26 September 2007

Cara Khusyuk Solat

Malam ni sebelum aku berblog ni hatiku berbelah bagi..Nak berblog ker nak baca al-Quran?Kalau baca Al-Quran pahala besar, kalau berblog tak dapat apa2..Tapi kalau tak berblog sekarang nanti ngantuk,nanti bila pulak boleh update blog, nanti baca Al-Quran takleh fully concentrate..Berkecamuk hati dan fikiranku melawan nafsu ku yang tak lembut2 dek Ramadhan..So aku ambil keputusan dengar Al-Quran sambil berblog..Heheheh...Walaupun pahalanya tidak boleh dibandingkan sama sekali, setidak-tidaknya ianya dapat meredakan runtunan dan gelojak hatiku..dan sekurang-kurangnya dapat juga aku pahala dengar ayat Quran..Tapi ini untuk aku yang iman lemah la..Korang, aku tahu mantoopp...

So lama jugak aku tak ngapdate blog ni..sibuk ngan benda lain..biasa la..Kalau aku kerja makan gaji ngapdate blog, memang sehari mahu 20 post aku coretkan..Hehehe..Tapi dah ada komitmen..Pandai-pandai la bahagikan masa..So hari ini malam ni aku nak sharekan sikit pengalaman dalam kita nak khusyuk solat terutamanya ketika imam baca panjang dalam solat terawih..




Apa yang aku akan fikir dan buat bila Imam baca panjang?Ini adalah antara perkara yang korang boleh lakukan dan fikirkan:

  1. Pejamkan mata dan cuba dengar dan hayati satu persatu ayat yang dibaca. Kalau korang boleh faham bahasa arab, lagi bagus..Yang tahu sket bagus juga..Contoh kalau korang dengar surah al-fatihah yang "iyyaka na'budu sehingga seterusnya. Cuba hayati maksudnya. Hanya Engkau Ya Allah Yang aku sembah dan hanya Engkau Sahajalah Yang Aku Minta Pertolongan. Korang hayati dan dalami. Korang mintak segala masalah korang hanya Allah yang boleh membantu. Hayati betul2, insyaAllah kalau betul-betul hayati boleh mengalir air mata yang bakal memadamkan api neraka..Tapi jangan pulak bila dah pejamkan mata, terus tidur atau mengelamun..Gagal la korang..Memang terasa makin lama la..

  2. Masa korang berdiri lama-lama tu mesti korang rasa lenguh.Takpe jangan bimbang rasa lenguh tu bukan maksudnya iman korang lemah..Nabi s.a.w pun lebam-lebam kakinya bila solat kerana lama berdiri..Itu tanda korang manusia biasa..Jadi bila rasa lenguh tu fikirkanlah bahawa korang telah melakukan satu sunnah dan hampir merasai apa yang Rasulullah s.a.w. rasai..Takke bangga tu..Tapi kalau sakit, buatlah yang termampu..

  3. Tips yang ke-3 korang fikir sendiri..Aku tak ingat tips aku yang ke-3 ini..Aku ingat nanti aku bagitau ek..
Ini tips dari pengalaman aku..Aku tahu ada lagi yang lebih mantap..Share-share la ngan kitaorang..dapat pahala sket..