29 June 2007

Tidak Puas Hati..

Semalam masa mesyuarat aku suarakan satu pendapat..Pendapat aku ini hanya bermaksud satu, iaitu untuk menghasilkan yang terbaik yang mana ianya akan memberi imej yang positif kepada tempat kerja aku..Untuk menghasilkan yang terbaik, perlu kerjasama daripada semua pihak..Aku sebagai penyusun maklumat dan mungkin seorang dua lagi yang akan membuat design..Tapi pendapat aku ditolak..mungkin kerana orang yang perlu membuat design tu takut kerja dia makin bertambah..serius aku katakan aku bukan ingin menolak kerja, tapi aku tiada kemahiran dalam design..aku perlukan orang lain untuk membantu..Kalau aku tahu dan berkemahiran memang aku boleh buat sendiri.. Hangin tol aku..Pendapat aku disanggah malah pendapat orang yang perlu membuat design itu disokong oleh orang yang aku rasa tidak faham tentang pengoperasian system tersebut..heeee memang aku hangin..

Tapi aku ambil itu sebagai cabaran..Aku akan belajar buat design..Takpe tak mahu tolong aku..dan hari ini buat pertama kalinya aku menggunakan software Adobe Illustrator dan aku tak percaya aku mampu buat..Walaupun korang rasa biasa jer,tapi ini kejayaan pertama aku (TENGOK GAMBAR BAWAH)..Terima kasih kepada kawan aku Ust Sh kerana ajar aku basic guna software ni..Dan sekiranya apa yang aku buat dikritik kata "Tak cantik,tak menarik, tak tertarik dan tak da bomb, bersiap sedia..Aku akan pulangkan paku buah serpih (betul ker peribahasa ni)..AKU AKAN CAKAP.."TULA HARI TU TAK NAK TOLONG"...biar korang tahu apa maksud aku sebenarnya..


p/s: Mungkin korang tak faham apa aku nak cerita..Aku bagi cerita kabur2 sket sebab untuk jaga kepentingan aku dan orang-orang berkenaan..

3 comments:

Gadis said...

ok murid2..arini cikgu nak ajar satu pelajaran baru iaitu memasukkan lagu dlm blog masing2..ok murid2 boleh sediakan pen dan kertas..catit isi penting ni ok..cuba utk fokus..

langkah pertama, pergi kt www.imeem.com, apepehal kene register dlu, free je, pastu dh register, taip lagu yg kt nak dekat kotak yg di sediakan, pastu akan kuar la lagu2 tersebut..pastu kt bwh lagu tu ade html code tu, copy je code tu then paste kan dkt html blog plak..kalau nk bukak2 page je trus ade lagu, bleh klik auto play mase nk generate code lagu tu..

ok, takat ni saja pembelajaran kita..murid2 boleh mula mencuba, kalau ada apa2 masalah cuba selesaikan sendiri..haha

Gadis said...

sama2..murid2 boleh duduk sekarang..lagi 3 hari cikgu akan pantau prestasi murid2 yer..so boleh la mula mencuba dari sekarang..satu lagi jangan lupa yer pesan kat parents yuran sekolah dh tangguh 3 bulan ni, haha

Barunakbelajar said...

Ala takperla tak bayar..bukan yuran cikgu punya..sekolah punya..