15 September 2008

Kepalsuan Fadhilat Solat Terawih..


2 minggu lepas, aku pergi ke satu surau di Shah Alam..Aku terkejut apabila melihat di notis board tertampal fadilat solat terawih..Bagi aku benda tu dah lama dibincangkan oleh tokoh-tokoh agama khususnya di Malaysia berdasarkan kesahihan hadis tersebut..Namun mungkin masih ramai lagi yang tidak mengetahui mengenai perbincangan tentang hadis tersebut..Mungkin disebabkan kurang hebahan mengenai etrsebut atau malas nak ambil tahu. So di kesempatan ini aku "paste"kan satu artikel yang aku ambil dari laman web Mufti Negeri Terengganu yang membincangkan mengenai "hadis" tersebut yang sebenarnya bukan hadis..

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut:


  1. Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala)

  2. Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

  3. Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

  4. Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..
Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehinggalah malam ke-30

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim). Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..
Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)
Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)
Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Cukup setakat tu aku paste..kalau nak tahu apa lagi yang dalam hadis tu menimbulkan keraguan dari segi kesahihannya, bacalah laman web Mufti Terengganu itu..

Jadi sekarang kita sudah tahu bahawa ianya bukanlah lagi hadis..Hadis palsu pun bukan..So kalau bukan hadis, apa lagi?Ianya adalah rekaan semata2..Oleh itu berdasarkan apa yang diberitahu melalui artikel di atas, janganlah kita beramal dengan sesuatu yang dikatakan hadis kerana ianya satu pendustaan ke atas Rasulullah s.a.w

6 comments:

Unknown said...

..betul tu..normally bende2 mcm ni lebih mempengaruhi mrk2 yg 'SEDANG MENCARI'

Barunakbelajar said...

Betul tu..so sama-samalah kita menyampaikannya terutama kepada orang yang 'SEDANG MENCARI'..Tapi pastikan bukan yang sedang mencari isteri atau suami..

Unknown said...

..sudahlah ko..

oakleyses said...

christian louboutin outlet, louboutin pas cher, uggs on sale, sac longchamp pas cher, prada outlet, oakley sunglasses wholesale, replica watches, oakley sunglasses, polo ralph lauren outlet online, tiffany jewelry, jordan pas cher, nike free, prada handbags, longchamp outlet, kate spade outlet, louis vuitton outlet, louis vuitton outlet, longchamp outlet, cheap oakley sunglasses, nike air max, longchamp pas cher, ugg boots, christian louboutin shoes, christian louboutin uk, nike roshe, replica watches, chanel handbags, ray ban sunglasses, nike free run, tiffany and co, air max, tory burch outlet, louis vuitton outlet, christian louboutin, polo outlet, ray ban sunglasses, oakley sunglasses, michael kors pas cher, ray ban sunglasses, longchamp outlet, louis vuitton, nike outlet, polo ralph lauren, ugg boots, nike air max, burberry pas cher, gucci handbags

oakleyses said...

true religion outlet, coach purses, hollister uk, michael kors outlet online, replica handbags, abercrombie and fitch uk, hollister pas cher, coach outlet, ray ban uk, oakley pas cher, michael kors outlet, new balance, north face uk, true religion outlet, kate spade, hogan outlet, lululemon canada, nike free uk, michael kors outlet online, nike tn, nike air max uk, michael kors, ralph lauren uk, nike air force, converse pas cher, coach outlet store online, nike blazer pas cher, nike air max uk, nike roshe run uk, sac vanessa bruno, north face, uggs outlet, michael kors outlet, guess pas cher, michael kors outlet, nike air max, sac hermes, burberry handbags, mulberry uk, uggs outlet, timberland pas cher, michael kors, vans pas cher, polo lacoste, true religion jeans, michael kors outlet online, michael kors outlet online, burberry outlet, ray ban pas cher

oakleyses said...

ray ban, reebok outlet, oakley, gucci, new balance shoes, hollister, mcm handbags, chi flat iron, valentino shoes, nike roshe run, mont blanc pens, converse outlet, nike trainers uk, abercrombie and fitch, p90x workout, insanity workout, asics running shoes, wedding dresses, nike huaraches, longchamp uk, nfl jerseys, instyler, hermes belt, north face outlet, baseball bats, celine handbags, beats by dre, jimmy choo outlet, converse, soccer jerseys, herve leger, ghd hair, lululemon, soccer shoes, timberland boots, bottega veneta, babyliss, nike air max, iphone cases, hollister clothing, ralph lauren, vans outlet, mac cosmetics, north face outlet, vans, hollister, ferragamo shoes, giuseppe zanotti outlet, nike air max, louboutin