10 May 2012

Teknik Push dan Amik Serve Ping Pong

9 dan 10 Mei 2012 
Belajar cara push yang betul : Utk push, siku daripada dekat dengan badan dijarakkan dari badan dengan ditolak ke depan, bat angle bukak dan tapak tangan mengadap ke depan (maknanya bukan ke atas seolah2 nak tadah).. 
Belajar teknik amik serve: Forehand: Kalau bola bottom short, push ke depan bat angle kena bukak dan contact point adalah bawah bola. Kalau bola side, samada nak bukak atau tutup sket angle, just bawak ke depan bat,,seolah2 macam sapu (ayat Chan SUK), jangan bawak ke atas macam nak spin..kalau bola kosong, sepak/ tampar je (ke depan)..
Backhand: Bottom: Flick ke atas, Side atau kosong, flick ke depan..kalau side bottom, flick ke depan tapi ke atas sket.. 
Masa nak amik serve kena berada dalam kedudukan sedia utk forehand dan backhand..kena standby jugak wrist utk amik backhand..
Sifu aku fashan bagtau utk amik serve kita kena set dalam pale kita teknik A, B, C..contoh A utk bottom, B untuk side dan C untuk kosong..so bila leh agak bola datang camana dgn tngok tangan dia/ putaran bola, terus set dalam kepala teknik mana nak guna..apa2 pun nak buat ni kena training..

01 May 2012

Improve Skill Baca Putaran Bola Ping Pong

Sekiranya dah kenal bola topspin, bottom, sidespin, bola kosong, side topspin, side bottom........maka insyaallah boleh return service dengan baik........ Soal sekarang camne nak kenal? Mestilah berlatih dengan beribu2 bola yang semacam yang dikatakan di atas dan dilatih dengan jurulatih yang bertauliah. Built the experience...... So camne nak kenal? Mata dan telinga nak kena peka. Kena nampak bola digesek dengan bat (tenguk angle dia....mustahak!!!), tenguk jugak movement of the wrist.......kena tahu spin apa yang diimpart ke bola tuuuu! Lepas tu kena peka jugak kelajuan bola tuuuu...... Ini tips dr bro Kidal..nak kenal bro Kidal, masuk pp4m.com..

29 April 2012

Stage Belajar Ping Pong (PP)

Setelah hampir 3 bulan belajar main dgn bro fashan, baru tersedar kita takleh expect nak cepat kuasai main pp..mcm kata uncle aiman, main pp ni banyak level..kena khatamkan dulu satu2 level, baru leh step further ke level lain..so slow2 blajar, jgn cepat nak pndai mcm tngok dlm youtube, Jgn frust bila takleh main macam yang kita imagine nak main..yg penting slow2 training..dan yang paling penting main utk kesihatan nak peluh..jadi terrer no 10 sbb terer pun mustahil dah nak jadi wakil malaysia..umur pun dah tua..

12 February 2012

Mula Belajar Ping Pong

Start Main Ping Pong

8 Februari 2012
- Pegi try main di Sungai Udang
- Jumpa Fashan
- Mmmg main fail, basic tak lepas
- Fashan bawak g umah dia, tgok tempat dia dan dia setuju nak ajar

9 Februari 2012
- mula training di rumah Fashan
- belajar basic stroke
- bat kena lurus (pergelangan tangan bengkokkan sket kat
bawah)
- anglekan sket bat
- perut dan kepala ke depan sket
- paling penting- siku lock facing down dan yang bergerak
hanya lengan dari huruf L kecik kepada L Besar
-kena ada pecutan masa pukul bola
- Hari ni 1st time main guna robopong (susah gak main benda
alah ni)

11 Februari 2012
- training benda sama basic stroke
- main ngan anak fashan, hehehe..mmg aku kalah kalau main
ngan anak dia
- pastu main dekat meja dengan fashan..
- mmg berpeluh dan penat kali ini..fashan kata ada
improvemnet dari aspek pukul bola, cuma badan keras

p/s: Aku mula set training 4 kali seminggu..jumaat, sabtu, isnin, rabu..hari2 tak larat woo..g keje letih..sbb main malam start kol 10.30 sampai 12.30..Harap tak jadi hangat2 taik ayam..heheh..target terdekat MAKSWIP 2012: 16-18 Mac 2012..

07 December 2009

FB pengganti blogger..

Dah ada facebook, malas plak nak update blog..

18 October 2009

Kisah Allahyarhamah Ibuku Tersayang..Isk isk

Nik Khairiah binti Haji Nik Abdul Rahman..Inilah wanita yang menanggung perit getir mengandungkan aku, melahirkan aku dan membesarkan aku ..Aku tak sempat nak membalas jasanya kerana dia telah pergi meninggalkan aku semasa aku berusia 17 tahun..

Hmmm..dia aku adik beradik panggil Che'..Berita kematian Che' aku terima ketika aku sedang bersiap sedia menghadapi Peperiksaan SPM di KISAS..Pada malam itu, lebih kurang pukul 2 pagi, tak tahu kenapa, aku tak boleh tidur..Aku bangun dan buka buku Prinsip Akaun nak buat latihan..Tak sampai 10 minit, kawan aku naik menyampaikan berita kematian ibuku..

