29 December 2007

Pindah Rumah..

Esok hari Ahad, 30 Januari 2007 aku akan berpindah rumah ke Jengka, Pahang..Semalam pergi basuh rumah..Woo penat giler..Dari kol 10 sampai 6 petang..Basuh berdua jer..penat2...rumah tu agak besar..banyak plak rosak..kuarters, biasalakan..Tapi syukur dapat kuarters..dekat ngan tempat kerja isteri aku..dia boleh jalan kaki jer..Tambah2 lagi dia tak pandai bawak kereta..So moral of the story carila isteri yang pandai bawak kereta..Kalau tak pandai, suruh dia belajar..senang boleh berdikari..tak payah nak bergantung pada kita sangat..

Aku akan cuti selama 5 hari..Hari Isnin 7 hb aku akan start kerja..Tu pun kalau takde orang kacau..Tapi kalau bos aku call,aiyaa kenala balik awal sket..Keje aku memang banyak skang ni, tapi terpaksala cuti jugak sebab kesian kat isteri aku..Dia tak biasa tempat ni, tambah2 takde sedara kat sini..At least teman dia seminggu biar dia biasa dulu..Harap bos aku faham..

Okla mulai 7 hb ni, membujangla aku..Hahah..Jadi weekend husband..Nak mula menggatai ni..Kahakhakhakahka..Aku akan duduk ngan member2 aku yang bujang..So bolehla jimat sket sewa rumah..Pegi keje pun naik moto jerla..Boleh save..

Okla itu ajer coretan aku..Sebenarnya rasa tak best tak update blog..So aku tulis jugak walaupun takde point sangat..Ok adios amigos..

18 December 2007

Detik Sedih Kian Tiba..

Crying

Makin dekat dengan tarikh 1 Januari 2008, hati aku makin sedih dan sayu..Ni pun masa aku mencoret ni, hatiku rasa berat, sedih dan sayu gila..Isk isk isk..Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sedihnya...Hmm nak gelak pun rasa tak sanggup..Sebenarnya hatiku menangis kerana detik aku nak berpisah dengan isteri dan anak aku kian hampir..Isk iskk..

Seperti yang aku coretkan sebelum ni, bulan 1 thn depan isteri aku akan kerja kat Jengka Pahang..So next week, pindahla barang-barang kat sana..Dan aku akan mula menjadi weekend husband..Aku akan stay kat KL dan isteri and my lovely daughter akan berada di sana..hujung minggu aku balik sana..

Dua bulan lepas, masa buat keputusan samada isteri aku nak pergi ke tak, rasa ok jer..Masa tu pikir takperla berjauhan, berkorban untuk masa depan..Pastu ada gak cakap besar takper dok sorang takder rindu2..Tapi bila dah dekat ni, aku rasa berat jer nak bagi dia dan anak kesayanganku pergi..Tambah2 pulak skang ni, anak aku dah pandai nak main2, manja2..Pagi tadi masa aku nak pergi keje, aku dokong dia kejap..Pastu suruh isteri aku amik..Tiba2 dia nangis..Isk isk isk..Nak ikut aku..Aduiiii..sayu giler..(Aku pun mula nak nangis ni, tambah2 lagu Keris Patih:Tapi Bukan Aku sedang berkumandang di corong speaker, makin sayu..hihihi)

Pastu malam ni, mana aku pergi, dia merangkak ikut aku..Aku masuk bilik mengadap pc, dia masuk bilik cari aku..Masa nak menyusu dgn ummi dia, nak aku ada sekali sebelah..Kalau aku pergi bilik air, kuar tengok tv, nangis, cari aku..Menangis bukan biasa2, tapi menangis sayu, siap terisak-isak lagi tu..Adui macam tahu jer dia akan berjauhan dengan aku..Isk isk isk, sedihnya akuuuuuu..

Tapi apa2 pun kehidupan mesti diteruskan..Hahahhaa (Gelak tipu)..Mungkin awal2 ni sedih tapi lama2 ok kot..Aku berdoa lepas 6 bulan isteri aku pergi, Allah akan bukak peluang untuk dia balik ker cawangan di Shah Alam ni..Ya Allah, terimalah doa hambaMu ini..Sesungguhnya hatiku amat sedih dan berat untuk berjauhan dengan anak dan isteriku..Isk isk isk isk..

