12 February 2009

Ubat Tahan Tidur..


Salam kepada semua pembaca blog aku..Ini seingat aku kali ke-3 aku update blog masa kat ofis..hihih..Sebelum ini aku jarang update blog time office hour..kerja selalu ada menyebabkan tiada mood nak mencoret..

Tapi kenapa kali ini aku mencuri waktu pejabat untuk mencoret?Hmmm jeng jeng jeng..Sebabnya aku akan bertukar kerja..Hahahah..lawak jer..Sebabnya ialah tak ada kerja hari ni..Kenapa aku tak ada kerja? Jawapannya: Bukan aku tak ada kerja, tapi suasana pejabat aku skang menyebabkan "feel" dan mood nak bekerja hilang..Kenapa? Banyak betul soalan aku..Sebab pejabat aku tengah dalam proses berpindah ke pejabat baru yang akan menyediakan ruang yang lebih selesa dan kondusif..Tak jauh dari pejabat sekarang..So memandangkan banyak dokumen yang telah dipacking, telefon dah tak ada, komputer dah barai, maka susah aku nak buat kerja seterusnya membolehkan aku nak update blog..

Last week hari Selasa selepas cuti Wilayah aku accident kat Lebuhraya Pantai Timur..aku tak langgar orang, tapi aku langgar benda iaitu penghadang besi kat tengah highway..aku terbabas sebab aku tertido..Aku terkejut bila kepala terhantuk kat cermin..Aku rasa mungkin terlelap tak sampai 5 saat..Keta melelong kiri kanan..Nasib baik la tak terbalik..cuak gila..Alhamdulillah nasib baik aku tak ada apa..Kereta kemek dari pintu belakang sampai sisi kanan bonet depan..Nasib baik boleh gerak..rim dan tayar pun ok..Alhamdulillah..

Aku ni memang cukup alah pada mengantuk..Aku mudah mengantuk dan memang aku tak upaya nak menahan.. So aku menyeru kepada pembaca semua yang ada cadangan atau ubat macamana nak tahan mengantuk, mohon ajukan cadangan anda di ruangan komen coretan ini atau di chat box di belah kanan blog ini..Hihihi..Aku sekarang jadi takut plak nak drive jauh sebab aku takut mengantuk lagi..Yang aku bengang lagi, selepas aku accident tu, dlm 45 minit lepas tu, aku boleh terlelap lagi..Aiyyaaaaa....camana mau bikin ni..Letih betul la camni..

Okla itu saja untuk kali ini..Jumpa lagi..

p/s: Aku cari ubat tahan ngantuk bukan ubat "kuat"..

29 January 2009

Lagi sibuk daripada Mahathir


Uwarghhhh..banyak keje oooooooooooooo.....bertimbun2 oooooooo....letih ooooooooooooo...hahahahaha..serius, banyak gila keje..Letih berfikir ni lain macam sket letih dia..rasa cam beku tak bermaya jer..letih berfikir jugak menyebabkan isteri dibiarkan keseorangan..hahahahaha..over la plak..

Namun walau keletihan aku, aku update juga blog aku atas permintaan sahabat aku AHIN (yang komen kat chatbox tu)..Dan tajuk post aku ni pun aku dapat ilham atas komen dia yang berbunyi..BZ SANGAT KE KO? MAHATHIR PUN SEMPAT UPDATE BLOG..

Kerja aku skang bertimbun..Kerja yang aku plan dari awal tak dapat nak buat sebab banyak kerjs-kerja mengejut datang..Ni hujung minggu ni ada 2 program..Sabtu dan Ahad plak tu..Dahla hari Ahad tu cuti Hari Wilayah, tak dapat la aku nak pergi terima darjah kebesaran Wilayah Persekutuan sempena hari tu..hahahahaha...So hari Selasa aku nak mintak cuti..lantakla orang kata aku selalu ambil cuti..korang aper tahu..aku malas nak citer kang kata orang lain macam tu gak..so biarlah aku sendiri dengan pertimbangan aku sendiri..

Hmm ntah aper2 dah aku melalut..Ko punya pasal la Lim..kan aku dah kata aku bz..tak larat..ko suruh jugak update blog..kan dah mengarut..okla blah dulu..dalam coretan aku akan datang aku akan ceritakan mengenai sahabat aku Halim ni atau AHIN ni dengan labih lanjut..TUNGGGGUUUUUUUUUUU...Ok bubyeeeee....

19 January 2009

Selamat Tahun Baru 2009



Tutup diari 2008..Buka diari 2009..Umur makin ditelan zaman..dah makin tua dah aku ni..tetapi jiwa tetap muda remaja..hahaha..Lama betul aku tak ngapdate blog..Bukan tak sempat, tapi entahla malas nak menaip..So pada detik ini aku paksakan jugak diri aku untuk buka blogger dan clik pada New Post..

Sebelum itu, HIDUP PALESTIN!!!Hancur YAHUDI LAKNATULLAHI 'ALAIH..Isk isk isk..Sedih aku tengok mangsa kekejaman Israel..tambah2 yang menerima nasib malang itu adalah kanak-kanak..Sedih giler sebak terasa..Last week aku baca paper dan tengok seorang bapa mendokong anaknya yang tercedera..Terbayang aku kalaulah itu berlaku pada anak aku yang amat disayangi..Isk isk tak dapat aku bayangkan betapa sedih dan luluhnya perasaan ketika itu..Ya Allah Hancurkanlah Israel! Hancurkanlah Yahudi..

Hmmm mendung mood aku teringat pasal Palestin ini..Tapi di sebalik kesedihan itu, rakyat Malaysia termasuk aku sibuk menceritakan mengenai Anugerah Juara Lagu..dan pemenangnya adalah Meet Uncle Hussin dengan Lagu Untukmu..Dan satu lagi kejutan melanda apabila calon Barisan Nasional tewas kepada calon PAS di Parlimen Kuala Terengganu..Tula BN, aku dah cakap dah, bersatu dulu..dalaman pun kucar kacir camana nak menang..

Itula antara peristiwa di awal tahun 2009..Banyak lagi peristiwa yang bakal melakar sejarah dalam 11 bulan yang mendatang ni..Mana tahu tetiba aku jadi Angkasawan Malaysia Ke-2? Terkejut beruk semua orang..Hahahhaha..Aku pun boleh mati terkejut kalau aku jadi angkasawan..Hahahahahhaa..

Hmmm dah banyak dah melalut ni..Okla kengkawan yang kenal aku, keep in touch..Kalau malas nak call aku, baca la blog aku ni untuk tahu perkembangan semasa diri aku..Setahu aku sentiasa "berkembang" dan susah dah nak "mengecut"..Hahahaha.. Ok adios amigos..Maassalamah..

p/s: Bengkek betul aku..Aku download Naruto Shippuddeen 92..camana boleh keluar cerita kartun kanak-kanak Pappipo Patrol Kun "The Lonely Dinosaur" ni..hampeh tol la..

21 December 2008

My First Notebook


HAhahahhahaha..Akhirnya aku memiliki sebuah komputer riba..Dah lama gila dah aku berhasrat dan bercita-cita nak memiliki notebook ni..Berbekalkan sedikit simpanan dan hutang dengan abang ipar aku (hihihih), maka aku pun pergila beli masa PC Fair berlangsung baru-baru ni dekat KLCC..

Letih gak aku mensurvey, maka finally made a decision..aku beli Acer Aspire 4920..Intel Centrino Core 2 Duo (2.0Ghz), 2Gb RAM, 250 SATA HDD..Tapi yang aku kesali aku tak tengok spec graphic dia..isk isk..takde graphic card power, tp sebab dah beli takperla..Isteri aku pujuk aku "Takpe kang nanti main game guna notebook, karang mudah rosak..".Betul jugak tu..Tapi hati kecil aku tetap tak berpuas hati..UWarghhhh...pastu pakai Window Vista yang tah aper2 plak tu..nak format ke XP, takde driver plak..Hampeh tol..Aku cari dalam Internet bukan main susah nak jumpa driver XP untuk model aku ni..Siot tol la..Tapi sebenarnya aku bersyukur kerana Allah beri aku rezeki untuk memiliki notebook ni.. Tercapai juga cita-cita aku..Alhamdulillah..