27 May 2007

Duit dan Zakat

Semalam dapat gaji..hari ni habis gaji..duit ni tak pernah cukup..andainya ada RM10000 pun ianya tetap tak cukup sekiranya nafsu tidak dibatasi ..kalau nafsu besar,maka besarla perbelanjaan..kalau sebelum ni gaji rm2000 pakai ex5, tapi bila gaji rm10000 maka hendak pakai aprilia..itu nafsu la..

Tetapi ingat la..duit banyak,gaji besar, zakat dah bayar ke belom? Zakat itu menyucikan harta..Kalau tak bayar zakat harta tidak akan suci, maka senangla harta kamu hilang..Kita biasa tak nampak harta kita hilang kecuali bila kecurian, motor terbakar baru kita sedar..Tetapi sedarkah kita bila motor rosak, peti ais condem, tv bertukar ke hitam putih, bukankan itu juga kehilangan harta?Fikirkan..

Dan ingatlah Allah akan tambah rezeki kita bila kita bayar zakat..Kita biasa nampak rezeki tu bertambah bila dapat duit segedebuk..tapi sedarlah orang belanja kita makan, orang bagi kita makanan, dapat hadiah cabutan bertuah, itu semua rezeki yang Allah tambahla..tapi bukan dalam bentuk duit..Ingat itu semua wahai anak Adam..

p/s: Aku sendiri dah bayar zakat belum?Minggu depan aku pergi bayar..hehehe..Post ni macam berkhutbah plak..

No comments: