28 September 2007

Angkasawan Malaysia

Berapa banyak perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk menjadi seorang angkasawan terutamanya di Malaysia?Mesti mahal..Tapi aku ada cara murah untuk sesiapa yang ingin menjadi seoang angkasawan..

Korang tahu tak macamana Malaysia boleh menghantar angkawannya yang pertama ke angkasa atau ISS? Penghantaran angkasawan Malaysia merupakan satu timbal balik atau dengan kata mudah sebagai balasan kepada pembelian pesawat pejuang Sukhoi-30MKM oleh Malaysia daripada Rusia. Sebagai timbal balik di atas pembelian jet pejuang tersebut, kerajaan Rusia telah bersetuju untuk melatih dua rakyat Malaysia yang mana seorang darinya akan dihantar menjadi angkasawan ke ISS(Stesen Angkasa Antarabangsa) . Segala kos akan ditampung oleh kerajaan Rusia atau dengan kata lain ianya PERCUMA!!! Hehehe..

Jadi kalau sesiapa yang baca post aku ni nak jadi angkasawan secara percuma, korang beli la sesuatu dari kerajaan Rusia..kereta kebal ker atau apa-apa yang dibuat oleh Rusia..Beli makanan atau komik Rusia mugkin akan dipertimbangkan tetapi korang kena beli dengan harga RM 3.4 billion iaitu harga yang dibelanjakan untuk beli jet tersebut..

p/s: Aku ucapkan tahniah dan semoga selamat pergi dan kembali kepada salah seorang daripada angkasawan Malaysia yang akan dipilih nanti..

27 September 2007

What Is DIY?

Korang penah tengok tak kedai DIY Hardware? Korang tahu DIY tu stand for what? DIY stands for Do It Yourself..

26 September 2007

Cara Khusyuk Solat

Malam ni sebelum aku berblog ni hatiku berbelah bagi..Nak berblog ker nak baca al-Quran?Kalau baca Al-Quran pahala besar, kalau berblog tak dapat apa2..Tapi kalau tak berblog sekarang nanti ngantuk,nanti bila pulak boleh update blog, nanti baca Al-Quran takleh fully concentrate..Berkecamuk hati dan fikiranku melawan nafsu ku yang tak lembut2 dek Ramadhan..So aku ambil keputusan dengar Al-Quran sambil berblog..Heheheh...Walaupun pahalanya tidak boleh dibandingkan sama sekali, setidak-tidaknya ianya dapat meredakan runtunan dan gelojak hatiku..dan sekurang-kurangnya dapat juga aku pahala dengar ayat Quran..Tapi ini untuk aku yang iman lemah la..Korang, aku tahu mantoopp...

So lama jugak aku tak ngapdate blog ni..sibuk ngan benda lain..biasa la..Kalau aku kerja makan gaji ngapdate blog, memang sehari mahu 20 post aku coretkan..Hehehe..Tapi dah ada komitmen..Pandai-pandai la bahagikan masa..So hari ini malam ni aku nak sharekan sikit pengalaman dalam kita nak khusyuk solat terutamanya ketika imam baca panjang dalam solat terawih..




Apa yang aku akan fikir dan buat bila Imam baca panjang?Ini adalah antara perkara yang korang boleh lakukan dan fikirkan:

  1. Pejamkan mata dan cuba dengar dan hayati satu persatu ayat yang dibaca. Kalau korang boleh faham bahasa arab, lagi bagus..Yang tahu sket bagus juga..Contoh kalau korang dengar surah al-fatihah yang "iyyaka na'budu sehingga seterusnya. Cuba hayati maksudnya. Hanya Engkau Ya Allah Yang aku sembah dan hanya Engkau Sahajalah Yang Aku Minta Pertolongan. Korang hayati dan dalami. Korang mintak segala masalah korang hanya Allah yang boleh membantu. Hayati betul2, insyaAllah kalau betul-betul hayati boleh mengalir air mata yang bakal memadamkan api neraka..Tapi jangan pulak bila dah pejamkan mata, terus tidur atau mengelamun..Gagal la korang..Memang terasa makin lama la..

