalam golongan murtad kufur"katanya..

Ni aku petik kata-kata Mufti Johor Datuk Nooh Gadut dalam Harian Metro, 20 Ogos 2007. Fikirkan..

18 August 2007

Cara Mudah Kopek Durian..


Sekarang ni musim durian..So hari ini aku nak bagitau cara mudah kopek durian agar korang tak perlu tunggu setengah jam sebelum dapat makan kerana berusaha kopek durian..Kopek tu istilah betul ker?kalau bahasa aku dia sebut ceqoh..tapi kopek ke ceqoh yang penting ko nak bukak durian tu dan makan isi dia..Kalau korang expert, tak perlu la ikut cara aku..macam ada staf tempat aku keje dia kopek durian pakai tangan..tak pakai pisau.. pergh kagum aku..


So macamana caranya?Caranya macam ni (Diajar kepada aku oleh Us Sh)..Korang penah tengok tak durian yang kulit dia terbukak sedikit..Macamana ianya berlaku?Antara sebab ianya berlaku adalah hasil daripada hentakan yang kuat apabila ia gugur daripada pokok..So korang boleh praktis cara ini..Korang pegang tangkal buah durian tu, lepas tu pegang la paras pinggang ke,then korang hempaskan ke lantai..lakukan sebanyak yang mungkin sampai korang nampak kulit terbuka sket..Kalau kulit dia tak terbuka jugak, korang guna pisau..dia akan jadi lebih mudah berbanding sebelum ko hempaskan ke lantai..Tapi hempaskan tempat yang keras la, jgn hempas atas tilam, sampai tua tak jadi..


Cara ini lebih praktikal sekiranya korang tak ada peralatan yang sesuai ketika itu..Lepas korang hempas, carila screw driver ker, pisau lipat atau kunci kereta, tekan alur kat kulit durian tu..InsyaAllah senang.


p/s: Kalau nak lagi berkesan, korang naik umah flat tingkat 20, lepas kan ke bawah..memang terbukak dan terburai terus..kalau kena kepala atau kereta orang lagi bagus, dengan korang-korang terburai..hehahah..

17 August 2007

Untuk Suami atau Bakal Suami

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah.

Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah"

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, dia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak.

Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.

Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur.

Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran.

Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan.

Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi.... Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe...

Bolehlah rasanya nak berehat sikit. Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur..tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja"

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...." Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari??? ....Beranaaak? ??....... Waaaaaa.. takmo... takmo... takmmmoooooooo! !! "Bang, bang... Abangggg... apasal niii..??" Sergah satu suara di sisinya.

Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami??? "Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan. Tentulah abang yang jadi suami..... Appa punya lawak pagi-pagi buta ni....."

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh... Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya.... .....

Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan dilindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.

13 August 2007

Recover My File

Permulaan minggu aku dimulakan dengan sesuatu yang mengejutkan dan mendebarkan aku..Hari ini hari Isnin aku memulakan kerja aku dengan buat partition baru di pc aku kat ofis..Aku guna Partition Magic..Ianya berjalan lancar tanpa masalah..Masalahnya bermula apabila aku nak pindahkan fail-fail dalam My Documents ke dalam partition baru aku..Aku copy fail-fail dalam My Documents then aku pastekan dalam partition baru..

Setelah hampir separuh fail-fail tu masuk dalam partition baru, sekali keluar arahan mengatakan ada satu fail tidak boleh dipindahkan, so aku tekan ok..bila aku tekan OK dia pun delete satu persatu fail yang telah dialihkan ke dalam partition baru..Aku ok lagi..Dan tiba waktu yang mendebarkan dan menaikkan bulu roma aku bila aku nak copy balik fail dalam My Document dan pastekan semula..Aku dapati semua fail original yang aku nak copy dah hilang..Aiyaaaaa dia delete sekali ker? AKu menggelabah rasa nak menangis pun ada..Banyak gila maklumat aku dalam tu..Yang paling penting laporan tahunan yang aku buat daripada bulan 5 hari tu..Letih aku mengarang buat benda tu..Dahla minggu depan kena masuk meeting..AKu mula menggelabah, bangun, duduk, pegang kepala..camana ni?

Aku pun call la member aku dekat ICT Department..Dia pun datang tempat aku..Godek..Godek.. tak jumpa jugak ke mana hilang documents tu..Last-last search dalam internet cari software yang boleh buat recovery files..then dia jumpa satu software..Nama software tu Recover My Files..Dia cakap ni 1st time dia guna..Dia pun download dan install..Alhamdulillah setelah hampir sejam search guna software tu, fail-fail yang dah delete dijumpai kembali..Syukur aku..Rasa nak menangis pun ada..

