Puasa dah masuk hari ke-7..3 hari lagi sebelum fasa kedua Ramadhan iaitu Fasa Maghfirah atau Pengampuan..Tapi aku tak tahu apa nak jadi pada diri aku..malas dan malas..nak solat tarawih dah rasa malas..apala nak jadi..UmmuAmar dah sebut nafas pun dah dikira sebagai tasbih..Tapi aku malas nak rebut peluang senang dapat pahala..Ya Allah bantulah hambaMu yang lemah ini semata-mata untuk melawan nafsunya sendiri..Adakah aku dah termakan dengan tarbiyah syaitan selama 11 bulan ni?Adakah aku dah jadi syaitan?Nauzubillah..Ya Allah bantulah aku..Dan Payeeeddd bantulah dirimu sendiri..
Aduhhh..apala nak jadi pada diriku ini..
19 September 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Bukan malas tu.. penat sangat kot.. banyak kerja kat ofis..
2 namsakunm
Penat semua orang penat..Tapi yang penting iman dan keinginan dan kesungguhan..malangnya imanku ini kurang..Isk isk isk...=
..biar sikit tapi istiqomah..
huhu..hidup ni adalah landasan untuk kt mencari hidayah Allah..sekalipun hidayah itu telah dtg, tp kt tak jaga, akhirnya ia akan pergi juga..hidayah Allah sentiasa ada, cuma tugas kita untuk mencari nya, semoga sama2 kt mencari hidayah Nya di bulan yang sungguh mulia ini, plg penting sekali, kena ada kesedaran,berbanding dgn orang yang lalai dan tak sedar dgn kelalaian tersebut..sekurang2 nya ko masih ada kesedaran tu, dan itu sudah ckp baik.
2 Nurkaseh
Aku memang baik pun..hehehe..tapi setakat kesedaran tapi kesungguhan takde, maacm sia-sia jer kan..Tapi terima kasih atas tazkirah dan nasit ko itu
2 ummuamar
Haah Istiqomah tu penting..Tapi diri ini mencari-cari apa yang nak diistiqomahkan?
Post a Comment