Hmmm, sedih siot ingat balik kenangan tu..Masuk tahun ni, dah masuk 10 tahun arwah Che' meninggalkan aku adik beradik..Di sini aku masukkan sedikit cerita pasal arwah ibuku tersayang ini yang dicoret sama-sama oleh adik beradikku..

Cik Yah Dalam Kenangan
( Hjh Nik Khairiah Hj Nik Abdul Rahman – 1940-1999)


Tanggal 29 Jun 1940, lahirlah puteri sulung pasangan Hj Nik Abdul Rahman Nik Abdullah dan Hjh Che Fatimah Hj Yusuf di Kampung Atas Banggol,Kota Bharu, Kelantan. Cik Yah merupakan anak ketiga dari seramai lapan orang adik beradik ( Ayah Long, Ayah Ngah, Cik Yah, Ayah Chik, Che Ngah, Cek Cik, Ayah Su dan Su) yang terdiri dari empat lelaki dan empat perempuan. Sebagai puteri sulung dalam keluarga, Cik Yah menjalankan amanah sebagai seorang kakak kepada adik-adiknya yang lain sebaik mungkin. Cik Yah disenangi di kalangan keluarga kerana sifatnya yang mudah ketawa dan pandai memasak.

Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat (SMKANL) yang nama asalnya Madrasatun Naim Lilbanat sehingga Tingkatan 6.Setelah tamat belajar , beliau menjadi salah seorang tenaga pengajar di Madrasah Muhammadiah yang terletak di bangunan Pejabat Majlis Ugama Islam Kelantan di Jalan Sultan, Kota Bharu iaitu tapak di mana Pustaka Islam didirikan sekarang. Kemudian apabila Madrasatun Naim Lilbanat di tubuhkan dan di pindahkan ke bangunannya sendiri di Jalan Sultan Yahya Petra,Langgar , beliau turut di tugaskan sebagai guru di sana. Beliau bekerja sebagai mu’allimah (gelaran untuk guru perempuan sekolah agama ketika itu)sekitar tahun 1960 selama beberapa tahun.

Beliau dipertemukan jodoh dengan Wan Mohamad Zain bin Wan Yaacob.Beliau adalah anak pertama kepada pasangan Hj Nik Abdul Rahman dan Hjh Che Fatimah yang mendirikan rumahtangga iaitu mendahului dua orang kekandanya. Majlis perkahwinan beliau telah diadakan selama dua hari berturut-turut. Pada hari pertama majlis perkahwinannya, kebanyakan jemputan terdiri daripada sanak-saudara dan kenalan di sekitar Bandar Kota Bharu.Mereka ini dihidangkan dengan kuih-muih mengikut kebiasaan ‘orang bandar’ ketika itu. Manakala jemputan untuk majlis hari kedua pula terdiri dari murid-murid pondok dan orang-orang kampung di sekitar Kota Bharu di mana mereka ini dihidangkan dengan hidangan berat seperti nasi.

Setelah beberapa tahun mendirikan rumahtangga dan mempunyai tiga orang cahaya mata , beliau telah mengambil keputusan menjadi suri rumah sepenuh masa kerana mengikut ayah yang bertukar kerja ke Pasir Mas. Hasil perkongsian hidup dengan suami tercinta, pasangan ini telah dikurniakan dengan lima puteri dan dua putera…Wan Nazihah ( Zizie), Wan Razanah (Rozan), Wan Nawal ( Wa ), Wan Nazilah (Ila), Wan Nor I’zzah ( Ijah ), Wan Mohamad Azman ( Me ) dan Wan Ahmad Fadhli Shah ( Fadhli ). Nama Fadhli adalah cantuman nama yang dipilih oleh Cik iaitu Wan Ahmad Fadhli dengan nama yang dipilih oleh ayah iaitu Wan Ahmad Shah..Terhasillah nama Wan Ahmad Fadhli Shah, anak bongsu yang dlilahirkan di Selangor.

Cik Yah pakar dalam memasak nasi dagang, kuzi, murtabak pisang dan rojak mee..Masih segar di ingatan, setiap kali selepas memasak rojak mee, orang yang pertama Cik Yah akan telefon ialah Ayah Long sebab Ayah Long suka sangat makan rojak mee adiknya itu. Setiap kali menjelangnya hari raya, Ciklah orang yang paling lambat tidur kerana sibuk menyediakan juadah untuk pagi raya. Di kalangan adik beradik ayah pula, mereka sentiasa tertunggu-tunggu sup tulang Cik. Cik.. rindunya nak makan masakan Cik.

