25 September 2008

Minal Aidi Wal Faizin


@Payed.com mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Minal I'di wal Faizin terutamanya kepada semua pengunjung tak setia blog ni..Kan aku cakap pengunjung setia kan cakap aku perasan plak yang blog aku ni ada peminat..Tapi watever, sepuluh jari disusun tambah jari kaki menjadikan 20 jari disusun memohon kemaafan sekiranya ada buat perkara yang menyinggung hati, mengguris perasaan dan sebagainya..

Korang maafkanlah aku..Esok aku nak balik kampung dah..Bukan aku minta, tapi kalau apa-apa jadi pada aku, kira korang dah halalkan dan maafkan aku..Takyah la kat Padang Mahsyar nanti aku mencari korang menuntut kemaafan..Cuma dengan Allah jer..Ya Allah, macammana pahala puasa aku tahun ini?Aku tahu aku lemah ya Allah..Engkau Ampunkanlah Dosa dan Kelemahanku..Sesungguhnya diri ini lemah dan tidak berdaya dan sering tewas pada pujukan nafsu ammarah..Sering ingat padaMu ketika dalam kesusahan tapi lupa dan alpa terhadapmu bila kesenangan meliputi diri..Ampunkanlah dosa aku Ya Allah..Janganlah ketika para Malaikat turun melihat hamba-hambaMu beribadah di malam Lailatul Qadar, aku pula asyik dengan kemaksiatan..Engkau kurniakanlah pahala Ramadhan kepadaku walau sedikit..Sesungguhnya aku mengharapkan redha dan maghfirahmu Ya Allah..Allahuakbar..Kerdilnya diri ini..Isk isk isk isk...Sedey..Uwarghhhhhhhhhhhhhhh..Bila aku nak jadi orang baik..Orang yang kuat mujahadah?Bila..bila..Tepuk dada tanya iman..Ya Allah..

22 September 2008

Halim Tag Aku..

Adui banyaknya soalan nak kena jawab..Tetapi sebab aku tertakluk kepada Mahkamah Blogger, maka kena jugak la aku jawab sebab si Halim dah tag aku..ceit ko lim..Engkaulah manusia pertama yang tag aku di dunia ini..Jangan aku tag ko kat alam barzakh nanti..Hahahha..gurau jer..So aku jawab soalan-soalan seperti di bawah:


1. Name one person who made you laughed last night.
Nabil..lu pikirla sendiri..

2. What were you doing at 0800?
Type password pc pejabat aku..

3. What were you doing 30 minutes ago?
Tgh bawak kereta balik umah dari umah akak aku..

4. What happened to you in 2006?
Aku kawin dan memperolehi perkara yang orang bujang tak dapat..Hahahahhaha...

5. What was the last thing you said out loud?

Kalau ko tak tahu camana nak buat kerja ni, jangan dok pandai nak komen jer..try la buat!!

6. How many beverages did you have today?
Air tebu..Air tebu..Air tebu..Air masak..Air milo masa sahur..5 gelas jer..Uiks sket jer air aku minum hari ni..

7. What color is your hairbrush?
Hairbrush tu ape mende..sama dengan airbrush ker?

8. What was the last thing you paid for?
Beli chemical untuk sink umah aku yang tersumbat..

9. Where were you last night?
Kat umah Jengka..layan bola Chelsea vs Manchester United

10. What color is your front door?
Umah aku yang mana satu? umah aku banyak..tp semuanya seakan-akan warna coklat van houton..

11. Where do you keep your change?
Dalam baju pagoda..hahaha..

12. What’s the weather like today?
Kejap panas..kejap cerah..kejap gelap..Lailatu Qadar kot..

13. What’s the best ice-cream flavor?
Vanilla shake..

14. What excites you?
Isteri aku boleh bertukar ke KL..doakanlah ramai kawan-kawan ku..

15. Do you want to cut your hair?
Baru lepas potong..buat style sikat depan..hahahahah..

16. Are you over the age of 25?
Haah..im sweet 26..

17. Do you talk a lot?
Banyak..kekadang sampai membangkitkan kemarahan orang..Sorila mana yang terasa dengan aku..

18. Do you watch the O.C.?
Yup..Setiap hari Sabtu malam Selasa..hahahah..O.C tu apa?Saper la wat soalan ikut kepala dia ni..

