22 July 2008


Kekadang kebaikan kita disalah erti..kekadang kemesraan kita menjadikan kita sering ditertawa dan dipermain..kekadang keikhlasan kita dibalas dengan amarah yang menggelegak..hahahahhahahah....serius aku bukan macam isteri aku pandai buat ayat bunga..tapi takpe itu kelebihan dia..kelebihan aku ialah mampu mendebungakan sehingga lahir zuriat..hahahahahha...

First sentence aku tu bukan saja2 aku tulis..tapi sebenarnya itu yang aku cuba nak katakan..kekadang kita terlalu baik, orang herdik kita, pijak kepala kita..Kita nak jadi friendly, orang gelakkan kita..sampai confuse pikir..nak kena jadi orang yang tak baik ker, nak kena jadi orang yang tak peramah ker, baru orang tak jadikan kita budak2..

Bila aku pikir2 balik, dapatlah aku satu idea yang aku rasa betul..Bagi aku skang ni, kalau orang cuba nak kenakan kita, kita kena tunjuk kita mampu kenakan dia balik..cara dia?pandai2 korang..kalau rasa boleh tumbuk, tumbukla..haaaa itu yang aku akan cuba praktikkan..so be prepared everybody..Payed no longer be the same..Hahahahhah...macam bagus jer..

Cuma semenjak 2 3 menjak ni, aku rasa macam ada perubahan pada diri aku..aku rasa perubahan itu positif..aku akan cuba teruskan perubahan tu sampai aku rasa serasi dengannya..perubahan tu datang spontan disebabkan beberapa situasi yang tegang yang aku hadapi sejak kebelakangan..Mungkin itu yang dikatakan pengalaman mendewasakan kita..Setiap yang terjadi pasti ada hikmah dariNya..

Hmm panjang aku melalut..kekadang aku tak tahu aku tulis aper..belasahla..dari tak tulis aper2, baik aku tulis gak sket..at least orang tengok blog aku akan cakap hidup lagi mamat ni..

Ok adios amigos..Pada kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kawan-kawan aku yang aku menambahkan zuriat..hahaha..terutama kepada housemate aku..As__..kalau aku boleh cuti, aku balik,,kalau takleh balik, nanti malam pertama aku sms tips berguna untuk ko..hahahahah...Cess...

01 July 2008

Rumah Pantai Dalam Untuk Disewa

Assalamualaikum

Teman Serumah Lelaki Muslim Diperlukan!!!!

Saya mencari mereka yang berminat untuk menyewa

rumah di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Sewa rumah RM600 bahagi berapa orang yang nak masuk

Kemasukan segera Bulan Julai 2008

Tiada deposit diperlukan.

Ada Internet connection dan berdekatan

dengan banyak public transport spt LRT, RapidKL, Komuter..

Sila hubungi saya melalui e-mail di rawarmy82@yahoo.com

dan tinggalkan nombor telefon anda..

16 June 2008

Malaysia NOw..

Sekarang ni dah mudah kalau nak withdraw atau deposit duit ke dalam akaun Tabung Haji..Tabung Haji dah ada Mesin ATM..Tapi bukan sendiri punya, dia tumpang Bank Rakayat dan Bank Islam punya ATM machine..Tp tak kesahla tumpang ker sendiri ker curi ker rompak ker, janji senang nak berurusan dengan Tabung Haji..Tak yah beratur di kaunter yang ramai gila orang..Tahniah aku ucapkan kepada Tabung Haji..Aku rasa usaha Tabung Haji ini bakal menambah pendeposit Tabung Haji..

Cuma aku tak berapa rasa nak ucap tahniah kepada kerajaan..Sebab? Korang semer mesti tahu..Hiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..Cilakak sungguh..Geram aku..Kalau dulu aku berulang balik Jengka RM30 pergi sahaja, skang ni dah jadi RM50..uwarghhhhhhhh..

Aku rasa kalau la masa ni buat pilihanraya, confirm memang rebah terguling..Tambah-tambah ada seorang bekas menteri nama AI suami kepada WA tengah hangat cakap nak turunkan harga minyak, rasa macam nak bagi jer kat dia..tengok macam mana dia buat..

p/s: Coretan ini tidak menggambarkan parti sebenar yang disokong oleh penulis...Hahahahhaa..

12 June 2008

Testing--testing


Hmmm..lama sangat dah aku tak update blog..kesibukan kerja menyebabkan aku tak larat nak mencoret di blog aku ini..masa aku rehat relax, macam-macam menda datang ke dalam benak aku untuk menulis, tp masa tu la plak takde pc kat depan mata..so simpan punya simpan sampaila aku lupa apa yang aku nak tulis..

Ooo yaa..satu benda aku nak share..aku 2 hari lepas sangat kecewa dan terkedu dengan sikap bos aku..Dia telah tuduh aku atas kesilapan yang tidak aku lakukan..aku betul-betul sedih sebenarnya..aku yang tidak tahu menahu dipertanggungjawabkan atas kesilapan yang berlaku..Tak perlu aku cerita perkara sebenar, tapi kekadang bila jadi perkara macam tu, segala usaha dan komitmen kita pada kerja rasa macam tak berbaloi dan dihargai..

Tapi takper aku tahu itu semua lumrah kerja.semua orang mengalami perkara tersebut dan seharusnya kita tabah menghadapinya..Yang penting tahun 2008 ini aku dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.hahahaha...

yeeeehaaaaa...challo..challloooooooo....