Showing posts with label Happy 50th Independence Day. Show all posts
Showing posts with label Happy 50th Independence Day. Show all posts

31 August 2007

Happy 50th Independence Day

Merdeka..Merdeka..Merdeka..Hmm Sempena Memeriahkan Lagi Kemerdekaan Malaysia Yang ke-50, maka aku membuat satu coretan di blog aku..paling kurang akan tertulis tarikh 31 Ogos 2007 di dalam blog aku ini..So malam merdeka malam tadi aku menyambutnya di rumah menyaksikan filem Kungfu Hustle di Channel AXN.hahaha.Memandangkan memang dah jadi perangai aku yang tak suka pergi tempat orang ramai-ramai, berpusu-pusu, berhimpit-himpit, aku memang tak pergi tempat sambut merdeka kat mana-mana tempat kat KL..memang daripada dulu daripada aku belajar aku tak pernah pergi..tengok kawan aku pergi ada la.. Pergi buat pening kepala jer..

Sini aku nak kongsi satu perkara mengenai kemerdekaan ni..mungkin korang dah tahu..Korang perasan tak bila Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman laungkan kemerdekaan;tangan dia bukan digenggam sebaliknya dibuka tanda Tanah Melayu ketika itu telah bebas..Tapi sekarang ni kalau kita tengok bila laungkan merdeka tangan digenggam..Tapi bukan isu besar pun..Sajer aku nak cakap..Aku perasan perkara ni bila RTM buat siaran langsung PM pergi Bandar Dihilir, Melaka dalam 2 minggu lepas..Masa tu RTM jemput tokoh kemerdekaan..lupa nama dia..Dia cakap ada orang tanya Tunku kenapa masa laungkan kemerdekaan tangan dibuka?Jawapannya sama yang aku tulis tu..Tanda Kita Telah Bebas..


p/s: Merdeka! Merdeka!Merdeka..(Buka Tangan, Jangan Genggam)