  2. Masa korang berdiri lama-lama tu mesti korang rasa lenguh.Takpe jangan bimbang rasa lenguh tu bukan maksudnya iman korang lemah..Nabi s.a.w pun lebam-lebam kakinya bila solat kerana lama berdiri..Itu tanda korang manusia biasa..Jadi bila rasa lenguh tu fikirkanlah bahawa korang telah melakukan satu sunnah dan hampir merasai apa yang Rasulullah s.a.w. rasai..Takke bangga tu..Tapi kalau sakit, buatlah yang termampu..

  3. Tips yang ke-3 korang fikir sendiri..Aku tak ingat tips aku yang ke-3 ini..Aku ingat nanti aku bagitau ek..
Ini tips dari pengalaman aku..Aku tahu ada lagi yang lebih mantap..Share-share la ngan kitaorang..dapat pahala sket..

23 September 2007

Mati pun takper kalau tahu pero

Malam tadi dalam kol 11.30 mlm kawasan kediaman aku dikejutkan dengan bunyi cermin pecah..Prang..Prang!!Aku menjenguk keluar melihat ke bawah takut-takut ada orang pecahkan cermin kereta aku..tapi ok jer..Tiba-tiba aku nampak dua orang kat bawah macam panik..AMBIK TANGGA!!AMBIK!!ADA ORANG JATUH..Haa ada orang jatuh?Terkejut aku..Masa tu kebetulan ada kawan aku kat umah..Kitaorang bergegas turun..Orang dah mula ramai mengerumuni tempat orang jatuh tu..Orang tu tak jatuh terus atas tanah..dia jatuh atas bumbung tingkat 1.. 4 -5 orang naik atas bumbung cuba nak turunkan orang jatuh tu..Tapi aku rasa disebabkan mungkin dah remuk leher dan tulang belakang dia, tak berani la diorang nak turunkan..10 minit lepas tu polis, bomba, ambulans sampai..Setengah jam lepas tu barulah boleh bawak turun..aku nampak oksigen dipakaikan pada mangsa tu..Masih hidup..

Aku pun tanyakanlah pada seorang pakcik yang turut membantu membawa turun mangsa tu..Dia cakap orang tu jatuh dari tingkat 7..budak lelaki..Uisshhh tinggi gak tu..Pastu dia pun menambah lagi..Budak tu bukan budak sini..jarang nampak dia..dia sebenarnya cuba nak pecah masuk ikut tingkap rumah tingkat 7..Masa dia tengah nak umpil cermin,tuan rumah perasan mamat tu..apa lagi mungkin disergah budak tu..terkejut beruk aku rasa mamat tu..Terus jatuh ke bawah..Aku tahu jer cerita tu..tergelak besar aku..HAhahahahaha..padan muka..saper suruh merompak..siap buat aksi spiderman lagi nak pecah masuk rumah..Mati pun takper kalau tahu perompak..tak yah susah-susah nak selamatkan..biar jer kat situ..

Lebih kurang pukul 1 pagi orang balik masuk rumah masing-masing..Masa tu aku nampak satu team polis datang..bawak kit-kit diorang..macam C.S.I la kot..Geng2 press ngan cameraman2, aku nampak naik rumah tingkat 7 tu..berita sensasi..

Aku pun masuk umah ..Masa tu aku terpikir kalau la aku terserempak pencuri tu bergantung kat tingkap rumah aku..Aku biarkan jer..Panggil polis datang..Biar lama-lama kat situ..tengok berapa lama dia boleh tahan..Jatuh lagi bagus..Bulan-bulan puasa gini tak yah la buat benda jahat.Allah terus balas..Kalau mati, sia-sia jer..

21 September 2007

Kematian Adik Nurin

Tadi aku tengok Buletin Utama TV3..mula-mula sekali yang dipaparkan topik hangat yang diperkatakan Kematian Adik Nurin..Kehilangan Adik Nurin bukan sahaja memberi kesan kepada keluarganya, malah kepada semua rakyat Malaysia..Kenapa?Kerana Rakyat Malaysia sekarang makin hilang pertimbangan dan perikemanusiaan lantas bakal menjejaskan keamanan dan keharmonian hidup sekarang..Cuba bayangkan pembunuh gila dan bengong yang sanggup melakukan sedemikian rupa bebas dan bertebaran di Malaysia..confirm memang kita tidak akan selamat dan akan sentiasa terdedah kepada bahaya..

