29 October 2008

My First Blueetooth Handsfree


Aku sebenarnya sudah lama menginginkan bluetooth handsfree..Memang sudah lama survey..Tapi harga boleh tahan..Yang aku jumpa paling murah RM110..tapi brand yang biasa-biasa je..

Hendak dijadikan cerita minggu lepas ada officemate datang ke bilik aku..Dia pakai handfree bluetooth yang telah dibeli dalam 2-3 bulan lepas bersama handset Sony Ericsson yang baru..Dia kata baru hendak try..Aku dalam keadaan serius dan bergurau cakap kat dia.." Bro, jual la kat aku RM50.."..Nada yang mula-mula bergurau makin lama bertukar mendesak..Kawan aku tu pun entah camana mula termakan dengan pujukan aku..Mungkin kesian kat aku kot..Dalam 10 minit dok desak-desak dan pujuk dia, akhirnya setuju..Aku pun sendiri terkejut sebab dia nak jual dengan harga RM50..brand Sony Ericson tu..Aku apa lagi terus keluarkan not RM50..dia pun ambil tanpa ada rasa kekesalan..Dia lepas tu siap serah sekali kotak and charger handsfree tu..Memang berbaloi..

Selepas tu aku mula memakai handsfree bluetooth kat telinga aku dan makin ramai juga yang bertanya ada masalah pendengaran ke?Hampeh betul tak supportive langsung..Aku memang tak peduli janji ianya memang memudahkan aku dan terbukti memang memudahkan..So sampai hari ini aku masih lagi memakainya..Cuma kekadang masa aku pergi ke kedai runcit, kedai dobi, aku tak pakai la..

p/s: Coretan aku kali ini berbunyi agak formal sebab aku sedaya upaya cuba untuk menggunakan bahasa rasmi dan bukan bahasa pasar macam yang aku selalu gunakan..Tapi ianya sedikit sebanyak menjejaskan mood aku nak menulis..Rasa tak enjoy dan sebati ngan percakapan sebenar aku..Tak best2..

Upin Ipin Setahun Kemudian Ep 10-12

Sesiapa yang berminat untuk download video animasi Upin Ipin Setahun Kemudian Episod 10-13 ini, ambil la DI SINI

21 October 2008

My First Photoshop Touch..Tips Photoshop CS2

Aku skang tengah pelan2 belajar guna Photoshop..Hari tu kawan aku yang baik hati telah mengajar aku crop guna tool brush..Pastu guna eraser untuk hilangkan kesan crop..Aku buatla pelan-pelan dan jadila jugak walaupun kualiti masih jauh ke belakang sekiranya nak dibandingkan dengan yang profesional..

Nasihat aku untuk yang nak belajar Photoshop ialah bila korang dah mula pandai guna sket2, korang guna gambar family korang untuk edit sebab korang akan rasa lebih teruja daripada korang edit gambar-gambar lain yang tiada kaitan..So tadi aku terfikir nak try buat kat gambar anak aku yang tersayang...Wan Asmaa..Lihatlah hasilnya yang tak seberapa di gambar atas..

16 October 2008

Upin Ipin Setahun Kemudian..

Upin Ipin Kembali lagi.. Kali ni tajuk dia Upin Ipin Setahun Kemudian..Serius aku cakap memang best..best giler..Aku respect Les' Copaque atas penerbitan video yang bukan sahaja menarik malahan penuh dengan mesej..Sini aku letak trailer video animasi tersebut..Kalau nak download episod 7 hingga 9, leh download kat SINI..

15 October 2008

Galaksi..Masya Allah





Dalam kereta tadi, aku terbaca tentang galaksi dan terpanggil aku untuk mencoret tentangnya di blog aku ini..Bumi, matahari, planet-planet yang wujud adalah berada di dalam Galaksi Bima Sakti..Di samping planet Bumi dan planet-planet lain di dalam Galaksi Bima Sakti, terdapat banyak lagi bintang-bintang lain yang masih belum dapat diteroka..Berapakah keluasan Galaksi Bima Sakti ini?Andaikan ianya bulat, maka jarak dari satu hujung ke satu hujung lagi adalah 100,000 tahun perjalanan cahaya..100,000 ker 100,000,000, aku tak ingat..Tapi biar 100,000 atau 100,000,000, ianya tetap perjalanan yang jauh..

