13 August 2007

Recover My File

Permulaan minggu aku dimulakan dengan sesuatu yang mengejutkan dan mendebarkan aku..Hari ini hari Isnin aku memulakan kerja aku dengan buat partition baru di pc aku kat ofis..Aku guna Partition Magic..Ianya berjalan lancar tanpa masalah..Masalahnya bermula apabila aku nak pindahkan fail-fail dalam My Documents ke dalam partition baru aku..Aku copy fail-fail dalam My Documents then aku pastekan dalam partition baru..

Setelah hampir separuh fail-fail tu masuk dalam partition baru, sekali keluar arahan mengatakan ada satu fail tidak boleh dipindahkan, so aku tekan ok..bila aku tekan OK dia pun delete satu persatu fail yang telah dialihkan ke dalam partition baru..Aku ok lagi..Dan tiba waktu yang mendebarkan dan menaikkan bulu roma aku bila aku nak copy balik fail dalam My Document dan pastekan semula..Aku dapati semua fail original yang aku nak copy dah hilang..Aiyaaaaa dia delete sekali ker? AKu menggelabah rasa nak menangis pun ada..Banyak gila maklumat aku dalam tu..Yang paling penting laporan tahunan yang aku buat daripada bulan 5 hari tu..Letih aku mengarang buat benda tu..Dahla minggu depan kena masuk meeting..AKu mula menggelabah, bangun, duduk, pegang kepala..camana ni?

Aku pun call la member aku dekat ICT Department..Dia pun datang tempat aku..Godek..Godek.. tak jumpa jugak ke mana hilang documents tu..Last-last search dalam internet cari software yang boleh buat recovery files..then dia jumpa satu software..Nama software tu Recover My Files..Dia cakap ni 1st time dia guna..Dia pun download dan install..Alhamdulillah setelah hampir sejam search guna software tu, fail-fail yang dah delete dijumpai kembali..Syukur aku..Rasa nak menangis pun ada..

ALhamdulillah..Arakian itu, hari ini satu hari aku tak buat keje..aku kena recover balik semer fail-fail yang terdelete..banyak gila..pc pun jadi slow bila dia search fail-fail yang terdelete tu..Harap esok aku dah boleh mula buat keje balik..So moral of the story backup la fail2 penting korang, dah jadi nanti, menangis tak berlagu la weiii..Tapi member aku cakap dekat LowYat ada service untuk buat recover file..Kalau dah format pun, boleh cari lagi..Tapi kena bayar dalam RM50..

p/s: Software tu sebenarnya kena beli baru boleh guna,trial version ada tapi just untuk preview sahaja..Tapi member aku Mr.Phrozen, dia pandai cari crack dalam internet..Dapat..heheh..

6 comments:

Ikhwan Hayat said...

Hehe. Aku pernah jadi sekali lebih kurang camni. Tapi takleh recover sbb file tu aku terdelete lama dah.

Right click kat icon My Document tu, ada option utk pilih folder path, jadi boleh letak maybe D:\MyDocuments\ ke.. dia akan move kan file2 kita lepas kita click "OK". Lepas tu, lain kali kita click My Documents dari start menu atau dari desktop dsb, kita akan pergi ke folder tu.

Barunakbelajar said...

Owhh gitu ker..hmm kalu ko bagitahu aku awal2, taklah susah aku..tapi nak buat camana dah terbuat..Terima kasih atas tunjuk ajarmu..

Gadis said...

aku penah kena mende yg sama..kena maki apa sume lengkap..rasa cam nak diri atas bumbung KLCC pastu lompat (ni aku tambah je)..huhuh..tp aku guna file recovery gak, nasib dapat, tp dapat pun lepas kena maki ngan boss, hehe..syukur gak laaa

Barunakbelajar said...

Kenapa kena maki ngan bos?Ko hilangkan fail dia ker? Ker ko sajer delete sebab tak nak buat keje..macamla aku tak tahu taktik tu..

Siapa la Aku ini... said...

Payed...bila baca artikel demo nih, rasa seram sejuk pulok..bukan apa kat pc akupun berlambak dokumen penting..sesulit lagi..bila la nk buat back-up!!!???

Barunakbelajar said...

buat la sket2..takdela ge;abah kalau dah jadi..kalau tak nak backup hafal seme yang ko buat..lagi bagus..