ALhamdulillah..Arakian itu, hari ini satu hari aku tak buat keje..aku kena recover balik semer fail-fail yang terdelete..banyak gila..pc pun jadi slow bila dia search fail-fail yang terdelete tu..Harap esok aku dah boleh mula buat keje balik..So moral of the story backup la fail2 penting korang, dah jadi nanti, menangis tak berlagu la weiii..Tapi member aku cakap dekat LowYat ada service untuk buat recover file..Kalau dah format pun, boleh cari lagi..Tapi kena bayar dalam RM50..

p/s: Software tu sebenarnya kena beli baru boleh guna,trial version ada tapi just untuk preview sahaja..Tapi member aku Mr.Phrozen, dia pandai cari crack dalam internet..Dapat..heheh..

09 August 2007

Moody..

Lama Sungguh Aku Tak Update blog Aku..Lebih Kurang 2 Minggu..Tak berkesempatan dan juga tiada Point Untuk Menulis..Aku Mengucapkan Terima Kasih Kepada Pengunjung Blog Aku (Sekiranya Ada)..Sekarang Ini Mood Menulis Kureng Sket..Ok CChioww..

02 August 2007

Huahuauaaahahahahaha...

Sekumpulan pasukan pengakap sekolah berkhemah di hutan lipur. Setiap khemah dikhaskan untuk 3 orang pelajar. Dalam sebuah khemah, sewaktu tidur.

A: Oi sape kentut ni? cinabeng betul!

B: Bukan aku

C: Aku pun bukan

A: Aku yang bau dulu, jadi bukan aku

B: Baunya macam telur. Tak pernah aku terbau kentut sebusuk macam ni,macam kentut musang.

C: Haa'ah busuk nak mampus, mungkin telur yang dimakannya tadi telur temelang. Bodo la sapa yang kentut ni. Telur temelang pun nak makan. Macam biawak!!

A: Oiii ckp baik-baik sikit, aku makan telur separuh masak la.

B&C: Ooooo......

Anakku Asma..Sayang Dier

Aku tak pernah tunjuk kat korang gambar anak aku ek..Ni aku letak gambar dier..Wan Asmaa..namanya ringkas dan pendek..senang sebut senang ingat..aku tak nak nama dia jadi macam nama aku..panjang sampai kena ada 2 kad pengenalan.. nak isi borang lagi jenuh..kena kira dulu kotak cukup ker tak nak tulis nama aku..


p/s: Tapi aku panggil dia asma'..sebab nama ni yang sebenarnya aku nak letak.. tapi bila g JPN diaorang tak terima tanda ' ..hanya huruf yang diterima..so aku ganti la tanda ' tu dengan a, jadila asmaa..

01 August 2007

Seminggu Kita Berpisah..

Hampir seminggu aku tak update blog..Dari hari Rabu lepas sampai Selasa semalam aku ke Besut menghadiri Perkampungan Hadhari Peringkat Parlimen..Ofis aku buka booth pameran dan booth kami telah memenangi tempat pertama daripada lebih kurang 30 booth yang dibuka..Yehhaaaa...Kekadang benda-benda macam ni macam menang, dapat penghargaan membuatkan kita semangat dan rasa macam berbaloi stayback lambat,berpenat lelah..Tapi yang penting ikhlaskan diri lillahi taa'la..Tapi penghargaan tetap penting..bukan untuk meninggi diri tetapi untuk menaikkan semangat dan motivasi..So kepada semer2 bos atau mandur atau supervisor atau tauke yang baca blog aku ni,bagila sket penghargaan kepada anak buah..belanja makan ker,belikan kereta ker,beli ps2 ker..paling tidak ucapan terima kasih dan sedikit pujian yang ikhlas..Paling best naikkan gaji..

So sepanjang aku kat sana, aku tinggal anak bini aku..rindu membuak2..kepada anak aku rindu, kepada isteri aku rindu jugeeee..hehehe...masa berjauhan memang teringat sangat..sekali tu aku call isteri aku, aku dengar anak aku nangis..perghh sedih giler, sayu jer rasa..rasa cam nak menitik air mata..Semalam aku sampai, berdozen-dozen aku cium n peluk dia..lepas tu tukar giliran kepada isteri aku pulak...hehehe...takperla halal..

Tapi masa berjauhan ni, iman kena kuat..Masa berjauhan gini, kalau boleh aku nak jer isteri aku bomohkan aku supaya nak kat dia jer..Mana tahu tengah berjauhan sekali kena bomoh ngan awek lain atau kita bomohkan awek lain. okla dah panjang aku mencoret..Lepaskan geram..hujung minggu ni g langkawi plak..tinggal lagi anak n isteri aku..bulan ni jer kot..takperla sekali dalam setahun..
Ok chiow...