30 October 2007

Patah Hati: Radja

Lagu Yang Aku Suka..Patah Hati:Radja..


28 October 2007

Ruang Rindu..Letto

Dengar Lagu Kegemaran Aku.. Ruang Rindu Letto..

Lagu Yang Jadi Ringtone HandPhone Aku..
Ruang Rindu Nyanyian Letto..


Aspalela..Saiful Apek.

Dengar Lagu Terbaru Kegemaran Aku di sini..

Lagu Terbaru Yang Jadi Kegemaran AKu..ASPALELA..Saiful Apek..

27 October 2007

Naruto Shipuuddeen Latest Episodes

fixurproblems.blogspot.com
The latest series of Naruto Shippuuddeen had been released!!Episod yang ke-32..Dalam episod ini, Gaara yang dihidupkan semula dalam Episod ke 31 telah kembali..Tapi Chiyo Baasaama telah mati kerana bagi nyawa dia kat Gaara..Dalam episod ini tak banyak sangat fighting action..siri ni relax dan slow,ada aksi lawak..Dan pada penghujung siri ini, seorang ninja baru akan menyertai Team Kakashi Sensei bersama dengan Naruto dan Sakura..Best-best...

Download at SaiyanIsland.com..

25 October 2007

Lagi Template Baru




Ini template baru aku..Hahahah..Aku makin gila tukar2 template ni..Tapi yang ni mungkin longlasting sket..AKu dah penat recover data..AMik template best kat sini..

22 October 2007

Teknikal Problem

Huaaaaaaaaaaaaa...Sori blog aku ada probLEM..masalah teknikal..


SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI..

19 October 2007

Isteriku Pergi Meninggalkanku



Uwaaaaaaaaaaaaaaa..Sadis betul tajuk postku kali ini..Post ni bukan main-main, tapi betul-betul ni..Isteri aku yang amat kusayangi akan pergi meninggalkanku..Bukan dia sahaja, anak aku sekali..Tinggallah aku keseorangan..Uwaaaaaaaaaaa.......Sedih..

Sebenarnya gini, isteri aku dapat kerja kat Jengka, Pahang..Tadi baru tahu..Selama ni sejak kawin, tak pernah berjauhan..paling lama seminggu, sebab aku g kursus..Eh eh ..Silap-silap ada lagi yang lama, dia balik pantang kat kampung hampir 2 bulan..Tu pun aku dah rasa tak keruan..Mana boleh weii, dah biasa berteman..Skang ni lagi la, dah ada anak yang aku sayangi lagi ku sayangi..

Berat jugak nak bagi dia pergi..dia pun berat nak buat keputusan..Tapi for our future, kita orang sanggup berkorban..Sbb aku ngan dia muda lagi..20 an..perjalanan panjang lagi..InsyaAllah ada rezeki nanti..Doa dan tawakkal pada Allah..Tapi anak aku camana? Selepas bincang2, aku cakap better dia bawak anak sekali..Bukan apa, anak aku masih menyusu badan, takkan aku nak menyusu lak kalau anak aku dok ngan aku..Satu lagi, rindu ibu pada anak mesti melebihi rindu seorang ayah pada anak..So better anak aku dok ngan dia..Kang dok sana ingat anak tak jadi keje lak..

Tapi bukan bermaksud aku tak ingat anak aku..Aku pun leh nangis tahu ingat kat anak..Uwaa..Tapi orang laki InsyaAllah hati keras sket..So aper2 pun aku harapkan keputusan yang dibuat ini adalah yang terbaik di sisi Allah dan untuk kami berdua..Aminn..

p/s: Kalau mana-mana pembaca blog aku ni ada pengalaman berjauhan, share la ngan aku..Leh buat pengubat dan penenang hati..

Naruto Shippuuden



Aku sekarang tengah gila tengok cerita Naruto Shippuuden..Bestt wooo..Sejak aku habis belajar kat U, hobi aku tengok cerita animasi Jepun ni dah kurang sket..Tapi baru-baru ni aku tertengok cerita Naruto Shippuuden..Memang best..terus aku download..

Naruto Shippuuden ni cerita zaman Naruto dan kawan-kawan dia dah meningkat remaja..Best..Makin hebat dan terrer..Ada antara kawan dia Gaara dah jadi Kazekage,kira cam ketua kampungla..Tapi nak jadi Kazekage ni bukan senang..mereka dipilih dari yang terbaik dalam ilmu ninja..Kira hebatla..Tapi dlm episod berapa tah dia mati..Nak tahu kenapa?Tengokla sendiri..Huhuaahaua..Sinopsis aku ni betul2 semangat sebab aku tengah bersemangat nak jadi Hokage..Korang nak tahu Hokage tu aper?Tengokla sendiri..Best takkan menyesal la..

Kalau nak download, sini leh download..SaiyanIsland..Episod terbaru adalah yang ke-31..Aku tak tengok lagi..Tengah download..

17 October 2007

Pulang Ke Kota

Hari ini aku tiba dari kampung..balik dari beraya di kampung..bertolak kol 3.30 pagi sampai 11.30 tgh..Anak aku meragam atas kereta..menangis sajer..Berhenti buat susu, berhenti beli makanan berhenti suap kat dia menyebabkan aku sampai agak lambat..Tapi alhamdulillah selamat tiada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku..



