28 November 2007

BZ Gilerrrr....

tension

Lama betul aku tak update blog..2-3 minggu lepas memang bz tahap cipanzi..Aku kena siapkan annual report untuk bentang di Jemaah Menteri dan Parlimen..Yang paling menyesakkan dada aku ialah bila nak masuk dalam Mesyuarat Jemaah Menteri..Untuk masuk Mesyuarat tu, kena bagi at least 40 set "dummy" buku laporan tu..Aku dah tahu benda tu, dan aku expect ianya akan dibentangkan pada 28.11, iaitu hari ini..Tapi tup tup tengok2 diawalkan seminggu ke 21 hb..Adui..Terus aku call printer suh siapkan terus..Aku call hari Isnin 19hb dan aku cakap by hooked by crooked malam tu jugak kena siapkan print dummy..Menggelabah diorang..Mana taknya..schedule asal seminggu lagi, last2 tukar awal seminggu..Aku call diorag mula2 selang sejam,pastu masuk jam 7 ptg tak settle lagi..baru siap 10 set..aku menggelabah..pening aku..aku mula call diorang selang 10 minit..Pening pompuan tu..Hahah kesian dia..Nak buat camana, aku kena push dek bos aku, terpaksa la aku push diorang..

Tapi alhamdulillah kol 10 mlm semer settle..AKu suh diorang send ke Putrajaya..Aku tunggu kat sana..Settle..Dan sekarang aku masih menanti apa lagi halangan yang bakal aku tempuhi sebelum hantar ke Parlimen minggu depan..Aku berdoa agar semuanya berjalan lancar..Amin..Janganlan ada silap print ker aper ker..

Dan untuk sepanjang tempoh itu, aku tak menonton citer kegemaran aku ..Naruto Shippuudeen..Hahahah..Pasni aku nak tengok puas2..2 episod aku tak tengok..Episod 34 dan 35..Nanti aku citer sinopsis..Hahahaha..

22 November 2007

Happy Birthday To Payed..



Happy Birthday to Me..Isk,Isk,isk..
Happy Birthday To Me..Isk..Uhm..Isk..
Happy Birthday Tooo Paaayedddd...Uwa..Isk.isk..
Happy Birthday To meee.....
Uwaaaaaaaaaaaa......Tadak sapa wish aku..Hatta bini aku sendiri..

13 November 2007

Atasi Ganguan Astro tanpa Bayaran

Astro


Semalam Astro kat umah aku tak dapat siaran..Masalah ini bermula bila hujan lebat kat rumah aku..So disebabkan kilat aku tutup semua suis termasuk suis dekoder Astro..Selepas 4 jam bila hujan dah kembali reda, aku "on"kan balik suis dekoder....

Bila bukak jer TV, dia tulis Channels Not Available (Lebih kurang gitula..dekat decoder, clock dia 00:00..kira cam tak update..Tekan menu tak jadi, tekan menu dekat decoder tak jadi..So aku call la Astro..

Astro mintak aku off kan dekoder Astro lima belas saat, pastu onkan balik..Buat tak jadi jugak..Pastu dia cakap dia akan buat aduan ke bahagian teknikal..teknikal akan call aku dan sekiranya perlu, diorang kena datang rumah..dan bila dah datang rumah apa lagi..Duit Duit Duit la..Kena bayar RM50..

Aku cakap okla..Dalam sejam lepas tu Teknikal Astro call aku..Dia mintak aku buat benda yang sama..Switch off onkan balik, try tekan menu semer2, tak jadi jugak..Dia kata memang kena datang umah tengok dan akan datang dalam temoh 24 jam dari jam 9.00 pagi hingga 7.00 ptg..Aku cakap okla..datangla..

Lepas aku call, aku try godek2 balik Astro tu..AKu switch off onkan balik..tak jadi jugak..Lepas tu terlintas di fikiran aku untuk cuba satu benda..

Aku cabut cable yang direct dari piring astro ke dekoder..Aku cabut yang kat dekoder tu..Pastu aku sambung balik..Nahh tiba2 elok terus..Terus ok..Siaran ada dekoder pun ok..Hmm senang betul..Kena kalau Astro datang umah, tak pasal2 melayang RM50 sedangkan kalau buat sendiri peluh pun tak keluar...Hahaha..

p/s: Ni sajer aku nak kongsi pengalaman aku..Samada apa yang aku buat tu kebetulan sajer, at least boleh cuba bila hadapi masalah yang sama..Panjang betul coretan aku kali ini..

11 November 2007

Naruto Shippuudeen..Episod 33..

loan


Episod yang ke-33 Naruto Shippuudeen dah release..Cepat-cepat download kat SaiyanIsland.com..Meh aku citer sinopsis episod kali ini..Kali ini Team Naruto dan Gai dah sampai ke kem dia setelah berlawan dengan Otai-otai jahat iaitu Orochimaru yang hampir membunuh Gaara..Namun Kakashi sensei dah cedera teruk akibat pertarungan itu..

Pada masa yang sama, Sakura telah menyampaikan maklumat rahsia yang diberikan oleh Sasori kepada Tsunade Sama..Team Naruto akan dihantar lagi untuk misi seterusnya..Tapi kerana Kakashi sensei dah cedera teruk, maka diorang kena recruit teammate baru..Korang nak tahu siapa team mate baru diorang?Tu gambar kat atas tu, sebelah kiri..Bakal team mate baru diorang ni hebat..skill pertarungan menggunakan dakwat lukisan..Secara keseluruhannya, episod kali ini okla..tak slow sangat dan ada fighting action..dan ada juga aksi lawak Hinata, ninja perempuan yang minat gila kat Naruto..Dari kecik sampai besar, jumpa jer Naruto terus pengsan..Hahahahha...

08 November 2007

Perjalanan Hidupku Dalam Permulaan Meniti Alam Rumahtangga

Hari ini buat pertama kali dalam sejarah hidup, aku menghasilkan video..Video pertama aku..hahahah...Walaupun ianya bukanlah video dalam erti kata sebenar, tetapi bagi aku, ianya memberi aku kepuasan..HAhah..Video tu aku buat menggunakan Windows Movie Maker dan aku gabungkan photo2 yang aku amik sebelum ini..Maka terhasillah video bertajuk "Perjalanan Hidupku Dalam Permulaan Meniti Alam Rumahtangga"..Dibintangi oleh Payed, Isteri dan Wan Asmaa, Permaisuri Hatiku..Hahaha...Saksikanlah..


04 November 2007

Drop Caps Testing

Testing Drop Caps..Jadi ker? Kalau jadi, nak tahu camana nak buat?Kalau nak tahu, email aku at neverminder82@yahoo.com..Hehehe.. Test jer..


Rukun Negara dalam Bahasa Inggeris

fixurproblems.blogspot.com


Semalam aku terbaca satu suratkhabar..Dia tulis pasal Rukun Negara, tapi dalam bahasa Inggeris..SO aku rasa elok juga kalau aku letakkan dalam blog aku ni..At least kalau ada orang nak pegi interview dan nak tahu pasal Rukun Negara, leh baca kat sini..Ok ini Rukun Negara dalam English:

  1. Belief of God (Kepercayaan kepada Tuhan)
  2. Loyalty to King and Country (Kesetiaan kepada Raja dan Negara)
  3. The Supremacy of the Constitution (Keluhuran Perlembagaan)
  4. The Rule of Law (Kedaulatan Undag-Undang)
  5. Courtesy and Morality (Kesopanan dan Kesusilaan)

02 November 2007

Terima Kasih Semua.

fixurproblems.blogspot.com
Pagi tadi telah selesai satu program yang mana aku menjadi urusetia program tersebut..Alhamdulillah, bagi aku ianya berjalan lancar..Dan aku menerima sms dari S/U Politik Menteri mengucapkan tahniah atas kejayaan program..Pengarah pun aku nampak happy jer..CEO ucap terima kasih dan tahniah..So apa yg aku faham program ini berjalan dengan ok dan lancar..Ini kali pertama aku menjadi setiausaha bagi program sepanjang aku bekerja di sini..Mungkin ianya tidak semega program2 lain, tetapi tanpa pengalaman yang luas, menggelabah jugakla aku bila dipertanggungjawabkan untuk menjadi setiausaha..Tapi aku cuba yang terbaik dan alhamdulillah bagi aku hasilnya positif..

Coretan aku kali ini sebenarnya aku tulis untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah membantu aku khususnya Jawatankuasa Kerja yang dilantik..Korang memang best..Tanpa korang semua, program ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya..Terima kasihhhhhhhhhhhhh bebanyak kepada semua..Di sini aku sebutkan nama-nama mereka daripada agensi aku yang telah banyak menolong aku bagi melaksanakan program ini:

  1. Ust Shukri
  2. Kak Farizah
  3. Kak Wan Azira
  4. Cik Suwaibah
  5. En. Fauzi
  6. Pn. Zarina
  7. Kak Norizah
  8. Pn. Salmie
  9. Ust. Rafie
  10. Cikgu Affandey
  11. Cikgu Saha
  12. Haji Mansor
  13. Safiah
  14. Mad Awang
  15. Malek
  16. Kak Norlelawati
  17. Nazwan Shah
  18. Ridzwan
  19. Hmmm saper lagi ek...
Aku cuba sebut semua yang aku ingat..Terima kasih sekali lagi..Aku rasa aku dah sebut semua..Tapi kalau ada yang tak disebut, mohon maaf..Jasa korang yang disebut nama dan tidak disebut nama aku amat hargai..Semoga Allah membalasnya..

p/s: Susunan nama di atas tidak mengikut jawatan..Takperla..Ni bukan memo..Coretan aku jer..Ok Thanx again to eberybody..


01 November 2007

Aduh gigiku..Hahahahha...

Hahahahhahaha..Huahuauauauaua..Hihihihihii..hahahahaha
hhaha...Kuakakakakuauauau...Pecah perut aku tengok video ni..
tengokla..Hahhahahahaha...Kalau nak download amik sini.. Kalau nak dalam bentuk 3gp nak play dlm Handphone amik yang inipulak..