24 August 2007

Cari Duit Guna Blog

Sebenarnya secara jujurnya aku mengaku aku buat blog pakai blogger kerana aku nak cari duit lebih..Aku ingat senang dapat duit..Bermula dengan promosi oleh anak saudara aku, pastu aku cari dalam internet dan aku mula terpengaruh dengan program adsense ni..Aku pun try la Google Adsense..Baca web dia perghh aku memang nampak duit..macam senang gila dapat duit..




Lalu aku buka blog dan terus letak Google Adsense kat blog aku dengan tanggapan esok hari aku dah dapat duit..hahahaha..lawak-lawak..Mana boleh dapat..hit blog aku bawah 10..tu pun sebab aku yang masuk..hahaha...Pastu bila susah dapat duit, aku mula fed-up dan putus asa..hahah..aku pun mula survey pendapat orang lain mengenai adsense ni..member aku cakap Google Adsense ni memang berkesan kalau hit web mencapai 10,000 sehari..masa tu memang goyang kaki la empunya web..Tapi kalau setakat hit 10 15 20 hehe baik tak yahla letak..

Tapi di sebalik kegagalan aku itu, kesungguhan aku untuk masuk adsense ini membolehkan aku tahu sikit pasal web..kalau dulu tak tahu apa guna frontpage dan dreamwaver, skang ni tahu la sket2 walaupun tak pandai guna..tahula sket2 nakpakai html code..kira ada hikmah jugak la walaupun adsense aku tak menjadi..hahaha..

So hingga sekarang akaun Google Adsense aku adalah $0.00..haha..tapi alang-alang aku dah register, aku masuk jer la dalam blog..mana tahu ada orang jahil click iklan google tu..


2 comments:

Siapa la Aku ini... said...

Di sebalik kesusahan..ada hikmahnya..banyakkan bersabar..pah ni kena fikir cara lain kot nk tambah ongkos..akupun sama la dok asyik fikir camna nk tambah RM..hihi..dunia2 dunia2

Barunakbelajar said...

Takpe..dunia yang membawa kebaikan di akhirat..