24 November 2008

Sebulan Menyepi..


Lama betul aku tak mencoret..Hampir sebulan..Tak tahu kenapa..Nak kata sibuk tak ada la sangat..Cuma mungkin sebab 2-3 minggu ni aku tak ada kat rumah sangat..berulang dari Jengka ke KL..Agak keletihan jugakla badan aku yang semakin "mengecil" ni..Hahahah..Petang Jumaat lepas kerja naik bas balik Jengka..Sampai sana pukul 9 mlm, isteri aku dah siap menunggu kat bus stop dan aku terus drive ke KL balik..Hampir 2 minggu dah aku macam tu sebab isteri aku berkursus kat KL..Aku tak berani nak suruh dia drive dari Jengka ke KL dengan anak..So terpaksa la aku turun naik camtu..Dulu jarang2, tak rasa sangat penat, tapi bila dah selalu, mula terasa kepenatan..setiap hari Isnin, badan penat dan ngantuk jer..Tak apa la..Itulah ertinya pengorbanan..Kekadang orang tanya naper tak suruh isteri dan anak naik bas je?Hari tu pernah sekali dia naik bas, anak aku melalak tak berhenti2..last2 dia berhenti kat RnR Lanchang, aku pergi ambil dengan keta kat sana..

Hmm aku rasa cukupla kot..Just nak update blog, menandakan aku masih lagi bernyawa di blog ini..hahah..tadi keluar iklan biasiswa SLAB UM kat Berita Harian..Nak further master ker tak nak?Nak tak nak?Hmm pikir2kan..

p/s: Frust nonggeng aku tengok Malaysia kalah badminton Terbuka China..Tapi takper Chong Wei. Teruskan usahamu sampai ko pencen..