14 December 2007

Naruto Shippuuden- Episod 39

naruto


Wahhhhhhh..Episod kali ini merupakan episod yang paling best dan mendebarkan..Bila aku start tengok episod ni, terlupa seketika aku bahawa aku sedang menonton kartun..Hahah..Tapi serius memang best..Memang mendebarkan..rasa teruja nak tahu dan pada masa yang sama rasa berdebar2..Huahauhau..

Lama dah aku tak cerita sinopsis cerita ni..Pada episod kali ini, team baru Naruto yang diketuai oleh Captain Yamato telah bersedia untuk membuat "ambush" pada spy Orochimaru..Captain Yamato telah menyamar menjadi Sasori-sama, tapi rupa-rupanya penyamarannya telah diketahui oleh spy Orochimaru..Maka kantoilah plan ambush mereka..So apa yang mereka kena buat ialah..apa lagi..BERTARUNGLAAAA.....Best..Tapi yang tak bestnya episod kali ini berhenti setakat tu..

Aksi pertarungan mungkin akan ditayangkan pada episod seterusnya..Isk isk isk..Terpaksalah aku tunggu seminggu lagi..Isk isk...Tapi apa2 pun citer Naruto ni memang best..Menontonnya membuatkan aku boleh releasekan sket stress aku..Hahah..

10 December 2007

Nostalgia Menusuk Kalbu..

Sweater 99ers serban Baju Batik Baju beli ngan member chat


Masa balik Raya Puasa kat Kelantan hari tu, akak aku minta kemaskan satu almari..Almari tu aku guna masa aku bujang-bujang dulu masa aku stay kat umah dia..Dalam tu berlambak baju aku..Baju yang aku ada dari sekolah menengah sampaila aku habis belajar..Kebanyakan baju-baju tu aku dah tak pakai..Sebab ada antaranya yang makin kecik (hehehe) dan ada sebab yang dah worn out(lusuh)..So akak aku mintak aku pilih mana yang nak pakai dan mana yang tak nak sebab dia nak bagi orang baju-baju tu..

Maka aku selongkarla baju dalam almari tu..Bila dah selongkar, isk isk isk nostalgia menusuk kalbu..Hehehehe..Terharu dan tersentuh aku melihat baju-baju yang aku kira ada sentimental value..Aku jumpa Baju Batik masa aku belajar kat U aku dulu..Kena pakai masa orientasi..Habis jer orientasi aku simpan dalam almari dan tak pakai-pakai lagi..

Pastu ada satu baju tu aku beli dekat Kuantan, Pahang..Yang jadi nostalgia ialah baju ni aku beli dengan seorang member chat aku..pompuan.hehe..Aku chat dgn dia hampir 4 tahun dan biasala calling2..Satu hari aku turun Kuantan, dan aku jumpa dia..Sebelum aku pergi Kuantan tu,aku cakap kat dia, aku sanggup di"grooming" dan dia setuju jadi macam apa orang kata tu, alaaa kira cam groomer aku..Hehehe..Maka aku pergila shopping dgn dia, dia cakap beli baju ni, nanti ko nampak macam ni..beli baju tu,nanti ko nampak macam tu..Aku pun belila..Tapi tak banyak dalam 2 helai ker 3 helai..Gitula..Hehee..Zaman budak-budak..Tak matang..Tapi biarlakan, pengalaman..Skang dia dah kawin dan begitu jua aku..Masing2 dah dapat seorang anak..

Aku jumpa gak sweater masa sekolah menengah dulu..Sweater ni kira sweater batch aku..Sasic 99ers..Aku batch SPM 99 dan tahun tu cukup bermakna kepada guru-guru dan kitaorang semer sbb 100% Pangkat 1 dlm SPM..Kira bersejarah la..Isk isk macam nak menitik air mata aku mengimbau kenangan dulu..hahahahahah...

