27 January 2008

Play movie together with subtitle(.srt)..



Hmm malam ni teringin pulak aku nak share pasal pengalaman aku dengan komputer..Aku mulakan dengan pengalaman aku dalam menonton movie di pc..

Masa tu aku tengah gila tengok Heroes..Habis semer episod dia aku download melalui torrent..Tapi masalahnya aku tak pandai sangat bahasa Omputih tambah2 tanpa subtitle..Maka aku searchla subtitle movie Heroes ni dalam Internet ..Jumpala aku satu website iaitu TVsubtitle.net..Aku download subtitle English dan dia bagi dalam format .srt..Maka bila aku siap download, peningla kepala aku memikirkan macamana nak play movie tu sekali dengan subtitle yang format .srt tu..

Sekali lagi aku search dalam internet dan terjumpala aku beberapa cara..Setelah aku mencuba semua yang ada, aku rasa yang paling senang dan mesra alam adalah dengan menggunakan VLC Media Player..Senang giler..Software ni paling best jugakla pernah aku try..Di samping dapat mencantumkan subtitle dengan movie, software ini juga turut berupaya memainkan semer jenis movie type termasuk 3gp, mpeg dan banyak lagi..

Untuk mencantumkan movie dengan subtitle, apa yang perlu dibuat ialah pertama dengan menginstall software tu..Ambik di sini VLC Media Player..Bila dah install, open software tu, dan Open File (Ctrl+F)..Browse movie dan tick dekat box "Use Subtitle" dan browse subtitle tadi..Kemudian tekan OK..Pastu terus dia play dan subtitle akan keluar..Best software ni..Cubala..

21 January 2008

Mengisi Masa Lapang..


Selama seminggu aku berseorangan, tiada kata yang dapat menggambarkan kerinduan aku kepada keluargaku terutamanya anak aku yang amat ku sayangi..Perghhh rindu giler..Pilu jer hati..Macam rindu kat awek masa couple dulu2..

Hampir setiap malam, bila aku balik kerja jer aku mula termenung bermain dengan perasaanku ni..Walaupun kalau dihitung hanya 5 hari jer aku berjauhan tapi rasa macam lama sangat..

Tapi sekarang aku sudah tidak begitu lagi..Hahahahahhahaha!!!!(Gelak jahat dan bujang)..Aku dah mula mengisi masa lapangku dengan sesuatu yang berfaedah yang dapat mengurangkan perasaan rinduku itu..Mulai minggu lepas 15 Januari 2008, aku dah join Gym Fitness First..Aku mula bersenam untuk meng"gemuk"kan badan aku yang "kurus" ini..Hahahahaha..Walaupun kena bayar, tapi aku rasa puas hati..Satu sebab aku boleh kurangkan perasaan sedih aku..Kedua sebab aku dah boleh mula menjaga kesihatan aku..Ketiga sebab aku memang dari dulu nak join tapi tak berpeluang dan berkesempatan..dan keempat ialah sebab aku boleh cari awek..Hahahahahha...

Petang2 balik kerja terus aku pergi sana..Lepak sana 2 jam, workout sket, pekena mandi stim dan sauna balik terus flat; tido tak sedar..Maka secara automatiknya masa 5 hari tu aku rasa sebentar dan sekejap sahaja...Yeehaaa..

p/s: Satu lagi sebab aku suka pergi gym tu ialah kerana setiap balik hujung minggu, "stamina" aku akan makin bertambah..maka gembiralah mereka2 yang berkaitan terutamanya isteri aku..Hahahah..Pesanan 18SX..Kahkahkahkah..

08 January 2008

Lagu Kegemaran Anak Kesayanganku..

Dok sorang2 ni, maka aku teringat lagu yang anak kesayanganku suka..Kalau dengar lagu ni, mesti dia ketawa, tangan tepuk2, kaki goyang2..Isk isk sedeynyaaa....Asmaaaaaaa..



07 January 2008

Mula berseorangan..





Hari ini 7 Januari 2008, secara rasminya aku mula berseorangan..Balik rumah tanpa celoteh isteri, tanpa hilai tawa dan tangisan anak kesayanganku..hmm sepi dan sunyi sungguh rasa..Tadi dari ofis aku balik lambat..dekat pukul 10 baru balik.Balik terus bukak pc, sambung dload movie dan update blog..Nak balik awal dari ofis bukan buat aper jugak..

Aku nak cerita sket pasal kehidupan isteri dan anak aku di Jengka..Kat sana Alhamdulillah, isteri aku dapat kuarters..Dekat la dgn pejabat..jalan kaki jer..bersyukur sangat..tambah2 dia tak boleh bawak keta..kalau takde kuarters tu. tak tahu la aku nak pikir camana..

Anak aku yang disayangi letak kat Nursery dekat dalam kuarters tu jugak..kira senangla..Isteri aku tak la jalan jauh2..Awal2 tinggal kat Nursery tu,adoi menangis punya la kuat..tapi dengan hati sedih kena tinggal la jugak..Nak buat camana, takde pilihan..Sabarla asma' yang amat kusayangi..Tadi isteri aku cakap,masa pergi amik dia, muka dia sedih sangat..Dia dok atas buai, tak nak turun..mungkin baru so tak pandai nak kawan sangat..sorang2 jer dia, isteri aku cakap..Muka cam sayu giler..Adui sedih hati dengar..Tapi takper budak kecik,lama2 dah biasa okla..Sayang betul kat anak ni..Tapi kita masa dulu tak tahu betapa ibu bapa kita sayang giler kat kita..Kita hanya ingat bila mak bapak marah kita, masa tu ingatla..Tapi kita tak sedar kasih sayang pada kita..Korang jadi Ibu jadi Bapa tahula perasaan tu..

Okla dah lama panjang dah ni..Nak g mandi plak..Adui nanti kena gosok baju sendiri..malasnya..Okla byee....