19. Do you know anyone named Steven?
Ada..dekat room IRC..ramai pakai nick Steven..

20. Do you make up your own words?
Tak paham soalan..

21. Are you a jealous person?
Orang jeles kat aku ada la..

22. Name a friend whose name starts with the letter ‘A’.
Asri..kawan aku dulu duduk serumah dengan aku..skang dah kuar bawa bini..hahaha

23. Name a friend whose name starts with the letter ‘K’.
Kerisani..layarila blog dia..

24. Who’s the first person on your received call list?
Celcom Operator..

25. What does the last text message you received say?
I love u..

26. Do you chew on your straw?
Gila apa nak kunyah straw..Memang sah yang buat soalan ni tak betul..

27. Do you have curly hair?
Ikal Mayang..

28. Where’s the next place you’re going to?
Katil..

29. Who’s the rudest person in your life?
CM..

30. What was the last thing you ate?
Murtabak..

31. Will you get married in the future?
Nak suruh aku poligami ker? Aku tadak hal kalau ada orang sponsor..Haahha..

32. What’s the best movie you’ve seen in the past 2 weeks?
Naruto Shipuuddeen..

33. Is there anyone you like right now?
Ada sorang awek kat tempat keje aku..

34. When was the last time you did the dishes?
Hari Ahad lepas..

35. Are you currently depressed?
Aku pressure jawab soalan-soalan ni..Uwarghhhhhhhhhhh.......

36. Did you cry today?
Aku tak..Tapi anak aku yer..

37. Why did you answer and post this?
Si Halim tu suruh aku..Kan aku tak jawab, kira aku tak masuk geng plak, tak sporting la..Hmm belasahla lim..

38. Tag 5 people who would do this.
1. Halim

2. Hisham

3. CEO tempat keje aku

4. Azlim..Mu nok ko lim?

5. Timbalan CEO tempat keje aku..


Perghh lega sehh habis jawab soalan ni..Ok tido dulu..berdebu jer mata aku..Lim aku dah jawab sebelum raya..mana duit raya?Ko jangan la kedek..

17 September 2008

Cermin Mata


Aku mula memakai cermin mata sejak aku dari Form 1..Masa mula-mula pakai, ramai cakap "Fuyyooo..nampak intelek la.." (Dalam hati, aku cakap memang intelek pun, hahahahahah)..Tapi lama kelamaan, aku mula merasakan banyak benda yang menyusahkan berlaku disebabkan pakai cermin mata ni..Di sini aku listkan beberapa perkara yang aku tidak suka disebabkan pakai cermin mata:

  1. Aku tak dapat tengok dengan jelas macammana barber potong rambut aku sebab kena tanggalkan cermin mata masa potong rambut..Aku hanya dapat tahu camana dia buatkan rambut aku bila dah selesai bila aku pakai balik cermin mata..kalau ok, okla.kalau tak ok, aku meratap kesedihan jerla, takkan aku nak suruh dia tanam balik rambut aku

  2. Aku susah nak beli sunglasses murah-murah tepi jalan sebab yang tu takde power..Kalau nak jugak spek hitam, kena la pergi tempah kat kedai yang harganya mungkin 2-3 kali ganda dari harga kedai kaki lima

  3. Kalau masa aku pergi swimming kat swimming pool, aku tak boleh lihat dengan jelas dalam air..Yang ni kira ada hikmah la sebab aku tak nampak aurat-aurat yang terdedah di bawah air..hahahahha

  4. Kalau aku tengok tv, aku kena tahu bila mata aku mengantuk..dengan kata lain aku tak boleh tertidur..sebab kalau aku tertidur dan aku tak tanggal cermin mata aku, maka ianya berisiko tinggi nak patah, bengkok dan sebagainya..Yang aku pakai sekarang dah bengkok selepas aku baru buat 3 minggu..Ni semua sebab gara-gara tertidur..

  5. Kalau aku tak lap cermin mata aku, ia akan membuatkan bukan sahaja cermin mata aku nampak kotor, tapi menjejaskan sekali imej penampilan aku yang sedia tak macho..dia akan menyebabkan aku kelihatan tak terurus kalau cermin mata tu berminyak, berdebu, ada kesan jari dan sebagainya..

