29 October 2008

My First Blueetooth Handsfree


Aku sebenarnya sudah lama menginginkan bluetooth handsfree..Memang sudah lama survey..Tapi harga boleh tahan..Yang aku jumpa paling murah RM110..tapi brand yang biasa-biasa je..

Hendak dijadikan cerita minggu lepas ada officemate datang ke bilik aku..Dia pakai handfree bluetooth yang telah dibeli dalam 2-3 bulan lepas bersama handset Sony Ericsson yang baru..Dia kata baru hendak try..Aku dalam keadaan serius dan bergurau cakap kat dia.." Bro, jual la kat aku RM50.."..Nada yang mula-mula bergurau makin lama bertukar mendesak..Kawan aku tu pun entah camana mula termakan dengan pujukan aku..Mungkin kesian kat aku kot..Dalam 10 minit dok desak-desak dan pujuk dia, akhirnya setuju..Aku pun sendiri terkejut sebab dia nak jual dengan harga RM50..brand Sony Ericson tu..Aku apa lagi terus keluarkan not RM50..dia pun ambil tanpa ada rasa kekesalan..Dia lepas tu siap serah sekali kotak and charger handsfree tu..Memang berbaloi..

Selepas tu aku mula memakai handsfree bluetooth kat telinga aku dan makin ramai juga yang bertanya ada masalah pendengaran ke?Hampeh betul tak supportive langsung..Aku memang tak peduli janji ianya memang memudahkan aku dan terbukti memang memudahkan..So sampai hari ini aku masih lagi memakainya..Cuma kekadang masa aku pergi ke kedai runcit, kedai dobi, aku tak pakai la..

p/s: Coretan aku kali ini berbunyi agak formal sebab aku sedaya upaya cuba untuk menggunakan bahasa rasmi dan bukan bahasa pasar macam yang aku selalu gunakan..Tapi ianya sedikit sebanyak menjejaskan mood aku nak menulis..Rasa tak enjoy dan sebati ngan percakapan sebenar aku..Tak best2..

Upin Ipin Setahun Kemudian Ep 10-12

Sesiapa yang berminat untuk download video animasi Upin Ipin Setahun Kemudian Episod 10-13 ini, ambil la DI SINI

21 October 2008

My First Photoshop Touch..Tips Photoshop CS2

Aku skang tengah pelan2 belajar guna Photoshop..Hari tu kawan aku yang baik hati telah mengajar aku crop guna tool brush..Pastu guna eraser untuk hilangkan kesan crop..Aku buatla pelan-pelan dan jadila jugak walaupun kualiti masih jauh ke belakang sekiranya nak dibandingkan dengan yang profesional..

Nasihat aku untuk yang nak belajar Photoshop ialah bila korang dah mula pandai guna sket2, korang guna gambar family korang untuk edit sebab korang akan rasa lebih teruja daripada korang edit gambar-gambar lain yang tiada kaitan..So tadi aku terfikir nak try buat kat gambar anak aku yang tersayang...Wan Asmaa..Lihatlah hasilnya yang tak seberapa di gambar atas..

16 October 2008

Upin Ipin Setahun Kemudian..

Upin Ipin Kembali lagi.. Kali ni tajuk dia Upin Ipin Setahun Kemudian..Serius aku cakap memang best..best giler..Aku respect Les' Copaque atas penerbitan video yang bukan sahaja menarik malahan penuh dengan mesej..Sini aku letak trailer video animasi tersebut..Kalau nak download episod 7 hingga 9, leh download kat SINI..