09 May 2007

Setup EZNET account

I just connect a phone line to my home 3 days ago. My colleagues said that Telekom provides internet connection to all Telekom line subscribers without required them to register internet account such as TMENT, Jaring, TIme.net and etc.

Aku saje nak try English aku..rasa macam korang tak faham (bukan sbb korang tak pandai tapi sebab aku tak reti).. Sebenarnya aku nak citer pasal Internet..Selama ini kita hanya tahu yang Internet hanya akan boleh digunakan apabila kita mendafar akaun Internet seperti TMnet, Jaring dan sebagainya..TETAPI terbaru ( tak silap aku tahun ini) sesiapa yang ingin menggunakan Internet tidak lagi perlu mendaftar akaun internet tersebut. Sekiranya rumah kita mempunyai line telefon, ianya sudah membolehkan kita melayari Internet.. tetapi kita kena ada jugak modem dial-up dan semestinya korang kena ada komputer la..kalu tak, nak letak kat mana modem tu..

So hari ni aku dengan baik hatinya nak tunjukkan cara-cara setting komputer kita bagi membolehkan kita melayari Internet.. Baca elok2..

1st: Klik start dan cari "Control Panel" dan klik "Control Panel" tu..lepas tu akan keluar tetingkap macam kat bawah..ok lepas tu korang pegi dekat "Network Connection" dan double click.
















2: Lepas korang dah double clik "Network Connections", tetingkap seperti di bawah akan muncul. So korang tengok sebelah kiri, atas ada tulis " Network Tasks". Tengok bawah dier ada tulis "Create a New Connection".Clik yang tu.





3. Then, tetingkap mcm kat bawah akan muncul. Korang click dekat "Connect to the Internet dan click "Next".





4. Then akan keluar mcm tetingkap di bawah. Korang pilih yg tengah iaitu "Set Up my connection manually" dan click "Next" lepas tu.




5.Then keluar tetingkap mcm di bawah. Korang pilih atas sekali "Connect using a dial-up modem" dan click "Next".




6. Then akan keluar tetingkap macam kat bawah. Korang type EZNET (huruf kecik pun takpe) pastu click "Next".



7. Seterusnya korang masukkan nombor 1315 dalam ruangan "Phone number" dan macam biasa tak payah cakap, click "Next".



8. Then, akan muncul tetingkap seperti di bawah. Anda kosongkan semua ruang tak perlu isi apa-apa. Cuma tick pada box " Make this the default Internet Connections".




9. Sudah siap. Sekarang korang hanya perlu tick dekat box " Add a shortcut to the connection to my desktop" dan terus click "Finish".



10. Sekarang apa korang perlu buat? Korang boleh tido, nak makan pun boleh, nak tengok tv pun boleh.Terpulang pada korang..Sebaiknya korang cuba la connect Internet. Korang tengok kat desktop ada tak icon "EZNET" (seperti imej di bawah)




Double click then terus korang click "Dial".Tak payah isi apa-apa dah. Ok?




Tp sebelum itu INGAT! Korang kena sambung cable telefon dr. port kat dinding kepada lubang modem yg tulis "Line". Kalau takleh, korang cuba salah satu lubang.Kalau takleh gak cuba dekat lubang hidungla..kalu takleh gak telepon polis ker bomba ker cakap Internet umah tak jadi.Okla letih aku..tp its ok..this is my first try. Lain kali aku jumpa benda menarik aku update di blog ni.Alrite..amigos.

p/s: Ni kalau cakap kot telefon 5 minit boleh siap.Tp aku tak tahu kenapa aku rajin sangat.Aku amik masa 2 jam buat bende ni.