  6. Kalau nak ajar anak aku eye tu mata sambil tunjuk kat mata, maka dia akan tunjuk kat mata aku dan pada masa sama, tarik cermin mata aku dan dengan konfidennya baling seraya berkata.. jattuh, jattuuhhh..geram jugak kat budak sorang ni..hehehe tapi sayang woo anak..

Itula antara perkara yang aku tak suka disebabkan pakai cermin mata..Aku pernah cuba pakai contact lense..tapi ada sekali tu aku pakai, aku kena migrain teruk, mata senak mencucuk, maka lepas tu aku tak berani pakai contact lense lagi..So moral of the story, cermin mata tu ada banyak bentuk yang bulat ada, bersegi ada, bujur ada, oktagon pentagon semua ada..macam-macam ada..hahahahha..

15 September 2008

Kepalsuan Fadhilat Solat Terawih..


2 minggu lepas, aku pergi ke satu surau di Shah Alam..Aku terkejut apabila melihat di notis board tertampal fadilat solat terawih..Bagi aku benda tu dah lama dibincangkan oleh tokoh-tokoh agama khususnya di Malaysia berdasarkan kesahihan hadis tersebut..Namun mungkin masih ramai lagi yang tidak mengetahui mengenai perbincangan tentang hadis tersebut..Mungkin disebabkan kurang hebahan mengenai etrsebut atau malas nak ambil tahu. So di kesempatan ini aku "paste"kan satu artikel yang aku ambil dari laman web Mufti Negeri Terengganu yang membincangkan mengenai "hadis" tersebut yang sebenarnya bukan hadis..

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut:


  1. Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala)

  2. Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

  3. Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

  4. Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..
Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehinggalah malam ke-30

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim). Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..
Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)
Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)
Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Cukup setakat tu aku paste..kalau nak tahu apa lagi yang dalam hadis tu menimbulkan keraguan dari segi kesahihannya, bacalah laman web Mufti Terengganu itu..

Jadi sekarang kita sudah tahu bahawa ianya bukanlah lagi hadis..Hadis palsu pun bukan..So kalau bukan hadis, apa lagi?Ianya adalah rekaan semata2..Oleh itu berdasarkan apa yang diberitahu melalui artikel di atas, janganlah kita beramal dengan sesuatu yang dikatakan hadis kerana ianya satu pendustaan ke atas Rasulullah s.a.w

08 September 2008

Ahlan Ya Ramadhan..


Aku kira masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1429H..Semoga madrasah Ramadhan kali ini akan menjadi medan tarbiyyah terbaik untuk kita..

Hari ini dah masuk hari ke-8 puasa..menghampiri 10 hari Ramadhan terawal, iaitu fasa rahmat..Kasih sayang daripada Allah..Moga kita tergolong dari mereka yang sentiasa mendapat rahmat kasih sayang dari Allah..Hamba yang disayangi Allah ialah hamba yang dekat kepadaNya..hamba yang doanya akan didengari oleh Allah..Ya Allah, aku hambamu yang lemah..sering tewas dalam menuruti perintahMu..Engkau Ampunkanlah Dosa Aku Ya Allah..Isk Isk..

Aku masa awal-awal puasa hari itu, kesian tengok isteri aku..bangun sediakan sahur untuk aku..pastu masak untuk buka puasa..Tapi tengah2 aku kesian tu, ake dengar dalam TV hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud lebih kurang ginila. Barangsiapa yang menyediakan makanan untuk orang yang berpuasa berbuka walau sebiji tamar, maka dia akan diberi ganjaran pahala puasa orang yang berpuasa tersebut tanpa dikurangi sedikitpun pahala..Aku dengar jer hadis tu terus tak kesian kat isteri aku, tak puas hati ada la..hahahaha...Bertuahlah kamu wahai isteriku..Semoga kau akan terus menjadi isteri yang solehah..Engkau isteri yang amat ku sayangi..isk isk..jiwang la plak..tak tahu naper..2-3 menjak ni rasa sayang kat isteri aku bertambah-tambah..mungkin sebab dah lama dok berjauhan ni, aku tengok pengorbanan dia yang besar..jaga anak sorang-sorang..hmm aku boleh rasa kepenatan dan keletihan yang ditanggung..tapi kekadang aku tak tolong pun dia bila aku balik hujung minggu..hahahahah..orang laki..kesian-kesian jugak tapi bila malas datang, hilangla kesian tu..

Okla sehingga situ sahaja untuk kali ini..Jumpa lagi di episod seterusnya..