Upin Ipin Kembali lagi.. Kali ni tajuk dia Upin Ipin Setahun Kemudian..Serius aku cakap memang best..best giler..Aku respect Les' Copaque atas penerbitan video yang bukan sahaja menarik malahan penuh dengan mesej..Sini aku letak trailer video animasi tersebut..Kalau nak download episod 7 hingga 9, leh download kat SINI..
16 October 2008
Upin Ipin Setahun Kemudian..
Coretan oleh
Barunakbelajar
pada
22:31
0
comments
Topik Coretan: Free Download, Video
15 October 2008
Galaksi..Masya Allah
Dalam kereta tadi, aku terbaca tentang galaksi dan terpanggil aku untuk mencoret tentangnya di blog aku ini..Bumi, matahari, planet-planet yang wujud adalah berada di dalam Galaksi Bima Sakti..Di samping planet Bumi dan planet-planet lain di dalam Galaksi Bima Sakti, terdapat banyak lagi bintang-bintang lain yang masih belum dapat diteroka..Berapakah keluasan Galaksi Bima Sakti ini?Andaikan ianya bulat, maka jarak dari satu hujung ke satu hujung lagi adalah 100,000 tahun perjalanan cahaya..100,000 ker 100,000,000, aku tak ingat..Tapi biar 100,000 atau 100,000,000, ianya tetap perjalanan yang jauh..
Tetapi di dalam alam semesta ini terdapat bukan hanya Galaksi Bima Sakti, tetapi banyak lagi galaksi-galaksi lain bertebaran di alam semesta ini..Dikatakan ada 100 billion galaksi di alam ini..Allahuakbar..Betapa besarnya alam semesta Allah ciptakan ini..Jika dinisbahkan dengan galaksi-galaksi yang ada, maka kita di planet bumi ini ibarat sebutir telur ikan di tengah-tengah lautan luas..Telur ikan ok lagi, tapi aku rasa bukan telur ikan, tapi zarah-zarah kecil yang memang tak dapat dilihat..Luas betul alam ini..Kerdilnya kita..
Antara galaksi lain yang wujud di alam semesta ini adalah Andromeda..Kalau korang tengok Astro chanel 17 (AXN), adakan rancangan Andromeda..tapi aku tak minat rancangan tu..
ALLAH berfirman dalam dalam Surah ke-25 Al Furqaan ayat 61:
Maha Suci Allah yang menjadikan di langit gugusan-gugusan bintang dan Dia menjadikan juga padanya matahari dan bulan yang bercahaya.

09:15
6
comments
07 October 2008
Mandi Wajib
Mesti korang tertanya-tanya kenapa post aku ni tajuknya "Mandi Wajib"..Sebelum aku mencoret, aku nak pesan kepada semua pembaca blog aku agar membaca coretan ini dengan minda kelas pertama, positif dan dengan niat untuk ilmu..Ceh ceh ceh..Macam la bagus sangat aku nak menulis ni..
Aku hanya nak berkongsi suatu benda yang mungkin korang dah tahu tapi aku baru tahu selepas 26 tahun aku hidup..Tu pun sebab aku kahwin, kalau aku tak kahwin aku rasa aku masih lagi tak tahu..Dari detik awal perkahwinan aku, aku menganggap sekiranya bersentuhan kemaluan lelaki dan perempuan tanpa lapik, maka ia sudah mewajibkan seseorang untuk mandi wajib..Ini kerana aku berpendapat ia sudah dikira sebagai persetubuhan dan apabila berlaku persetubuhan maka wajib mandi walaupun tidak keluar air mani..
Namun setelah 2 tahun aku mendirikan rumah tangga dan melalui pelbagai "pengalaman"..terfikir aku betul ke perkara ni?..Tadi entah camana datang ilham untuk aku search kat dalam Internet..maka terjumpa aku satu website seorang ustaz..Aku lupa nak copyurl website tu..Dia bincangkan mengenai hal ini dan barula aku sedar bahawa apa yang aku amalkan selama ini adalah tak betul..
Kata ustaz tu (mafhum)..Seseorang itu perlu mandi wajib apabila tenggelam hasyafah ke dalam faraj walaupun tidak keluar air mani..Itula katanya yang memberi jawapan jelas kepada aku..Mesti ada antara korang tertanya apa itu hasyafah?Hasyafah itu adalah bahagian depan kemaluan lelaki..ala yang muncung-muncung tu..Ala senang cakap kepala zakar..
So selama ini salahla pendapat aku..Tapi bagi aku ia tidak mengapa sebab aku mengambil langkah berhati-hati dengan menganggap tak "masuk" pun kena mandi wajib..Cuba korang bayangkan kalau aku ingat tak payah mandi wajib, tiba-tiba ustaz tu kata kena mandi wajib walaupun hanya bersentuhan, apa nak kata? So barulah aku tahu..
p/s: Aku niat hanya nak berkongsi..Kalau ada yang tersentuh batinnya membaca coretan ini, ia tiada kaitan dengan aku yang masih lagi hidup ini..

22:08
10
comments
25 September 2008
Minal Aidi Wal Faizin
@Payed.com mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Minal I'di wal Faizin terutamanya kepada semua pengunjung tak setia blog ni..Kan aku cakap pengunjung setia kan cakap aku perasan plak yang blog aku ni ada peminat..Tapi watever, sepuluh jari disusun tambah jari kaki menjadikan 20 jari disusun memohon kemaafan sekiranya ada buat perkara yang menyinggung hati, mengguris perasaan dan sebagainya..
Korang maafkanlah aku..Esok aku nak balik kampung dah..Bukan aku minta, tapi kalau apa-apa jadi pada aku, kira korang dah halalkan dan maafkan aku..Takyah la kat Padang Mahsyar nanti aku mencari korang menuntut kemaafan..Cuma dengan Allah jer..Ya Allah, macammana pahala puasa aku tahun ini?Aku tahu aku lemah ya Allah..Engkau Ampunkanlah Dosa dan Kelemahanku..Sesungguhnya diri ini lemah dan tidak berdaya dan sering tewas pada pujukan nafsu ammarah..Sering ingat padaMu ketika dalam kesusahan tapi lupa dan alpa terhadapmu bila kesenangan meliputi diri..Ampunkanlah dosa aku Ya Allah..Janganlah ketika para Malaikat turun melihat hamba-hambaMu beribadah di malam Lailatul Qadar, aku pula asyik dengan kemaksiatan..Engkau kurniakanlah pahala Ramadhan kepadaku walau sedikit..Sesungguhnya aku mengharapkan redha dan maghfirahmu Ya Allah..Allahuakbar..Kerdilnya diri ini..Isk isk isk isk...Sedey..Uwarghhhhhhhhhhhhhhh..Bila aku nak jadi orang baik..Orang yang kuat mujahadah?Bila..bila..Tepuk dada tanya iman..Ya Allah..

23:59
4
comments
Subscribe to:
Posts (Atom)