Semalam masa mesyuarat aku suarakan satu pendapat..Pendapat aku ini hanya bermaksud satu, iaitu untuk menghasilkan yang terbaik yang mana ianya akan memberi imej yang positif kepada tempat kerja aku..Untuk menghasilkan yang terbaik, perlu kerjasama daripada semua pihak..Aku sebagai penyusun maklumat dan mungkin seorang dua lagi yang akan membuat design..Tapi pendapat aku ditolak..mungkin kerana orang yang perlu membuat design tu takut kerja dia makin bertambah..serius aku katakan aku bukan ingin menolak kerja, tapi aku tiada kemahiran dalam design..aku perlukan orang lain untuk membantu..Kalau aku tahu dan berkemahiran memang aku boleh buat sendiri.. Hangin tol aku..Pendapat aku disanggah malah pendapat orang yang perlu membuat design itu disokong oleh orang yang aku rasa tidak faham tentang pengoperasian system tersebut..heeee memang aku hangin..
Tapi aku ambil itu sebagai cabaran..Aku akan belajar buat design..Takpe tak mahu tolong aku..dan hari ini buat pertama kalinya aku menggunakan software Adobe Illustrator dan aku tak percaya aku mampu buat..Walaupun korang rasa biasa jer,tapi ini kejayaan pertama aku (TENGOK GAMBAR BAWAH)..Terima kasih kepada kawan aku Ust Sh kerana ajar aku basic guna software ni..Dan sekiranya apa yang aku buat dikritik kata "Tak cantik,tak menarik, tak tertarik dan tak da bomb, bersiap sedia..Aku akan pulangkan paku buah serpih (betul ker peribahasa ni)..AKU AKAN CAKAP.."TULA HARI TU TAK NAK TOLONG"...biar korang tahu apa maksud aku sebenarnya..
p/s: Mungkin korang tak faham apa aku nak cerita..Aku bagi cerita kabur2 sket sebab untuk jaga kepentingan aku dan orang-orang berkenaan..