28 September 2007

Angkasawan Malaysia

Berapa banyak perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk menjadi seorang angkasawan terutamanya di Malaysia?Mesti mahal..Tapi aku ada cara murah untuk sesiapa yang ingin menjadi seoang angkasawan..

Korang tahu tak macamana Malaysia boleh menghantar angkawannya yang pertama ke angkasa atau ISS? Penghantaran angkasawan Malaysia merupakan satu timbal balik atau dengan kata mudah sebagai balasan kepada pembelian pesawat pejuang Sukhoi-30MKM oleh Malaysia daripada Rusia. Sebagai timbal balik di atas pembelian jet pejuang tersebut, kerajaan Rusia telah bersetuju untuk melatih dua rakyat Malaysia yang mana seorang darinya akan dihantar menjadi angkasawan ke ISS(Stesen Angkasa Antarabangsa) . Segala kos akan ditampung oleh kerajaan Rusia atau dengan kata lain ianya PERCUMA!!! Hehehe..

Jadi kalau sesiapa yang baca post aku ni nak jadi angkasawan secara percuma, korang beli la sesuatu dari kerajaan Rusia..kereta kebal ker atau apa-apa yang dibuat oleh Rusia..Beli makanan atau komik Rusia mugkin akan dipertimbangkan tetapi korang kena beli dengan harga RM 3.4 billion iaitu harga yang dibelanjakan untuk beli jet tersebut..

p/s: Aku ucapkan tahniah dan semoga selamat pergi dan kembali kepada salah seorang daripada angkasawan Malaysia yang akan dipilih nanti..

4 comments:

Gadis said...

hehehe..betul ke mcm tu? erm..apa aku nk beli dkt russia ni..nasi kerabu ada jual ke kat sana? wahahaha

Barunakbelajar said...

Boleh jer..bak kat aku duit tu aku belikan..nanti kita g angkasa sama2 ek..

from jawa to siam said...

kalo nak cerita sebenar better check kat NASA , diorang claim our Malaysia heroes as SPACE TOURIST not as ASTRONOUT , our Malaysian nie as peserta expedisi jer

Barunakbelajar said...

Oo yer ker..Hmm takperla bagi diorang memangla sbb dah hebat..tp bagi kita yang pertama, kita panggil la diorang astronout