Cik merupakan seorang ibu yang tidak suka menghabiskan masanya tanpa sebarang kerja. Setiap waktu ada saja tugasan sebagai suri rumah sepenuh masa yang akan dilakukannya. Bila melihat Cik tertidur di ruang menonton televisyen, bermakna masa tu Cik betul-betul sudah terlalu penat..Semua kerja dilakukan sendiri tanpa merungut dan Cik seboleh-bolehnya tidak mahu menyusahkan sesiapa walaupun anak-anaknya sendiri sehingga pernah kami pula yang berasa bersalah kerana membiarkan Cik melakukan semua kerja bersendirian. Pernah Cik menyuarakan kerisauan takut anak-anak perempuannya tak pandai buat kerja rumah kepada ayah.Jawapan ayah ringkas, ` tak pelah, budak-budak tu tengah baca buku..biarlah jangan kacau mereka’. Satu hari ketika Cik membersihkan longkang di belakang rumah, Cik bertanya , ” Siapalah dalam ramai-ramai anak Cik ni hok sanggup buat kerja macam ni?” Cik selalu berpesan kepada anak-anak perempuannya yang bakal mendirikan rumah tangga supaya tidak menjawab bila suami sedang marah dan banyak-banyakkan bersabar dalam melayari bahtera rumah tangga kerana tempoh lima tahun pertama perkahwinan banyak dugaannya”.

Selepas kematian ayah, Cik meneruskan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan sebaik mungkin, kalau boleh semua kemahuan anak ingin ditunaikan tanpa mengira masa, waktu , perasaan dan kemampuan.. Di sebalik semuanya itu, sememangnya tergambar raut kesunyian di wajah Cik tanpa suami di sisi walaupun kehidupannya ketika itu boleh dikatakan hampir sempurna dengan empat orang puterinya telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai kerjaya tetap,dua orang anak di institut pengajian tinggi dan seorang anak lelaki bongsu yang masih menuntut dalam tingkatan lima di Kolej Islam Sultan Abdul Aziz Shah, Kelang.

Sehinggalah tiga tahun selepas pemergian ayah ke Rahmatullah dan sebaik sahaja majlis perkahwinan anak yang keempat telah selamat disempurnakan di Kota Bharu, Cik telah datang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis resepsi pada bulan Januari 1999. Sebulan selepas itu, iaitu pada bulan Februari 1999, di rumah Cek Cik, Cik mula mengalami sakit di bahagian perut sehingga kadang-kadang sakit itu sampai ke bahagian belakang badan. Beberapa doktor telah ditemui pada bulan Mac 1999 dan keputusannya tetap sama. Cik hanya diberi ubat untuk keluarkan angin. Selepas Hari Raya Aidiladha pada tahun 1999, Cik mengalami demam panas yang teruk, hilang selera makan dan keletihan. Ayah Su telah mencadangkan agar Cik di bawa ke Hospital Pakar Ampang Puteri untuk pemeriksaan lanjut. Hasil ujian yang dijalankan, doktor menyatakan ada ketumbuhan di bahagian pankreas Cik. Pembedahan terpaksa dijalankan untuk membuang ketumbuhan tersebut. Selepas pembedahan selamat dijalankan, kami dikejutkan dengan satu berita yang sukar untuk diterima..Cik mengidap Kanser Pankreas tahap empat. Kak Jielah orang pertama yang tahu tentang hal ini setelah dimaklumkan oleh pakar bedah sebaik sahaja pembedahan selesai.

Di saat-saat terakhir hayatnya, tidak pernah lekang dari mulut Cik berpesan kepada Abang Pin ( menantu sulung yang sentiasa berada di sisi Cik setiap kali Cik kesakitan melawan penyakitnya) ` Pin, tolonglah tengok-tengokkan adik-adik bila Cik tak dok nanti, tolong deh Pin’. Selama lebih kurang tiga bulan bergelut dengan penyakitnya,Cik telah pergi mengadap Ilahi pada pukul 1.30 pagi 17 Julai 1999 di rumah kami di Kampung Cherang di sisi Kak Jie dan Abang Pin.. Anak-anak Cik dan ayah merupakan cucu Tok Wan yang pertama menjadi yatim piatu..Tak sempat kami nak berbakti pada Cik dan Ayah..Namun itulah ketentuan Ilahi..Mudah-mudahan roh Cik, Ayah, Ayah Long, Ayah Ngah, Cek Ngah, Ayah Chik, Tok Wan dan Tok Wan Haji dicucuri rahmat..Amin.

Untuk pengetahuan adik-adik , anak-anak dan anak-anak saudara, kematian yang berlaku di kalangan adik-beradik Cik agak rapat..Ayah Ngah ( November 1996), Ayah ( Disember 1996), Ayah Long ( April 1997), Cek Ngah ( Mei 1997 ), Cik Yah ( Julai 1999 ), Ayah Chik ( Julai 2000 ) dan Tok Wan ( Oktober 2002).

Sehingga artikel yang tak seberapa ini ditulis, cucu-cucu Cik dan Ayah telah mencecah seramai 21 orang.. Ayah pernah berkata pada Cik `Bila anak-anak kita dah besar dan semuanya dah kahwin, mesti penuh dengan kereta halaman rumah ni setiap kali raya.’ Apa kan daya, Cik dan ayah tak sempat melihat suasana ini..dan suasana ini kini boleh dilihat di halaman rumah Kak Jie di Bachok pada setiap kali raya..

p/s: Isk isk isk..Menangis aku dalam hati..Terima kasih aku ucapkan khususnya kepada Kak Je yang telah memulakan usaha menulis coretan ini..

