23 July 2007

Yeehaaa..dah lepas....Alhamdulillah..

Alhamdulillah syukur...hip hip hooray...dah lepas interview...mintaklah dapat tetap..Aku dikira beruntung kerana baru kerja setahun setengah dah berpeluang dapat status tetap..orang lain kerja tempat aku dah berbelas-belas tahun baru boleh dapat..Terima kasih kepada bos-bos aku yang telah berusaha keras mendapatkan jawatan tetap daripada JPA..Perjuangan yang dikatakan telah memakan masa berpuluh-puluh atau berbelas-belas tahun..Maknanya kalau dah tetap, boleh nikmati skim pencen, boleh nikmati pinjaman rumah dengan kadar rendah..Moga dapat tetap..Doakan aku..

22 July 2007

Maaf..

Aku minta maaf..Aku jarang update blog aku..ada prob internet kat umah..kekadang ada..kekadang takder..macam chipsmore..chipsmore takpe sedap dimakan..tapi kalau internet, memang hampeh..bengkek jer kalau tak boleh..cuma doakan aku,,esok aku ada iview penetapan jawatan..doa aku dapat tetap ek..amin...

p/s: Naper aku mintak maaf?ada orang marah ker aku tak update blog?

17 July 2007

Nak balik..

Ok aku nak balik dah..esok keje lagi..lusa keje lagi..tulat,tubin tuisyen keje lagi..sampaila aku menghembuskan nafasku yang terakhir..atau mungkin selepas aku dapat duit RMsejutaribubillionbillionbillion,aku boleh pertimbangkan untuk berhenti kerja..

11 July 2007

Kebesaran Allah s.w.t.





Dalam kereta tadi, aku terbaca tentang galaksi dan terpanggil aku untuk mencoret tentangnya di blog aku ini..Bumi, matahari, planet-planet yang wujud adalah berada di dalam Galaksi Bima Sakti..Di samping planet Bumi dan planet-planet lain di dalam Galaksi Bima Sakti, terdapat banyak lagi bintang-bintang lain yang masih belum dapat diteroka..Berapakah keluasan Galaksi Bima Sakti ini?Andaikan ianya bulat, maka jarak dari satu hujung ke satu hujung lagi adalah 100,000 tahun perjalanan cahaya..100,000 ker 100,000,000, aku tak ingat..Tapi biar 100,000 atau 100,000,000, ianya tetap perjalanan yang jauh..

Tetapi di dalam alam semesta ini terdapat bukan hanya Galaksi Bima Sakti, tetapi banyak lagi galaksi-galaksi lain bertebaran di alam semesta ini..Dikatakan ada 100 billion galaksi di alam ini..Allahuakbar..Betapa besarnya alam semesta Allah ciptakan ini..Jika dinisbahkan dengan galaksi-galaksi yang ada, maka kita di planet bumi ini ibarat sebutir telur ikan di tengah-tengah lautan luas..Telur ikan ok lagi, tapi aku rasa bukan telur ikan, tapi zarah-zarah kecil yang memang tak dapat dilihat..Luas betul alam ini..Kerdilnya kita..

Antara galaksi lain yang wujud di alam semesta ini adalah Andromeda..Kalau korang tengok Astro chanel 17 (AXN), adakan rancangan Andromeda..tapi aku tak minat rancangan tu..

ALLAH berfirman dalam dalam Surah ke-25 Al Furqaan ayat 61:
Maha Suci Allah yang menjadikan di langit gugusan-gugusan bintang dan Dia menjadikan juga padanya matahari dan bulan yang bercahaya.

Ini Galaksi Bima Sakti.. Dalam B.Inggeris
disebut Milky Way

09 July 2007

Akibat Tak Hiraukan...

Aku sudah tak tahan..sudah 3 hari amaran ku berikan..kau tetap paksa aku,kerah aku hingga aku tak mampu lagi menahannya..amaran yang aku berikan hanya untuk kebaikan mu..tapi sekiranya kau tidak mempedulikan aku,engkaulah yang akan menanggung akibatnya..Genap hari ke-3, aku tak mampu lagi dan aku terkulai di tengah-tengah kesibukan kota ..dan ketika itu aku terdengar suara menggelabah mu menghubungi abang iparmu:

Suara : Abe mat..ada masalah besar ni..kereta mati tiba-tiba kat highway ni..

Abe mAt: Kereta mati?Kenapa? Kat mana ni?

Suara: Ni kat Federal Highway..dekat nak masuk exit Bandar Shah Alam..kereta matila abe mat..minyak kering..hehehe..

Abe mAt: Apara...minyak pun tak isi ker?

Suara : Ingat sempat nak isi kat depan tu..tapi tak sempatla(sebenarnya dah tiga hari menyala warning minyak kosong)..

Baru padan muka engkau..amaranku engkau tidak endahkan..
Hasil nukilan Wira WNN 5176..

04 July 2007

Sambutan Blog Aku..

Tiada apa yang aku nak cerita..entahla sejak 2 3 menjak ni aku malas nak update blog dari umah..rasa slow sangat..ini disebabkan ofis dah ada internet..memang laju berdesup..so bila pakai dial up kat umah, memang slow la..tapi masa kat ofis rasa tak best jer nak update blog kerana satunya situasi kerja tak melahirkan mood nak tulis blog dan keduanya rasa tak amanah jer keje..huahua..baik la pulllokkk..

So kat umah aku just masuk blog aku dan tengok ada ker orang masuk blog aku..cara nak mengenalpasti antaranya ada komen. Kedua ada orang tinggal mesej dalam chat box dan ketiga semalam aku register www.statcounter.com..leh tahu berapa orang masuk..tp tak tahu la boleh percaya ker tak free service yg diorang bagi tu..Ok tu jerla aku nak tulis..Sajer jer aku tulis post baru ni.. at least kalau ada pengunjung setia blog ni,diorang tahu aku sentiasa bukak blog aku ni..