13 September 2007

Kepalsuan Fadhilat Solat Tarawih

Sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar tentang fadhilat solat-solat tarawih. Sesiapa yang mengerjakan solat tarawih pada malam pertama Ramadhan maka keluar dosa-dosanya pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala). Antara lain lagi Malam ke-4 akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. Wahh besar betul pahala. Memang best. Tapi adakah hadis yang meriwayatkan perkara ini adalah sahih atau sekurang-kurangnya boleh diamalkan?

Beberapa tokoh agama tanahair tidak dapat memberi penjelasan tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil. Setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru direka-reka sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Mengamalkan hadis yang maudhu' adalah sama dengan melakukan pendustaan ke atas Rasulullah s.a.w. Orang yang melakukan pendustaan ke atas Nabi s.a.w. telah dijanjikan tempatnya di Neraka. Sekiranya kita mengamalkan hadis tersebut, seolah-olah kita mengiakan dan menyokong pendustaan ke atas Nabi s.a.w yang kita cintai.

Oleh itu, janganlah kita mudah terpengaruh dengan perkara-perkara begini. Tidak dinafikan bahawa Solat Tarawih adalah amat besar ganjarannya. Tetapi cukuplah kita berpegang bahawa sesiapa yang menghidupkan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. Hadis ini nyata sahih yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari.

Aku bukan apa kekadang rasa sedih tengok orang Islam terpengaruh dengan perkara-perkara sebegini. Atas sebab itu, aku coretkan di sini. Coretan aku ini aku ambil dan edit sikit-sikit daripada sumber asalnya di Mufti Negeri Terengganu. Kalau nak tahu lagi apa yang lagi ciri-ciri hadis ini yang menjadikannya palsu, rujuk la di sumber asalnya itu.



3 comments:

Anonymous said...

beribadat kerana Allah, jgn beribadat kerana Ramadhan.

:)

Anonymous said...

beribadah dgn sebab kita tahu apa yg kita kerjakan, dgn kata lain berilmu, beramal, bertaqwa...

Barunakbelajar said...

2 along naim and like2cmoon:

Anda berdua betul..Kalau boleh apa yang kita amalkan tu biarla kita tahu asal usulnya..jangan main ikut jer..