Perhimpunan Keluarga Tuan Tabal..

YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan hadir merasmikan Perhimpunan Keluarga Tuan Tabal pada hari ke 4 Syawal

Hari ke-4 Syawal baru-baru ni, aku menghadiri satu perhimpunan keluarga yang menghimpunkan keluarga moyangku..Moyangku ini dikenali sebagai Tuan Tabal, seorang ulama’ tersohor di Kelantan dan Tanah Melayu ketika itu..Nama sebenar moyangku ini ialah Al-Marhum Haji Abdul Samad bin Haji Mohd Salleh.. Gelaran itu diperolehi kerana beliau berasal dari Tabal atau Tak Bai di selatan Thailand yang suatu masa dahulu berada di bawah Kerajaan Kelantan..

Antara guru-guru Tuan Tabal adalah Sheikh Ibrahim bin Al-Qadhi Salleh Ar-Rashid (Sudan), Sheikh Abdul Kadir bin Abdul Rahman Al-Fattani, Sheikh Ahmad bin Mohd Zain Al-Fattani dan ramai lagi..Beliau merupakan seorang yang alim dalam ilmu fiqah, usuluddin dan tasauf. Antara hasil karya beliau ialah Munabbahul Ghafilin, Minhatul Qaribul Mujib Wa Mughnir Raaghibin Fi Taqreeb dan banyak lagi..Anak-anak dia turut menjadi ulama’ yang disegani antaranya Allahyarham Haji Wan Musa yang menjadi Mufti Kelantan suatu ketika dahulu..Banyak lagi pasal Tuan Tabal ni.Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh layari forum tuantabal.org..

Ramai gak cucu cicit yang hadir dalam Perhimpunan Keluarga Tuan Tabal di Perdana Resort..

Perhimpunan keluarga Tuan Tabal ini dirasmikan oleh Y.A.B. Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan..Menurut YAB Tuan Guru, beliau amat gembira dapat bersama-sama dengan cucu cicit Tuan Tabal yang mana anak-anak Tuan Tabal pernah menjadi rakan seperguruan kepada beliau sendiri..Menurut beliau lagi, walaupun tidak sempat mengenali Tuan Tabal, tapi beliau amat mengagumi Tuan Tabal dengan karya-karya yang dihasilkan..Dan Tok Guru sendiri melalui ayahnya mempelajari salah sebuah kitab yang dihasilkan oleh Tuan Tabal (lupa plak aku nak amik nama kitab yang disebut Tok Guru)..

YAB Menteri Besar menyaksikan persembahan multimedia..

Kegembiraan Tok Guru Nik Aziz menghadiri majlis tersebut dapat dilihat apabila beliau dengan teruja mengesyorkan beberapa tempat yang pernah menjadi pusat dan tempat pengajian ulama’-ulama’ dirakamkan dan dimasukkan sebagai tambahan dalam slide multimedia yang disiarkan sebelum ucapan beliau..Beliau juga sempat menegur agar setiap nama ulama’-ulama’ tersohor yang telah meninggal dunia yang mana disiarkan dalam slide multimedia tersebut disertakan dengan perkataan Al-Marhum atau Allahyarham sebagai tanda menghormati mereka..Teruja aku dengar ucapan Tok Guru..Setiap teguran dan nasihat yang diberikan betul-betul “landing” dan berpijak di bumi nyata..

Keterujaan dan keseronokan Tok Guru dapat dilihat lagi apabila beliau sukar menghabiskan ucapannya dengan mengimbau kembali kisah dan sejarah ulama’-ulama’ terdahulu walaupun telah beberapa kali merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada urusetia program..

Pada majlis itu juga, Tok Guru telah melancarkan logo Pakatan Tuan Tabal dan laman forum iaitu tuantabal.org..Motto Pakatan Tuan Tabal adalah Berilmu,Berbakti dan Beramal..

Seronok gak sekali-sekala hadir program sebegini..Aku terserempak dengan salah seorang staf tempat kerja aku yang juga dari keturunan Tuan Tabal..Tahniah aku ucapkan kepada pakcik aku, Ayah Su, sepupu aku Abe Me dan ramai lagi yang telah bertungkus lumus berusaha merealisasikan Perhimpunan Keluarga Tuan Tabal ini..Tahniah..

09 October 2009

Ibu-Ibu Saudaraku..

Sempena Aidilfiti yang lalu, sempat aku bersama adik beradikku melawat makcik-makcik kami sebelah arwah ayah..terus terang aku katakan aku kurang rapat dengan makcik-makcik aku sebelah ayah ni..Apatah lagi ayah meninggal dunia semasa aku di Tingkatan 2..

So pada hari raya ketiga baru-baru ni, pergilah kami menziarahi mereka (sebenarnya acara ziarah ni acara tahunan keluargaku)..Aku tak pasti makcik sebelah arwah ayah berapa orang lagi tinggal, tp masa pergi ziarah tu ada 2 orang mak sedara yang kami ziarahi..Namanya kami panggil Mok Yoh (mok=mak) dan Mok Ngoh..Mereka ni memang dah berumur..tak silap aku 70++..

