12 June 2008

Testing--testing


Hmmm..lama sangat dah aku tak update blog..kesibukan kerja menyebabkan aku tak larat nak mencoret di blog aku ini..masa aku rehat relax, macam-macam menda datang ke dalam benak aku untuk menulis, tp masa tu la plak takde pc kat depan mata..so simpan punya simpan sampaila aku lupa apa yang aku nak tulis..

Ooo yaa..satu benda aku nak share..aku 2 hari lepas sangat kecewa dan terkedu dengan sikap bos aku..Dia telah tuduh aku atas kesilapan yang tidak aku lakukan..aku betul-betul sedih sebenarnya..aku yang tidak tahu menahu dipertanggungjawabkan atas kesilapan yang berlaku..Tak perlu aku cerita perkara sebenar, tapi kekadang bila jadi perkara macam tu, segala usaha dan komitmen kita pada kerja rasa macam tak berbaloi dan dihargai..

Tapi takper aku tahu itu semua lumrah kerja.semua orang mengalami perkara tersebut dan seharusnya kita tabah menghadapinya..Yang penting tahun 2008 ini aku dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.hahahaha...

yeeeehaaaaa...challo..challloooooooo....

15 May 2008

Upin dan Ipn

Pernah tengok Upin dan Ipin masa bulan puasa hari tu?Semalam ada orang mintak cari video tu sebab nak guna masa ceramah dia..so aku download..So kalau korang berminat nak download, leh download kat sini..daripada Episod 1 hingga 6:

Episod 1 dan 2
Episod 3 dan 4
Episod 5 dan 6

Ni sedutan video animasi Upin Ipin tu..Hehehe seronok tengok cerita ni..lawak dan simple..



08 May 2008

Alhamdulillah..Tahniah untuk diri sendiri..


Yeyeyeyeyeyeye dappaat
Anuugeraaah Cemerlaang..yeyeyey...KSN bagiiii..yeyeyeeeeeeye...Hahahahahhaaha..Alhamdulillah..
Syukur pada Allah...

05 May 2008

Perjalanan Hidupku..




Sejenak aku terfikir dan termenung mengenai perjalanan hidupku bermula dari sekolah rendah hinggalah sekarang..Boleh dikatakan bermula dengan UPSR ketika darjah 6, aku dapat 3a 1b..PMR aku dapat 9a, SPM aku dapat 7 agg..masuk U.M dapat pointer 3.7 above.. bila aku fikir kembali,aku bersyukur hidupku tidak pernah ditimpa kegagalan yang besar..Alhamdulillah..

Cuma di awal karierku, ianya sedikit goyah dan aku tewas tidak mampu menanggung tekanan dan cabaran yang aku hadapi..Namun ia aku jadikan pengalaman dan teladan dan alhamdulillah sekali lagi kini aku kira aku berjaya dalam kerjayaku..Mungkin bagi orang lain ianya tak seberapa, tapi bagi aku ianya satu pengiktirafan untuk aku mengorak langkah mencapai kejayaan yang lebih besar..Setelah 2 tahun aku berkhidmat di tempat kerja aku sekarang, aku telah dipilih oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia jabatan aku sebagai sebagai salah seorang Penerima Anugerah Cemerlang 2007, Jabatan Perdana Menteri..Lebih menggembirakan aku apabila anugerah tersebut akan disampaikan oleh Ketua Setiasuaha Negara..Berbunga hati aku dengan kegembiraan menerima surat pemilihan tersebut..

Hahahhahaha..gila aku cuba nak bersastera..hahaha..Namun aku takut andainya Allah menguji aku dengan satu ujian yang tidak mampu aku menanggungnya satu masa nanti..Aku mohon Allah menjauhkan musibah dariku, keluargaku dan seluruh umat Islam..Semoga kejayaan yang aku perolehi ini akan berterusan dan tidak menjadikan aku seorang yang lupa bersyukur kepada Allah..Amin..