Hmm bersemangat betul aku..Semasa aku tengok berita tadi, sebak hati aku..sedeyy..rasa macam nak menitik air mata, tapi tak menitik lagila..Dengan kesedihan bapa, ipu dan saudara-saudaranya ditambah lagi dengan linangan air mata imam yang mengetuai solat jenazah ketika membaca doa,memang sayu dan pilu..Aku harap penjenayah yang sanggup melakukan sedemikian rupa akan diberi hidayah oleh Allah dan akan dikenakan balasan yang setimpal dengan apa yang telah dilakukannya..Biar dia merasakan apa yang keluarga Nurin rasa dan yang paling penting Biar dia merasai kesakitan dan penderitaan yang dialami Nurin..Amin Ya RAbbal A'lamin..Amin kan ramai2..Kalau cukup 40 dan lebih 100 orang InsyaALlah doa di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini akan dimakbulkan..

Hii cilanat dan tolol maka bengongla penjenayah itu dan aku harapkan dia mampus dalam kehinaan dan penderitaan (Ini nada kasar dan geram sekiranya ia dibaca oleh penjenayah Nurin)..

19 September 2007

Kelalaian Hamba Allah

Puasa dah masuk hari ke-7..3 hari lagi sebelum fasa kedua Ramadhan iaitu Fasa Maghfirah atau Pengampuan..Tapi aku tak tahu apa nak jadi pada diri aku..malas dan malas..nak solat tarawih dah rasa malas..apala nak jadi..UmmuAmar dah sebut nafas pun dah dikira sebagai tasbih..Tapi aku malas nak rebut peluang senang dapat pahala..Ya Allah bantulah hambaMu yang lemah ini semata-mata untuk melawan nafsunya sendiri..Adakah aku dah termakan dengan tarbiyah syaitan selama 11 bulan ni?Adakah aku dah jadi syaitan?Nauzubillah..Ya Allah bantulah aku..Dan Payeeeddd bantulah dirimu sendiri..

Aduhhh..apala nak jadi pada diriku ini..

18 September 2007

Perasmian Streamyx

Assalamualaikum dan salam Ramadhan hari ke-6 1428H..Hari ni pagi ni 6.34 pagi aku dengan bangganya merasmikan Penggunaan Streamyx di Rumah Aku..Hahahaha..Setelah 2 minggu daftar, barula aku boleh merasai guna streamyx kat rumah..itu pun selepas aku melakukan sedikit amukan di TM Point..Aparaa TM..dahla monopoli broadband ni kat Malaysia,tp tak tahu nak beri yang terbaik dalam perkhidmatan..Nantila aku cerita lebih lanjut apa terjadi..Aku juga terasa nak share dengan korang tips nak pilih pakej streamyx, bila nak register dan banyak lagi yang akan membantu mengurangkan risiko kerugian pada korang semer..Ok aku nak pergi kerja..Hari ni ada program kat tempat kerja aku..

13 September 2007

Kepalsuan Fadhilat Solat Tarawih

Sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar tentang fadhilat solat-solat tarawih. Sesiapa yang mengerjakan solat tarawih pada malam pertama Ramadhan maka keluar dosa-dosanya pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala). Antara lain lagi Malam ke-4 akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. Wahh besar betul pahala. Memang best. Tapi adakah hadis yang meriwayatkan perkara ini adalah sahih atau sekurang-kurangnya boleh diamalkan?

Beberapa tokoh agama tanahair tidak dapat memberi penjelasan tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil. Setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru direka-reka sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Mengamalkan hadis yang maudhu' adalah sama dengan melakukan pendustaan ke atas Rasulullah s.a.w. Orang yang melakukan pendustaan ke atas Nabi s.a.w. telah dijanjikan tempatnya di Neraka. Sekiranya kita mengamalkan hadis tersebut, seolah-olah kita mengiakan dan menyokong pendustaan ke atas Nabi s.a.w yang kita cintai.