Tetapi di dalam alam semesta ini terdapat bukan hanya Galaksi Bima Sakti, tetapi banyak lagi galaksi-galaksi lain bertebaran di alam semesta ini..Dikatakan ada 100 billion galaksi di alam ini..Allahuakbar..Betapa besarnya alam semesta Allah ciptakan ini..Jika dinisbahkan dengan galaksi-galaksi yang ada, maka kita di planet bumi ini ibarat sebutir telur ikan di tengah-tengah lautan luas..Telur ikan ok lagi, tapi aku rasa bukan telur ikan, tapi zarah-zarah kecil yang memang tak dapat dilihat..Luas betul alam ini..Kerdilnya kita..

Antara galaksi lain yang wujud di alam semesta ini adalah Andromeda..Kalau korang tengok Astro chanel 17 (AXN), adakan rancangan Andromeda..tapi aku tak minat rancangan tu..

ALLAH berfirman dalam dalam Surah ke-25 Al Furqaan ayat 61:
Maha Suci Allah yang menjadikan di langit gugusan-gugusan bintang dan Dia menjadikan juga padanya matahari dan bulan yang bercahaya.



07 October 2008

Mandi Wajib



Mesti korang tertanya-tanya kenapa post aku ni tajuknya "Mandi Wajib"..Sebelum aku mencoret, aku nak pesan kepada semua pembaca blog aku agar membaca coretan ini dengan minda kelas pertama, positif dan dengan niat untuk ilmu..Ceh ceh ceh..Macam la bagus sangat aku nak menulis ni..

Aku hanya nak berkongsi suatu benda yang mungkin korang dah tahu tapi aku baru tahu selepas 26 tahun aku hidup..Tu pun sebab aku kahwin, kalau aku tak kahwin aku rasa aku masih lagi tak tahu..Dari detik awal perkahwinan aku, aku menganggap sekiranya bersentuhan kemaluan lelaki dan perempuan tanpa lapik, maka ia sudah mewajibkan seseorang untuk mandi wajib..Ini kerana aku berpendapat ia sudah dikira sebagai persetubuhan dan apabila berlaku persetubuhan maka wajib mandi walaupun tidak keluar air mani..

Namun setelah 2 tahun aku mendirikan rumah tangga dan melalui pelbagai "pengalaman"..terfikir aku betul ke perkara ni?..Tadi entah camana datang ilham untuk aku search kat dalam Internet..maka terjumpa aku satu website seorang ustaz..Aku lupa nak copyurl website tu..Dia bincangkan mengenai hal ini dan barula aku sedar bahawa apa yang aku amalkan selama ini adalah tak betul..

Kata ustaz tu (mafhum)..Seseorang itu perlu mandi wajib apabila tenggelam hasyafah ke dalam faraj walaupun tidak keluar air mani..Itula katanya yang memberi jawapan jelas kepada aku..Mesti ada antara korang tertanya apa itu hasyafah?Hasyafah itu adalah bahagian depan kemaluan lelaki..ala yang muncung-muncung tu..Ala senang cakap kepala zakar..

So selama ini salahla pendapat aku..Tapi bagi aku ia tidak mengapa sebab aku mengambil langkah berhati-hati dengan menganggap tak "masuk" pun kena mandi wajib..Cuba korang bayangkan kalau aku ingat tak payah mandi wajib, tiba-tiba ustaz tu kata kena mandi wajib walaupun hanya bersentuhan, apa nak kata? So barulah aku tahu..

p/s: Aku niat hanya nak berkongsi..Kalau ada yang tersentuh batinnya membaca coretan ini, ia tiada kaitan dengan aku yang masih lagi hidup ini..