11 May 2007

Menangis..

Menangis itu fitrah semulajadi manusia..masa kecik kita biasa menangis bila kena kacau ngan abang, kena marah ngan ayah, kaki kena ekzos motosikal dan banyak lagi.. Ketika aku mula meningkat remaja, aku menangis kerana aku kehilangan ibu aku..masa tu aku memang cukup sedih..dan mulai saat itu aku ingat..Hanya kematian yg boleh menyebabkan air mata aku mengalir (Tangisan kerana ALlah itu dah pastila..)

Tetapi aku silap..kerana aku mula menangis disebabkan perkara-perkara selain kematian..banyakla aku menangis..dan yg terbaru malam tadi..Hati aku cukup tersentuh..Adakah aku ini suami yg tak mampu menyediakan keselesaan, barangan dan kelengkapan yang terbaik utk isteri aku? Sebak aku..Biasanya aku marah kalau isteri aku sindir aku..tetapi malam tadi marah tu tidak, tp aku rasa sedih..Ni pun masa aku menulis rasa sebak2 jer..Moga Allah membimbing aku menjadi suami yang soleh..Kepada isteriku..Maafkan aku sekiranya aku tak mampu..Kebendaan jerla kalu satu lagi aku memang mampu BAHKAn lebih dari mampu..HAHAHA..okla saja nak share ngan korang..Inila salah satu ujian Allah untuk uji hambaNya..


1 comment:

Gadis said...

doa banyak2..sabar banyak2..huhu