31 May 2007

Kenapa? Tak Percaya..

Malam tadi aku tidur lambat..lebih kurang dalam pukul 2 pagi..Susah betul aku nak lelapkan mata..Sedang aku cuba nak melelapkan mata, tiba-tiba aku terdengar ada suara batuk..aku berpaling mencari sekeliling..tiba-tiba aku ternampak di sebelahku ada tubuh kecil sedang nyenyak tidur menghisap jari..oo anak aku rupanya..macam tak percaya aku dah ada anak rupanya..dan macam tak percaya juga aku rupanya telah menjadi seorang bapa kepada seorang anak perempuan..


Tidur di dalam kegelapan bilik..

27 May 2007

Learn Html Code..pening kepala..

Pening kepala aku belajar html code ni..tula dulu tak nak ambil IT..kalau tak, kan senang nak edit blog aku sekarang ni..masak maggi pun tak susah camni..

Duit dan Zakat

Semalam dapat gaji..hari ni habis gaji..duit ni tak pernah cukup..andainya ada RM10000 pun ianya tetap tak cukup sekiranya nafsu tidak dibatasi ..kalau nafsu besar,maka besarla perbelanjaan..kalau sebelum ni gaji rm2000 pakai ex5, tapi bila gaji rm10000 maka hendak pakai aprilia..itu nafsu la..

Tetapi ingat la..duit banyak,gaji besar, zakat dah bayar ke belom? Zakat itu menyucikan harta..Kalau tak bayar zakat harta tidak akan suci, maka senangla harta kamu hilang..Kita biasa tak nampak harta kita hilang kecuali bila kecurian, motor terbakar baru kita sedar..Tetapi sedarkah kita bila motor rosak, peti ais condem, tv bertukar ke hitam putih, bukankan itu juga kehilangan harta?Fikirkan..

Dan ingatlah Allah akan tambah rezeki kita bila kita bayar zakat..Kita biasa nampak rezeki tu bertambah bila dapat duit segedebuk..tapi sedarlah orang belanja kita makan, orang bagi kita makanan, dapat hadiah cabutan bertuah, itu semua rezeki yang Allah tambahla..tapi bukan dalam bentuk duit..Ingat itu semua wahai anak Adam..

p/s: Aku sendiri dah bayar zakat belum?Minggu depan aku pergi bayar..hehehe..Post ni macam berkhutbah plak..

20 May 2007

Meniarap..

Tarikh 18 Mei 2007 mencatat sejarah baru bagi aku, isteri dan anakku..Anakku dah boleh meniarap..hepi sungguh aku..dia dah boleh membalikkan keseluruhan badan..tapi bila dah pusing kepala dia takleh angkat dan tak boleh nak pusing balik..last2 kelemasan dan apa lagi uwaaaaaaaa..menangis la..heheh..sejarah bagi aku..tp bagi korang aku tak tahula..

19 May 2007

Anak aku dah boleh meniarap..

18 Mei 2007 mencatat sejarah baru untuk aku dan anak aku..heheh..semalam anak aku dah boleh pusing badan dia ke posisi meniarap..heheheh..suka aku..walaupun leher masih tak kuat. dia boleh pusing..tapi bila dah meniarap, dia tak boleh angkat kepala dan tak boleh pusing balik badan dia..heheh..last-last menangis..

16 May 2007

American Chopper..

Malam tadi aku menonton rancangan American Chopper..channel 50 dalam Astro..rancangan ni antara favourite aku jugak..tapi takla favourite sangat..Rancangan mengenai pembikinan motorsikal ini memang menarik..menampakkan kemahiran, kepakaran dan ketelitian Paul Sr dan geng-geng dier... Tetapi apa yang aku dapat simpulkan :

"Sesuatu kerja atau bidang yang kita ceburi akan menjadi menarik dan kita akan menjadi lebih "passion" melakukannya sekiranya kita minat bidang yang kita ceburi tu.."

So, kepada semua yang baca blog aku ini (setahu aku ada dua orang yang baru baca blog aku), lakukan sesuatu dengan penuh minat dan keghairahan..jangan sampai mandi wajib plak..hahaha..kepada fresh grad, kalau korang mengamalkan ajaran aku ini, aku rasa kebarangkalian korang nak menganggur tu besar terutama kelulusan macam aku ini..tapi tak semestinya.. ada rezeki ada la kan..cuma kalau dah tahu diri tu fresh grad janganla memilih sangat..
Broom..Broom...Basikal kecil ku berbunyi..