Tapi bila aku masuk jer bandar KL ni, terus rasa serabut..hilang ketenangan selama seminggu yang aku kecapi..Kalau kat kampung, tenang jer..pokok2 menghijau, orangnya ramah..Tapi nak buat camana itulah putaran hidup aku yang perlu ditempuhi..Nak tak nak kena datang jugak..Kalau tak, mana nak cari duit tanggung anak bini aku..Heheh...

Tapi satu benda yang aku rindukan kat umah aku kat KL ini..BLOG aku..Hahah..tak sabar-sabar aku nak bertenet dan berblogging ni..Balik kampung ari tu, aku belajar tips baru dari anak sedara aku yang sebaya dengan aku..Tips pasal Apa? Korang nak tahu? Hehehe..Korang bebudak lagi..Takde aper..Tips mengenai nak cari duit lebih..Akan aku cuba..Kalau dapat alhamdulillah..Tapi yang pastinya ianya adalah halal dan insyaAllah berkat..AMin..

Ok ngantuk plak rasanya..nak mandi jap..pastu nak projek..heheh..Jangan pikir negatif..Think positively..

Ok Adioss Amigos..

11 October 2007

My New Appearance..

Selamat Hari Raya..Ini adalah appearance baru blog aku..Sejam aku buat termasuk nak backup data-data lepas..Heee best..Sajer nak menghilangkan kelesuan dan keboringan tengok benda yang sama..Template ni aku amik daripada BeautifulBeta..Best blog tu..Kalau korang nak template 3 columns pun ada..Puas hati aku..Dalam seminggu ni, betapa aku bersungguh tengok features blogger ni..Kalau boleh buat, memang puas hati..Memang Berbaloi..Heheh

So aku pasti blog ni tidak selengkap seperti yang sebelum ini..Aku akan masukkan balik item2 yang ada dlm blog sebelum ini..Cuma malam ini aku tak larat dah..Nak bertolak balik ke Kelantan jam 3 pagi ni..Tapi tak tido lagi ni..Aiyaaa..Blogger punya penangan, takleh nak tido aku..

Ok aku nak tido amik tenaga jap..Doakan aku selamat pergi dan balik..

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1428H



@Payed.com Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli keluarga, sahabat handai, tok-tok guru dari kecik sampai besar, dan yang paling penting adalah PENGUNJUNG BLOG aku ini..Maaf dipohon daripada semua..Aku maafkan kesalahan kamu kepada aku kecuali kepada sorang iaitu orang yang "pow" aku satu masa dulu..habis dia amik hset, beg duit aku, jam..Aku tak akan maafkan ko..Biar akhirat menjadi penentu..BIar Allah menentukan balasan ke atasnya..

09 October 2007

Seruan Azan Bersahut-Sahutan

Korang tahu tak seruan azan yang dilaungkan di muka bumi ini akan berkemundang tidak putus-putus dari satu negara ke satu negara..Daripada Subuh sehinggalah Isya'..MasyaAllah..Maha Suci Allah yang menciptakan waktu dan masa di setiap tempat di bumi ini berbeza-beza..Setiap saat dan waktu tidak akan putus seruan menyeru kita menghambakan diri kepada Pencipta..

Show recent post and recent comment

Dah 2-3 hari aku tak update blog..Bukan aku tak online, tapi sebab aku banyak menumpukan pada benda lain sejak kebelakangan ini..Aku sebenarnya tengah gila edit features blogger versi Beta ni..Aku dah lama mencari macamana aku nak Show Recent Posts dan Show Recents Conmments kat sidebar aku..Aku cari punya cari..last aku jumpa forum ini Carigold..Dalam forum ni ada satu thread yang bincang pasal blogger..Pasal hack dan macam-macam lagi..

Melalui forum ini, aku jumpa blog BeautifulBeta..Perghh dalam tu banyak benda yang korang boleh belajar..Dalam blog ini jugakla aku jumpa widget untuk letak Show Recent Posts dan Show Recents Conmments kat sidebar blog aku( Tengok sidebar sebelah kanan)..Dalam blog ni jugak, dia cerita camana nak edit template bagi ada 3 column, nak bagi ada menubar macam website, dan macam-macam lagi..Tapi benda tu semua kena faham betul-betul la..Aku pun tengah pelan-pelan belajar..susah gak nak faham.. Tapi seronok boleh tahu benda baru..

p/s: Aku promote blog dan forum tu bukan untuk aku gain profit..Sajer aku nak share ngan korang pasal benda yang menyeronokkan hati aku..

06 October 2007

My Daughter's Photos

Di sini aku letakkan gambar-gambar anak perempuanku yang amat ku sayangi..

My Daughter..Wan Asmaa

04 October 2007

Airbus 310 Racing..Must Watch..

Video Mesti Tengok..Mesti korang terkejutnya..Flight Airbus 310 Racing and Corner Maut..Kalau pakai dial-up, rasanya korang takleh tengok video ni dengan sempurna..So untuk tengok video ini dengan sempurna, just download video ni..Selepas download dan korang nak play video ni, korang kena ada FLVPlayer.. Kalau tak ada, korang boleh download FLVPlayer tu kat sini..

03 October 2007

Malasnya Nak Update Blog

Mohon maaf sekiranya pengunjung blog aku bengang bilamana mendapati blog aku tak diupdate..rasa malas sangat nak update blog..Mungkin sebab bulan puasa, selepas terawih ngantuk..tido..Ini pun ditahan mata yang semakin kuyu..Ok chiowww..