Mok Yoh..Menitis air mata Mok Yoh ketika kami datang menziarahi nya..

Umah Mok Yoh bagi aku agak dhaif..Aku rasa kalau orang tak kenal dia, dah boleh masuk rancangan Bersamamu..Tapi sebenarnya dia bukan sebatang kara..Dia ada anak-anak dan semua ada kerjaya yang bagus..Mungkin dah sikap orang tua, suka berseorangan di rumah asalnya menghabiskan sisa usia..Bukan anak dia tak ajak, tapi dia yang tak nak..Mungkin senang nak beribadah tanpa gangguan anak cucu..Masa aku pegi hari tu, Mok Yoh dah start puasa enam..Tapi aku terbayang bagaimana kalau apa-apa menimpa diri Mok Yoh,susah jugak..Dia dok sorang2..Aku tengok masa dia nak buka mangga rumah pun terketar-ketar tangan dia..Boleh ker dia dok sorang? Persoalan aku terjawab bila dia citer yang 3 orang cucu dia duduk sama-sama dengan dia kat umah tu..Ok la tu..

Mok Ngoh..

Mak sedara yang ke-2 dilawati ialah Mok Ngoh..Mok Ngoh tinggal bersama anak-anak dan cucu-cucu dia..Dia sihat tapi sihat cara orang tua, mata tak nampak,, telinga pun dah kurang sket dengar..Semua adik beradik aku dia dah tak cam..Masa salam kena bagitau la nama..Nasib baik la kakak aku yang ke-2, Kak Je ni rajin bercerita..Dia cakapla ni oghe Je (maksudnya suami Je)..ni isteri ni, ni anak tu dan bla, bla, bla..

Itu sahaja yang aku nak cerita..Coretan ni aku tulis masa aku masih lagi bercuti di kampung..Masa ni mood dan feel ada sebab tenang dok kampung, tak pikir pasal keje, relek jer..Kalau dah keje, susah dah nak mencoret macam ni..Feel tadak..Okla..Sayonara..Aku nak tulis citer lain plak..

17 September 2009

Salam Lebaran 1430H


Aku mengambil kesempatan di sini mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri..Semoga Syawal yang bakal menjengah akan kita lalui sebagai insan yang baru dilahirkan dalam keadaan fitrah suci bersih tanpa noda dan dosa..Amin..Tapi adakah apa yang kita buat sepanjang Ramadhan menjurus ke arah itu?Entahla..

Tapi apa2 pun sekali lagi aku mengucapkan Happy Eid..Esok Jumaat aku dah cuti..Tapi belum tahu nak bertolak pukul berapa..Doakan aku selamat..

Ok kawan-kawan..Maafkan silap salah..Sepuluh Jari Disusun Mohon Kemaafan..

p/s: Aku dah cukur habis misai dan janggut..Kan nak dilahirkan sebagai fitrah..heheheh..Main-main kau..

29 August 2009

Ramadhan Kareem


Ramadhan Kareem 1430H.. Dah terlambat ker nak wish? Ok lagi aku rasa..Hari ini hari ke-8 umat Islam berpuasa..Selamat berpuasa kepada semua sahabat-sahabat dan pembaca setia blog aku..Dah lama aku tak citer perkembangan semasa diri aku..

Aku sekarang dah berpindah ke rumah yang aku beli (InsyaAllah ada rezeki, aku jemput korang semua makan-makan kat umah aku)..Banyak lagi yang tak ada..Tapi untuk tidur, mandi, buang air boleh la..Huhuh..Best gak dok umah sendiri, rasa puas..

Aku lama tak update sebab aku tak ada Internet skang..Ni kat CC check email..Bajet bulanan lari bila beli rumah sendiri ni..Tp insyaAllah dalam setahun dua ni, bajet aku akan kembali seperti sedia kala (lama gak tu, merana aku..isk, isk isk...)

Camana puasa korang semua?Ok? Aku tak tahula..Tp harapnya lebih baik daripada yang sebelumnya..Okla geng, takde moodla ngapdate blog kat cc..Takde feel..C U..

Selamat Berpuasa dan Semoga Ramadhan Kali Ini Bukan Yang Terakhir Buat Kita Semua..


12 August 2009

Sebulan Kembali Bersama

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....

Hmmmm, lama sungguh tak menghirup udara di laman @Payed.com..Hihihi..Rindu jugak ek mencoret kat sini..Bila baca balik coretan aku lepas2, rasa lawak, sedih, sayu dan bermacam-macam perasaan menyentuh hati..hahaha..

Dekat sebulan aku tak mencoret..Last coretan 15 Julai..hihi..tarikh keramat tu..Tarikh aku bertaut semula dengan family aku..Lain macam jer bunyinya..maksudnya tarikh itu ialah tarikh isteri aku bertukar ke Shah Alam seterusnya tinggal bersama semula dengan aku..Bukan sahaja dia, tapi puteri kesayanganku juga..

So, hingga sekarang, sudah hampir sebulan aku duduk bersama semula..tak ada lagi berulang alik ke Jengka, tak ada lagi beratur beli tiket bas, tak ada lagi menunggu di bus stop Jengka sorang-sorang tengah-tengah malam tunggu isteri aku yang tertidur lupa nak amik aku, tak ada lagi kepenatan drive keta jauh-jauh, tak ada lagi kena turun pagi Isnin kol 5 pagi untuk ke KL,tak ada lagi aku rasa berat hati nak datang ke KL setiap hari Ahad, tak ada lagi kerisauan apabila anak aku tak sihat sebab aku dah boleh lihat dia depan mata, tak ada lagi aku melintasi pondok jaga kat pintu pagar Jengka, tak ada lagi aku nak melawan mengantuk masa memandu kat Lebuhraya Pantai Timur dan banyak lagi yang dah tak perlu aku lalui..Huhuhuhuh..

Banyak kan..Memang banyak rutin yang tak perlu lagi aku buat bila isteri aku dah pindah ke sini..Tapi jangan lupa banyak lagi rutin baru yang aku mula lalui dengan kehidupan baru aku ini..Aku sekarang masih lagi dalam proses penyesuaian..Kalau dulu, tak kisah aku nak bangun lambat sebab aku pergi kerja sorang2, tapi kini kena bangun awal sebab karang isteri aku lagi lambat bersiap..Dulu pegi keje 15 min tapi sekarang dah jadi sejam..dan banyak lagi yang tak mampu aku nak fikir..

Tapi walaupun rutin ini nampak membebankan, namun ia tidak menjadi beban bila aku balik rumah aku boleh tengok isteri dan anak aku..bila makan, aku ada teman, bila aku boring, aku boleh tengok anak aku dengan telatahnya yang menceriakan aku..bila aku buntu cari idea, aku boleh tanya terus pendapat isteri aku yang setia.Itu sudah cukup menghilangkan kepenatan dan ketensenan.. Huhuuu..

Panjang dah aku rasa mencoret ni..Aku skang masih lagi menumpang umah akak ipar aku..Rumah yang aku beli masih lagi tak boleh masuk..Mungkin minggu depan dapat kunci..Okla kawan-kawan semua, dah panjang aku menulis ni..Rasa lama gila..dekat 20 minit..Okla jumpa lagi..Keep in Touch..

Sayonara...

15 July 2009

Akhirnya isteri ku kembali..


Ehhhmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm....
Alhamdulilllah..Setelah 1 tahun 6 bulan isteriku berkelana meninggalkanku, maka akhirnya dia kembali ke pangkuanku...Hahahhahahaha...15 Julai 2009 tarikh keramat bagi ku..Pada tarikh ini, iaitu pada hari ini hari Rabu, isteriku secara rasminya melapor diri di tempat kerja yang baru iaitu di Shah Alam..Arghh lega rasanya..penantian dan pengorbanan ku selama ini akhirnya berbalas jua..Rasa syukur yang tidak terhingga aku panjatkan ke hadratNya..Hmmmmmm lega siot...

Sekarang hari-hari aku boleh tengok isteri dan puteri yang kusayangi..Kalau tak, seminggu sekali jer..Ada hikmah dari Allah di sebalik aku tinggal berjauhan dengan isteri..Aku lebih belajar untuk memahami, bertolak ansur dan lebih menyayangi keluargaku..Kepada isteriku, engkaulah wanita yang paling baik dan memahami yang pernah aku kenali..InsyaAllah kau isteriku dunia dan akhirat..Ceh ceh..jiwang siot..heheh..tapi betul..bagi aku isteriku merupakan yang paling baik, memahami, rajin dan banyak lagi sikapnya yang baik2 yang tak dapat nak aku gambarkan melalui penulisan..Huhuh..(Isteri aku baca cair ni..dapatlah ngupah satu round..hahahaha)..

So bila berpindah ke tempat baru, banyak la urusan yang perlu diselesaikan..Perkara pertama, tempat tinggal..InsyaAllah kalau tak ada aral, hujung bulan ni aku pindah ke rumah yang aku beli..So sebelum tu, aku menumpang dulu umah akak aku..

Isteri aku pun skang kena belajar biasakan bawak keta di tempat yang baru..Kalau dulu, tempatnya tak sesibuk sekarang, tapi kini situasinya jauh berbeda..Smalam dia try bawak, perghh kecut perut aku..Dia pun muka pucat lesi sampai sakit kepala dia cakap..Tapi takpe dah lama2 biasa la tu..

Okla tu panjang dah meluah perasaan..Sekali lagi aku bersyukur padaMu ya Allah kerana memakbulkan doaku untuk tinggal sebumbung kembali dengan keluargaku..Akan ku tunaikan nazarku padaMu ya Allah..Last sekali..

YYaaaaaaaahhhhhhooooooooooooooooooo.....
yeyeyeyeyeyeyeyeyyeyeye..hahahahahahhaha


25 June 2009

18SX

Assalamualaikum WBT..

Apa khabar semua para peminat setia blog aku..Aku menyusun jari memohon maaf kerana aku mengecewakan hasrat korang semua yang mahu membaca coretan hebat aku setiap hari..Hahahahhahahah...Hebat la sangat..So kali ini aku mempersembahkan coretan bertajuk 18SX..Jeng jeng jeng..Hahhaha...

