26 August 2008

Food Poisoning..Aduss..


Hari Jumaat lepas, badan aku tak larat gila, lenguh dan sakit merata-rata kat badan aku..kepala panas berat sesangat menyucuk-nyucuk..perut memulas cirit birit..Aduiiii letih tak larat gila..Tak pernah aku rasa macam ni sebelum ni..kalau demam, demam biasa jer..Hari Jumaat tu aku kebetulan ambil cuti sebab nak ambil isteri aku dari berkursus di Dungun..Terpaksa la aku batalkan sebab badan aku memang tak larat gila..Hari tu aku tidur sepanjang hari..Kepala sakit tak terkata..Kebetulan pulak masa tu anak aku ada dengan aku sebab isteri aku berkursus..tak larat aku nak jaga dia..nasib baik ada Mek dan Kak Lija..Terima kasih banyak2 to both of you sebab tolong tengok-tengokkan anak aku..

Sampai ke malam, aku masih lagi berkeadaan macam tu..bertambah teruk..masa itu teringatla aku kat isteri aku..kalau dia ada, leh tengok-tengokkan aku..isk,isk masa tu sedih dan sayu..yerla jiwa orang sakit mudah tersentuh..Isteri aku terpaksa balik sendiri dari berkursus dan dia sampai kat Klang hari Sabtu..tengok jer dia happy aku..seminggu maaa tak jumpa.."hepila"..haha..tapi coverla..Masa tu badan aku tak sihat lagi..Petang tu atas nasihat dia aku ke klinik..Masa tula baru tahu aku salah makan (food poisoning)..perghh dahsyat penangan food poisoning..simpton dia lebih kurang cam kena Denggi..Dr. nasihatkan aku minum banyak air untuk kembalikan air dalam badan aku yang hilang disebabkan cirit birit..

Esoknya barula badan aku lega sket..Tapi satu masalah plak timbul..otot-otot aku sakit dan mudah cramp..aku call akak aku tanya..dia cakap itu sebab mineral dalam badan dah hilang sebab cirit birit..dia nasihatkan aku minum air garam banyak-banyak..Alhamdulillah sekarang aku dah sihat dan mampu melaksanakan tanggungjawab aku sebagai seorang suami khususnya..hahahahahhaha....

Lama gila aku tak update blog aku..Bukan aku tak online, hari-hari aku online, tapi malas nak update..

p/s: Malam ni tetiba hati aku rasa nak dengar nasyid jer..tak nak lagu lain..naper ek?