Satu lagi ialah kain serban..Hehe aku dulu baik dan wara'..Aku pakai kain serban ni masa aku kat sekolah menengah..Dulu pakai serban masa nak semayang..Kain serban ni member aku bagi..Aku acah jer dia mintak kain serban tu..Sekali dia bagi betul dan dia cakap kena pakaila selalu..Kali terakhir aku pakai masa aku Tahun 2 masa integrasi..Pastu dah tak pakai dah, sebab aku dah tak baik lagi..Huahuahua..Tq Bob. Walau aku tak pakai, tapi aku tetap menjadikannya selimut aku..hihihi..Jgn Mare..

Okla dah panjang aku merapu..sajer boring2..Pakej Internet pun aku dah upgrade ke unlimited hours..Boleh guna selama mana..Harga tetap sama..Kalau tak guna rugi plak kan..Ok mana member-member aku yang jumpa aku melalui blog aku ni, tinggallah comment atau kat chatbox tu bagi membolehkan aku menjejaki korang semer..Ok adios amigos..

06 December 2007

Urut..Awww...hahahaha

bekam


Kaki aku sakit skang ni..Tak tahu naper (Tapi aku rasa aku tahu sebab sebenarnya, Hehehe)..sakit woo..Nak dudok tahiyat akhir sakit, terpaksa la aku dudok seperti duduk antara 2 sujud..Sebab sakit sangat, aku pergila urut.. Kebetulan kawan aku Ust Sh bagitau dia pernah pergi urut dekat satu tempat yang best di Subang, so aku pun pergila dgn dia malam tadi..

Aku urut 1st..Yang urut tu seorang ustaz..Kitaorg panggil dia imam..Korang jangan ingat aku pergi rumah urut yang merapu tu..Eii korang ni..Otak kuning..Hahah..Ni urut kat rumah imam tu..Memandangkan aku jarang sangat urut, pergh..sakit, geli semer ada.Dia kata sendi aku tersalah,tu kaki aku sakit..

Habis jer urut,dlm keadaan meniarap, tiba2 aku rasa menyucuk yang amat sangat kat atas belakang aku..Apa benda ni?Mula2 satu tempat rasa, lepas tu satu tempat, lepas tu situ lepas tu sini ,last2 dekat 7 tempat aku rasa pedih menyucuk..Tapi lama kelamaan, rasa pedih tu hilang..Aku cuba paling belakang tengok..Rupanya imam tu bekam kat belakang aku..Ooo..baru aku tahu gitu rasa bekam..Tapi yang ni bukan bekam yang keluar darah cam bekam kat kepala..Ust Sh kata tu bekam keluarkan angin..

Balik jer dari urut, rasa lesu dan letih gila..Tempat2 urut pun mula rasa sakit sket2..Tapi rasa best, rasa ringan jer badan..Pagi tadi aku pergi keja rasa lesu gila..Tak semangat nak keje..Ingat nak balik jer..Tambah2 malam Jumaat..hahahahahhaha...


bekam..

The Weirdest Comment..

confuse

This is the weirdest comment I ever get..I just could understand the last line "If is possible add the CresceNet(www.provedorcrescenet.com) in your blogroll, I thank. Good bye friend." And I dont know what language is this..Maybe anyone could translate it..

CresceNet said...

Oi, achei seu blog pelo google está bem interessante gostei desse post. Gostaria de falar sobre o CresceNet. O CresceNet é um provedor de internet discada que remunera seus usuários pelo tempo conectado. Exatamente isso que você leu, estão pagando para você conectar. O provedor paga 20 centavos por hora de conexão discada com ligação local para mais de 2100 cidades do Brasil. O CresceNet tem um acelerador de conexão, que deixa sua conexão até 10 vezes mais rápida. Quem utiliza banda larga pode lucrar também, basta se cadastrar no CresceNet e quando for dormir conectar por discada, é possível pagar a ADSL só com o dinheiro da discada. Nos horários de minuto único o gasto com telefone é mínimo e a remuneração do CresceNet generosa. Se você quiser linkar o Cresce.Net(www.provedorcrescenet.com) no seu blog eu ficaria agradecido, até mais e sucesso. If is possible add the CresceNet(www.provedorcrescenet.com) in your blogroll, I thank. Good bye friend.


p/s: Jangan gelak b.i aku..

Buah Pisang Buah Belimbing Buah Fikiran..

blur

AKu nak update blog..Isk isk tapi aku takde buah fikiran..Memang tak berbuah kali ini..