Aku sekarang ada perkabaran gembira..tapi aku takut nak hebahkan lagi sebab belum ada pengesahan dan hitam putih..Tp aku beranikan diri untuk bagitau korang semer..AKU DAH PREGNANT!!!!...Hahhahahahahaha..Aku memang dah sedia "pregnant"..makin lama makin memboyot perut aku dan ia mula membesar sejak 3 tahun lepas..tak tahula besar mana "baby" dalam perut aku ini..Hahahhahaha...

Ok ok serious..Perkabaran gembira tu sebenarnya berkenaan dengan isteri aku..2 3 bulan kebelakangan ni, isteri aku dapat berita..dalam tempoh terdekat, insyaAllah dia akan dapat bertukar ke Shah Alam..Perghhhhh aku happy gilaaaaaaaaaa........Seronok sioooootttttttttttttttttttttttttttttttttttt....ARRRGHHHH
HHHHHHHH sEROOOOONNOOOOOKKKKKKNYAAAAAAAAAAA.....
ALHAMDULILLLLAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH..

1 hb Julai ni merupakan tarikh yang amat mendebarkan..Sekiranya pengganti isteri aku melapor diri pada tarikh tersebut,maka sahlah dia akan bertukar..Oleh itu, aku meminta jasabaik sahabat2 semua agar dapat mendoakan agar aku dapat tinggal bersama semula dengan isteriku dan puteri yang amat kusayangi..

Seksa ooo dok jauh..Satu dari segi bajet..Bajet lari weii..Dgn gaji aku dan dia sekarang,insyaAllah kalu dok sekali okla kira lehla nak g makan ikan bakar 2 minggu sekali..Tp bila dok jauh, 2 3 bulan sekali lehla g makan ikan bakar atau MCD, Pizza atau yang seumpama dengannya..

Yang kedua ialah dari segi keperluan batin aku..Hahahahhahah...18sx ni..Pergh merana siot..Time dia datang mendesak, hanya Dia yang mengetahui bagaimana mujahadah yang terpaksa aku tempuhi..Hahhahaha (Sebenarnya aku yang tak kuat iman)..Dalam tempoh tersebut,aku kena jaga mata aku..dan ketika itu juga kalau ada jantina yang berlawanan jenis dengan aku pakai pakaian tak senonoh, masa tu la aku akan mencarut gila2 sebab dia menyebabkan batinku bergejolak dan berombak..HAHAHHAHAHA..Gila kan aku..Tp setakat ni alhamdulillah aku berjaya mengawalnya tanpa memudaratkan orang lain..Hahahhahahaha..

Perghh gila betul coretan aku kali ni..Kepada colleague aku, jangan takut baca coretan aku..Yang penting jangan dedahkan aurat depan aku, kang tak pasal2 korang dapat mudarat..Huhuhu..

Okla eberibody..Banyak dah aku mengarut ni..Jumpa lagi di lain coretan..Adios..

19 May 2009

Indonesia


Semenjak aku kerja di sini, aku dah entertain hampir 10 lawatan daripada Republik Indonesia..Maka dengan itu, di sini aku nak berkongsi satu maklumat yang aku dapat tahu hasil daripada aku berkomunikasi dengan mereka-mereka daripada Indonesia ini.

Maklumat tersebut adalah seperti berikut:



p/s: Melalui coretan ini, aku makin sedari susah betul nak terangkan sesuatu melalui penulisan..I think it is one of my weaknessess..

28 April 2009

Formula Sifir 11

Salam semua..Kabare halukum jamian?Huhuhu..Lama betul aku tak menulis..Entahla mood makin kurang, bukan bz sgt..mungkin dah tiba masa untuk aku mempertimbangkan untuk menghapuskan blog ini..Apa pendapat korang?Setuju?Hahahha..Mungkin tidak..

Tadi aku ada bersembang dengan kawan aku..Dia bagitau aku formula mudah bagi sifir matematik iaitu sifir 11..Cth:

2 x 11 = 22

9x 11 = 99


Dia tunjuk cara mudah untuk selesaikan angka puluh yang didarabkan dengan 11. Aku mulakan dengan contoh:

12 x 11

Cara mudah ialah jumlahkan angka 12 (1 + 2), so jawapan dia 3 kan?

Angka 3 tu letakkan di antara dua nombor 12 (antara 1 dan 2).

So jawapannya ialah 132..Faham? Tak faham lagi, bengap betul la korang..hahaha..Gurau jer..Aku bagi contoh lain:

24 x 11
Ok so jumlahkan 2 + 4 = 6, dan letakkan angka 6 antara nombor 2 dan 4 maka hasilnya adalah 264.

Bagi contoh ini plak:
39 x 11
Jumlahkan 3 + 9 = 12,

Camana plak nak letak kat tengah-tengah antara nombor 3 dan 9 tu jumlah 12?

So cara dia ialah letakkan angka 2 (dari jumlah 12) antara 3 dan 9, jadi 329 kan?

Lepas tu tambahkan nombor 3 (daripada nombor 39) dengan angka 1 (dari jumlah 12) so jadilah:

429


Selamat Mencoba..
(Kalu korang tak faham jugak, gunala kaedah korang belajar masa darjah 3..Hahaha..bengap betul aku nak ajar melalui penulisan ni..)..

