23 September 2007

Mati pun takper kalau tahu pero

Malam tadi dalam kol 11.30 mlm kawasan kediaman aku dikejutkan dengan bunyi cermin pecah..Prang..Prang!!Aku menjenguk keluar melihat ke bawah takut-takut ada orang pecahkan cermin kereta aku..tapi ok jer..Tiba-tiba aku nampak dua orang kat bawah macam panik..AMBIK TANGGA!!AMBIK!!ADA ORANG JATUH..Haa ada orang jatuh?Terkejut aku..Masa tu kebetulan ada kawan aku kat umah..Kitaorang bergegas turun..Orang dah mula ramai mengerumuni tempat orang jatuh tu..Orang tu tak jatuh terus atas tanah..dia jatuh atas bumbung tingkat 1.. 4 -5 orang naik atas bumbung cuba nak turunkan orang jatuh tu..Tapi aku rasa disebabkan mungkin dah remuk leher dan tulang belakang dia, tak berani la diorang nak turunkan..10 minit lepas tu polis, bomba, ambulans sampai..Setengah jam lepas tu barulah boleh bawak turun..aku nampak oksigen dipakaikan pada mangsa tu..Masih hidup..

Aku pun tanyakanlah pada seorang pakcik yang turut membantu membawa turun mangsa tu..Dia cakap orang tu jatuh dari tingkat 7..budak lelaki..Uisshhh tinggi gak tu..Pastu dia pun menambah lagi..Budak tu bukan budak sini..jarang nampak dia..dia sebenarnya cuba nak pecah masuk ikut tingkap rumah tingkat 7..Masa dia tengah nak umpil cermin,tuan rumah perasan mamat tu..apa lagi mungkin disergah budak tu..terkejut beruk aku rasa mamat tu..Terus jatuh ke bawah..Aku tahu jer cerita tu..tergelak besar aku..HAhahahahaha..padan muka..saper suruh merompak..siap buat aksi spiderman lagi nak pecah masuk rumah..Mati pun takper kalau tahu perompak..tak yah susah-susah nak selamatkan..biar jer kat situ..

Lebih kurang pukul 1 pagi orang balik masuk rumah masing-masing..Masa tu aku nampak satu team polis datang..bawak kit-kit diorang..macam C.S.I la kot..Geng2 press ngan cameraman2, aku nampak naik rumah tingkat 7 tu..berita sensasi..

Aku pun masuk umah ..Masa tu aku terpikir kalau la aku terserempak pencuri tu bergantung kat tingkap rumah aku..Aku biarkan jer..Panggil polis datang..Biar lama-lama kat situ..tengok berapa lama dia boleh tahan..Jatuh lagi bagus..Bulan-bulan puasa gini tak yah la buat benda jahat.Allah terus balas..Kalau mati, sia-sia jer..

No comments: