05 June 2007

Ampun Tuanku..Hamba tak tahu..

Hari Jumaat lepas aku telah diarahkan oleh bos aku untuk buat wording sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong..Ianya akan digunakan untuk dipaparkan di billboard (screen besar) company aku punya..Maka aku buatla wording seperti di bawah..








Petang tu kebetulan ada mesyuarat, aku bawa la wording tu untuk disemak oleh bos aku..Dia tengok jer,terus dia pandang aku dengan serius..Ini adalah dialog perbualan antara aku dan bos aku:

Bos : Anta ni tak nak belajar..belajar la dengan orang lain!!

Payed: Terdiam..(Dalam hati cakap Belajar mende?)

Bos: Ni..(sambil tunjuk kat wording).. mana boleh guna Duli Yang Maha Mulia untuk Yang di-Pertuan Agong..tak boleh..(dengan ganas dia potong perkataan tu dengan pen)..lain kali anta belajar..jangan malas tak nak belajar..

Payed: Baik Dato'..saya akan betulkan sebelum masuk kat billboard (dalam hati aku cakap Ni aku belajar la ni..belajar melalui pengalaman)

Aku berlalu pergi..masa aku jalan nak ke kerusi aku, nampak member aku senyum mengejek kat aku..takpe kau..ko gelakkan aku, aku kena marah..

Moral of the story..Korang tak boleh jadi agong..yang boleh jadi agong hanyalah sultan atau raja di negeri..hahahah...Aku dapat satu maklumat berguna hari ini iaitu: "PERKATAAN DULI YANG MAHA MULIA TIDAK BOLEH DIGUNAKAN UNTUK YANG DI-PERTUAN AGONG"..Aku selit kat celah2 sereberum dan serebelum aku..Ingat sampai mati..