Oleh itu, janganlah kita mudah terpengaruh dengan perkara-perkara begini. Tidak dinafikan bahawa Solat Tarawih adalah amat besar ganjarannya. Tetapi cukuplah kita berpegang bahawa sesiapa yang menghidupkan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. Hadis ini nyata sahih yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari.

Aku bukan apa kekadang rasa sedih tengok orang Islam terpengaruh dengan perkara-perkara sebegini. Atas sebab itu, aku coretkan di sini. Coretan aku ini aku ambil dan edit sikit-sikit daripada sumber asalnya di Mufti Negeri Terengganu. Kalau nak tahu lagi apa yang lagi ciri-ciri hadis ini yang menjadikannya palsu, rujuk la di sumber asalnya itu.



12 September 2007

Marhaban Ya Ramadhan..Ahlan Ya Ramadhan..

Para sahabat dahulu selepas waktu Asar 30 Sya'ban, mereka kegembiraan keriangan..Mengapa?Kerana mereka gembira menyambut bulan yang dinantikan.. Ramadhan al -Mubarak..Dan apabila selesai waktu Asar 30 Ramadhan, mereka menangis dan hiba kerana Ramadhan akan berlalu pergi..

Gembirakah kita menyambut Ramadhan?Atau kita gembira bila Ramadhan meninggalkan kita?Tepuk dada tanya iman..Hmm aku sendiri susah nak jawab..Aku sedih menyambut Ramadhan kali ini..bukan benci Ramadhan datang tapi aku rasa diriku tak bersedia menyambutnya..Semoga Ramadhan ini akan menambah catitan baikku dalam buku catatan Raqib..Raqib ek..ko dengar tak aku cakap ni?Tulislah banyak sket pahala aku..Aku rasuah la sket..Nanti aku zikir banyak-banyak ek..Hehehe..Andai Raqib dan Atid ni boleh dirasuah,memang dah lama aku suap..

Dan semoga Ramadhan kali ini juga akan mengubah fizikal ku kepada yang lebih baik..Huahuahaua..Dosa aa ko cakap macam ni..Aku tak cakap..Aku tulis jer..

07 September 2007

Kata-Kata Timbalan CEO

Tempat kerja aku telah menerima seorang Timbalan CEO tak silap aku dalam bulan 7 lepas..Masa dia baru masuk, macam-macam benda tak baik aku terfikir pasal dia..berlagak la, macam bagus, menyusahkan orang..Heheh..Ada sebahagiannya yang betul dan sebahagian lagi kurang betul..

Tapi masa aku pergi kursus 3-6 Sept lepas, aku dapat tangkap satu kata-katanya yang betul-betul tersangkut kat jantung aku..Dia kata Kerja Jangan Bertangguh..Siapkan terus..Dapat Hari Ini Terus Buat,Jangan Tangguh..Kerja Biar Bersungguh-Sungguh..Kalau Kita Bersungguh-Sungguh, Balik Rumah Hati Tenang Rasa Lega..Tak tahu kenapa kata-kata dia tu betul-betul aku ingat..Dan bila aku masuk ofis hari ini, memang rasa bersemangat..aku cuba siapkan semua yang ada, hari ini..hahahah..Biasanya kalau tak urgent aku kekadang tanguh-tangguh;esokla, minggu depanla..Tapi hari ini tidak, aku cuba siapkan semua..Dan memang betul aku rasa lega..Dan kerana aku telah lega,aku coretkan sedikit coretan di blog aku..Hahahha...Semoga semangat aku ini berterusan sampai bila-bila..

Disclaimer
Tiada unsur bodek, ampu dan jek atau seumpamanya di sini..Aku cakap benda yang betul..Dan INGIN AKU INGATKAN CORETAN INI TIDAK BOLEH DIJADIKAN BUKTI UNTUK MEMBUKTIKAN AKU ADA HUBUNGAN ATAU APA-APA KAITAN DENGAN TCEO..(Dan tiada kaitan dengan peristiwa dia tolong bersihkan kelumumur pada kot aku)