08 April 2009

Tag..Layan jer la..

Kawan aku si Halim memang takleh tengok aku nak senang, nak berehat sket..Tp aku tahu sebenarnya dia rindu nak baca coretan aku..Itu yang di tag aku..Layan jer la Lim..

1. Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama blog itu?

@Payed.com..Payed tu nama glemer aku..Actually nama ni aku dapat masa aku kat sekolah menengah..Macam nama watak dalam buku kartun plak..First aku tak suka orang panggil aku nama tu, tp lama kelamaan bila orang panggil nama tu, aku menyahut (menjawab) plak..

2. Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

http://payed82.blogspot.com/..Sbb yang ni jer link yang aku suka yang available..

3. Apakah method dalam penulisan blog anda?

Spontan..Tanpa ada penapisan dan pembetulan ejaan..

4. Pernah tak terasa nak hapuskan blog anda? Kenapa?

Nak hapus?Kenapa plak?Orang lain nak hapuskan ISA, korang nak aku hapuskan blog aku plak..

5. Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?

Sajer jer la ni tag orang..nak publisiti murahan..huhuhuhu..

6. Senaraikan calon yang akan di Tag.

Ikhwan
Isteri Aku
UmmuAmar
Mad Pudim


31 March 2009

Singgah..


Arghhhhhhhhhhhhhhhh.... I think it's enough to show that im updating my blog..

14 March 2009

Talk at day see-see, talk at night listen-listen..


Aku sekarang jadi babysitter..Start 10 hb Mac lepas, isteri aku kursus induksi kat Perak selama 3 minggu..Hmm so tiada pilihan lain, memandangkan aku the only pa to my luvly daughter, maka akula kena jaga..nak suruh siapa lagi..Hahahahahah..

Takde apa aku nak cerita..Cuma baru-baru ini ada konflik besar dengan bos aku..It is now become personal..terpulang pada bos aku nak menilai macamana..tp bagi aku itu satu pengajaran..Ungkapan orang Melayu "Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar" terpalit pada aku kali ini..Pengajaran kepada aku..Aku berdoa Allah selamatkan aku dari sebarang bala musibah dan mohon ampunkan aku jika aku bersalah..

So aper lagi aku nak cerita? Takde dah kot..Itu sahaja..Bye2...Sayonaraaa....

26 February 2009

Hahahah..Apparaa punya gambar


Hahahahahahahhahah..Appara punya gambar..

12 February 2009

Ubat Tahan Tidur..


Salam kepada semua pembaca blog aku..Ini seingat aku kali ke-3 aku update blog masa kat ofis..hihih..Sebelum ini aku jarang update blog time office hour..kerja selalu ada menyebabkan tiada mood nak mencoret..

Tapi kenapa kali ini aku mencuri waktu pejabat untuk mencoret?Hmmm jeng jeng jeng..Sebabnya aku akan bertukar kerja..Hahahah..lawak jer..Sebabnya ialah tak ada kerja hari ni..Kenapa aku tak ada kerja? Jawapannya: Bukan aku tak ada kerja, tapi suasana pejabat aku skang menyebabkan "feel" dan mood nak bekerja hilang..Kenapa? Banyak betul soalan aku..Sebab pejabat aku tengah dalam proses berpindah ke pejabat baru yang akan menyediakan ruang yang lebih selesa dan kondusif..Tak jauh dari pejabat sekarang..So memandangkan banyak dokumen yang telah dipacking, telefon dah tak ada, komputer dah barai, maka susah aku nak buat kerja seterusnya membolehkan aku nak update blog..

Last week hari Selasa selepas cuti Wilayah aku accident kat Lebuhraya Pantai Timur..aku tak langgar orang, tapi aku langgar benda iaitu penghadang besi kat tengah highway..aku terbabas sebab aku tertido..Aku terkejut bila kepala terhantuk kat cermin..Aku rasa mungkin terlelap tak sampai 5 saat..Keta melelong kiri kanan..Nasib baik la tak terbalik..cuak gila..Alhamdulillah nasib baik aku tak ada apa..Kereta kemek dari pintu belakang sampai sisi kanan bonet depan..Nasib baik boleh gerak..rim dan tayar pun ok..Alhamdulillah..

Aku ni memang cukup alah pada mengantuk..Aku mudah mengantuk dan memang aku tak upaya nak menahan.. So aku menyeru kepada pembaca semua yang ada cadangan atau ubat macamana nak tahan mengantuk, mohon ajukan cadangan anda di ruangan komen coretan ini atau di chat box di belah kanan blog ini..Hihihi..Aku sekarang jadi takut plak nak drive jauh sebab aku takut mengantuk lagi..Yang aku bengang lagi, selepas aku accident tu, dlm 45 minit lepas tu, aku boleh terlelap lagi..Aiyyaaaaa....camana mau bikin ni..Letih betul la camni..

Okla itu saja untuk kali ini..Jumpa lagi..

p/s: Aku cari ubat tahan ngantuk bukan ubat "kuat"..