15 May 2007

Penang Bridge..

Aku baru balik dari Pulau Pinang setelah menghadiri mesyuarat di Persiaran Gurney..Trip yang jauh tapi hanya untuk mesyuarat selama 2 jam..banyak masa dihabiskan atas kenderaan..tapi yg aku paling happy adalah aku berjaya naik feri dan jambatan Pulau Pinang..seronok giler..aku tak habis-habis snap photo sampai pemandu ofis aku pelik..jakun ker aper..tapi itulah mimpi jadi kenyataan setelah 17 tahun..last aku naik feri dan Penang Bridge ini ialah masa aku Darjah 2..

Alang-alang dah sampai pi pekena nasi kandaq..lepas tu orang kata Pulau Pinang ni famous dengan jeruk..pergila aku cari..bagi aku biasa jer jeruk-jeruk tu..tapi dah orang kata tersohor di sini,belila..abis RM50..

Tapi kat Pulau Pinang maksud aku di George Town, masalah sosial teruk jugak..masa aku sampai kat sana dalam kol 1.30 pagi,pegi pusing-pusing bandar..hmmm cuci gakla mata aku dengan dosa2..mak nyah bersepah..hookers ramai..driver ofis aku plak melayan..habis dihon..hmm ni aku selitkan beberapa keping gambar untuk tatapan korang (bukan gambar nyah2 tu)..memang tak clear sbb aku sengaja bagi blur..sebenarnya aku snap pakai hand set.. tu blur jer..

12 May 2007

Kisah Alqamah..

Alqamah adalah seorang pemuda yang baik dan taat, rajin mendirikan solat, banyak berpuasa dan bersedekah. Tetapi, Alqamah dikatakan lebih mengutamakan isterinya berbanding ibunya lalu ibunya makan hati berulam jantung dan tersinggung dengan perbuatan anaknya. Akibatnya, Alqamah tidak mampu mengucapkan dua kalimah syahadah pada penghujung hayatnya.

Akhirnya Rasulullah SAW bertindak untuk membakar Alqamah hidup-hidup di hadapan ibunya jika ibunya tidak memaafkannya. Akhirnya tindakan Rasulullah SAW itu menyebabkan ibunya segera memaafkannya dan Alqamah dengan mudah mengucapkan dua kalimah syahadah.

Selepas dimandi, dikafan, disolat dan dikebumikan, Rasulullah SAW berdiri di tepi kuburnya lalu bersabda bermaksud: “Wahai kaum Muhajirin dan Ansar! Sesiapa yang lebih mengutamakan isterinya daripada ibunya, nescaya akan ditimpa kepadanya laknat Allah dan juga tidak akan diterima daripadanya taubat dan tebusannya.” (Hadis riwayat Abu al-Laith)

Kisah Alqamah dengan ibunya mengajar kita betapa seorang ibu sanggup berkorban apa saja dalam dunia demi keselamatan dan kesejahteraan anaknya. Oleh sebab itulah, Islam mewajibkan anak menunaikan segala hak ibu dan melayani ibunya dengan sebaik mungkin.

p/s: Ni aku petik dari Berita Harian juga..slot agama..

11 May 2007

Menangis..

Menangis itu fitrah semulajadi manusia..masa kecik kita biasa menangis bila kena kacau ngan abang, kena marah ngan ayah, kaki kena ekzos motosikal dan banyak lagi.. Ketika aku mula meningkat remaja, aku menangis kerana aku kehilangan ibu aku..masa tu aku memang cukup sedih..dan mulai saat itu aku ingat..Hanya kematian yg boleh menyebabkan air mata aku mengalir (Tangisan kerana ALlah itu dah pastila..)

Tetapi aku silap..kerana aku mula menangis disebabkan perkara-perkara selain kematian..banyakla aku menangis..dan yg terbaru malam tadi..Hati aku cukup tersentuh..Adakah aku ini suami yg tak mampu menyediakan keselesaan, barangan dan kelengkapan yang terbaik utk isteri aku? Sebak aku..Biasanya aku marah kalau isteri aku sindir aku..tetapi malam tadi marah tu tidak, tp aku rasa sedih..Ni pun masa aku menulis rasa sebak2 jer..Moga Allah membimbing aku menjadi suami yang soleh..Kepada isteriku..Maafkan aku sekiranya aku tak mampu..Kebendaan jerla kalu satu lagi aku memang mampu BAHKAn lebih dari mampu..HAHAHA..okla saja nak share ngan korang..Inila salah satu ujian Allah untuk uji hambaNya..


