30 March 2008

Jangan U-Turn Kat Highway..


Aku mulakan coretan aku dengan satu nasihat..Jangan buat u-turn kat highway..Kalau nak pusing balik, masuk dulu mana-mana tol, bayar, pastu keluar balik ambil tiket..Sbb aper?Sebab kalau korang tak masuk tol, terus u-turn sebelum tol, caj dia akan lagi mahal..Tak percaya? Teruskan baca coretan aku..

Hari Jumaat lepas, aku pergi ambil isteri aku dekat Hentian Lanchang yang sebelah dari Kuantan ke KL, bukan dari KL ke Kuantan..Aku bertolak dari KL dan ambil tiket di tol Karak..Memandangkan Hentian Lanchang tu di sebelah arah yang bertentangan, maka aku terpaksa pusing dekat Tol Exit Lanchang..Tapi masa tu aku ingat nak masuk dulu tol dekat Lanchang, bayar tiket dan keluar balik..Tapi masa aku sampai jer dekat Tol Lanchang, aku tengok kon kat tengah jalan dia bukak, so aku apa lagi terus buat u-turn sebelum masuk tol..

Lepas aku ambil isteri aku, maka bertolakla aku balik ke KL..Sampai jer di tol, aku kena bayar RM21..mak aii..kalau lalu jer Tol Lanchangtu, aku confirm kena bawah RM5 sbb Tol Lachang tu adalah yang paling dekat dari Tol Karak..maknanya kalau pergi balik hanya kena paling banyak RM10 dan bukan RM 21..maka aku tanya minah tol tu..dia cakap "Encik buat u-turn..u yg mahal sket charge dia..Mahal sket?Bapak la ko..Bukan sket banyak tu..Hmmm..

So itulah apa yang aku nak sampaikan..Kalau korang tak faham, lantak korang..

20 March 2008

Arab Kecek Kelate..

Rancangan ini pernah disiarkan oleh satu saluran TV di Malaysia..Tadi masa aku surf Internet, terjumpa balik aku video ini..Video ni menyiarkan seorang Arab yang boleh cakap Bahasa Melayu..kira fasihla..Tapi yang lagi best dia cakap loghat Kelate tuuuuu..macam yang aku kecek..Hahahha...Bagus2..


18 March 2008

Tahniah..


Tahniah aku ucapkan kepada kawan serumah aku Asri yang dapat promotion jadi Assistant Manager..Wahh hebat2 member2 aku..Gaji dah cecah RM4k..Rezeki nak kawin la tu..Tahniah..Moga ko sentiasa dimurahkan rezeki..Sekali sekala belanja Pizza apa salahnya..Hahhaahha...

05 March 2008

Asmaa Latest..Luv u so much..


Dah setahun anak aku..Gambar terbaru anak aku yang amat ku sayangi..Ummahh..Ni masa kat UiTM Dungun..Masa tu Ummi dia g kursus, maka aku bawak anak aku jalan-jalan tepi pantai..Buat pertama kali dalam hidupnya, anak aku menghirup udara pantai dan naik buai..Suka giler dia..