09 May 2007

Setup EZNET account

I just connect a phone line to my home 3 days ago. My colleagues said that Telekom provides internet connection to all Telekom line subscribers without required them to register internet account such as TMENT, Jaring, TIme.net and etc.

Aku saje nak try English aku..rasa macam korang tak faham (bukan sbb korang tak pandai tapi sebab aku tak reti).. Sebenarnya aku nak citer pasal Internet..Selama ini kita hanya tahu yang Internet hanya akan boleh digunakan apabila kita mendafar akaun Internet seperti TMnet, Jaring dan sebagainya..TETAPI terbaru ( tak silap aku tahun ini) sesiapa yang ingin menggunakan Internet tidak lagi perlu mendaftar akaun internet tersebut. Sekiranya rumah kita mempunyai line telefon, ianya sudah membolehkan kita melayari Internet.. tetapi kita kena ada jugak modem dial-up dan semestinya korang kena ada komputer la..kalu tak, nak letak kat mana modem tu..

So hari ni aku dengan baik hatinya nak tunjukkan cara-cara setting komputer kita bagi membolehkan kita melayari Internet.. Baca elok2..

1st: Klik start dan cari "Control Panel" dan klik "Control Panel" tu..lepas tu akan keluar tetingkap macam kat bawah..ok lepas tu korang pegi dekat "Network Connection" dan double click.
















2: Lepas korang dah double clik "Network Connections", tetingkap seperti di bawah akan muncul. So korang tengok sebelah kiri, atas ada tulis " Network Tasks". Tengok bawah dier ada tulis "Create a New Connection".Clik yang tu.





3. Then, tetingkap mcm kat bawah akan muncul. Korang click dekat "Connect to the Internet dan click "Next".





4. Then akan keluar mcm tetingkap di bawah. Korang pilih yg tengah iaitu "Set Up my connection manually" dan click "Next" lepas tu.




5.Then keluar tetingkap mcm di bawah. Korang pilih atas sekali "Connect using a dial-up modem" dan click "Next".




6. Then akan keluar tetingkap macam kat bawah. Korang type EZNET (huruf kecik pun takpe) pastu click "Next".



7. Seterusnya korang masukkan nombor 1315 dalam ruangan "Phone number" dan macam biasa tak payah cakap, click "Next".



8. Then, akan muncul tetingkap seperti di bawah. Anda kosongkan semua ruang tak perlu isi apa-apa. Cuma tick pada box " Make this the default Internet Connections".




9. Sudah siap. Sekarang korang hanya perlu tick dekat box " Add a shortcut to the connection to my desktop" dan terus click "Finish".



10. Sekarang apa korang perlu buat? Korang boleh tido, nak makan pun boleh, nak tengok tv pun boleh.Terpulang pada korang..Sebaiknya korang cuba la connect Internet. Korang tengok kat desktop ada tak icon "EZNET" (seperti imej di bawah)




Double click then terus korang click "Dial".Tak payah isi apa-apa dah. Ok?




Tp sebelum itu INGAT! Korang kena sambung cable telefon dr. port kat dinding kepada lubang modem yg tulis "Line". Kalau takleh, korang cuba salah satu lubang.Kalau takleh gak cuba dekat lubang hidungla..kalu takleh gak telepon polis ker bomba ker cakap Internet umah tak jadi.Okla letih aku..tp its ok..this is my first try. Lain kali aku jumpa benda menarik aku update di blog ni.Alrite..amigos.

p/s: Ni kalau cakap kot telefon 5 minit boleh siap.Tp aku tak tahu kenapa aku rajin sangat.Aku amik masa 2 jam buat bende ni.

Pendrive with Bluetooh

Today i got some trouble to transfer a document from my friend's pendrive to mine as there was no pc around..so i went to cyber cafe and forkout RM2 just to use pc to transfer that document to my pendrive..so im wondering why there are no pendrive attached together with bluetooth?

Kan mudah kalau ada pendrive yg ada bluetooth..senang kita nak transfer document ke lagu dari pendrive direct ke pendrive..so hari ini pada malam yang mulia ini aku menyeru semua inventor untuk mencipta pendrive yg ada bluetooth..korang dah buat bagitau aku..aku akan jadi org pertama beli ..tu pun kalau murah la..hehehe..

*Bijak juga idea aku ni kan..hehehe..ke dah ada bende tu?