p/s: Merdeka! Merdeka!Merdeka..(Buka Tangan, Jangan Genggam)
31 August 2007
Happy 50th Independence Day
p/s: Merdeka! Merdeka!Merdeka..(Buka Tangan, Jangan Genggam)
Coretan oleh Barunakbelajar pada 22:27 11 comments
Topik Coretan: Happy 50th Independence Day
24 August 2007
Cari Duit Guna Blog
Sebenarnya secara jujurnya aku mengaku aku buat blog pakai blogger kerana aku nak cari duit lebih..Aku ingat senang dapat duit..Bermula dengan promosi oleh anak saudara aku, pastu aku cari dalam internet dan aku mula terpengaruh dengan program adsense ni..Aku pun try la Google Adsense..Baca web dia perghh aku memang nampak duit..macam senang gila dapat duit..
Lalu aku buka blog dan terus letak Google Adsense kat blog aku dengan tanggapan esok hari aku dah dapat duit..hahahaha..lawak-lawak..Mana boleh dapat..hit blog aku bawah 10..tu pun sebab aku yang masuk..hahaha...Pastu bila susah dapat duit, aku mula fed-up dan putus asa..hahah..aku pun mula survey pendapat orang lain mengenai adsense ni..member aku cakap Google Adsense ni memang berkesan kalau hit web mencapai 10,000 sehari..masa tu memang goyang kaki la empunya web..Tapi kalau setakat hit 10 15 20 hehe baik tak yahla letak..
Tapi di sebalik kegagalan aku itu, kesungguhan aku untuk masuk adsense ini membolehkan aku tahu sikit pasal web..kalau dulu tak tahu apa guna frontpage dan dreamwaver, skang ni tahu la sket2 walaupun tak pandai guna..tahula sket2 nakpakai html code..kira ada hikmah jugak la walaupun adsense aku tak menjadi..hahaha..
So hingga sekarang akaun Google Adsense aku adalah $0.00..haha..tapi alang-alang aku dah register, aku masuk jer la dalam blog..mana tahu ada orang jahil click iklan google tu..
Coretan oleh Barunakbelajar pada 21:05 2 comments
Topik Coretan: Cari Duit Guna Blog
Pendekkan Penulisanmu
Setelah aku mengkaji tulisan-tulisan di blog aku dan blog orang lain, aku mendapati post yang panjang tidak akan dibaca atau kurang dibaca oleh pelawat-pelawat web..Orang hanya suka membaca suatu yang ringkas dan padat serta menarik..Walaupun post yang panjang itu menarik, memang orang akan susah nak baca..Contoh post aku Untuk Suami atau Bakal Suami..Best baca tu tapi memang orang tak baca..(Atau Aku Jer Rasa BEst Baca)..Tapi yang penting kalau nak tulis post, tulis pendek-pendek jer.. Macam post aku yang ini..
Satu lagi kalau korang letak gambar kat post, memang boleh menambah tarikan untuk orang membacanya..Tapi kena gambar yang sesuai la..Okla sampai sini..kita berjumpa lagi di lain siaran..Majulah Blog untuk Goblok..Hahaha..Gurau jer..
p/s: Pelik aku..Kenapa tiba-tiba aku rasa terpanggil untuk menulis pasal ini..
Coretan oleh Barunakbelajar pada 12:45 4 comments
Topik Coretan: Pendekkan Penulisanmu
20 August 2007
Evan Al-Mighty
Ni aku petik kata-kata Mufti Johor Datuk Nooh Gadut dalam Harian Metro, 20 Ogos 2007. Fikirkan..
Coretan oleh Barunakbelajar pada 23:03 6 comments
Topik Coretan: Evan Al-Mighty
18 August 2007
Cara Mudah Kopek Durian..
Coretan oleh Barunakbelajar pada 11:29 7 comments
Topik Coretan: Cara Mudah Kopek Durian..
17 August 2007
Untuk Suami atau Bakal Suami
Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah.
Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.
Satu malam Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah"
Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, dia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak.
Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.
Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur.
Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran.
Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan.
Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.
Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi.... Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe...
Bolehlah rasanya nak berehat sikit. Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur..tak pasti pukul berapa.
Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni.
Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...." Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari??? ....Beranaaak? ??....... Waaaaaa.. takmo... takmo... takmmmoooooooo! !! "Bang, bang... Abangggg... apasal niii..??" Sergah satu suara di sisinya.
Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami??? "Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan. Tentulah abang yang jadi suami..... Appa punya lawak pagi-pagi buta ni....."
Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh... Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya.... .....
Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan dilindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.
Coretan oleh Barunakbelajar pada 12:53 0 comments
Topik Coretan: Untuk Suami atau Bakal Suami
13 August 2007
Recover My File
Setelah hampir separuh fail-fail tu masuk dalam partition baru, sekali keluar arahan mengatakan ada satu fail tidak boleh dipindahkan, so aku tekan ok..bila aku tekan OK dia pun delete satu persatu fail yang telah dialihkan ke dalam partition baru..Aku ok lagi..Dan tiba waktu yang mendebarkan dan menaikkan bulu roma aku bila aku nak copy balik fail dalam My Document dan pastekan semula..Aku dapati semua fail original yang aku nak copy dah hilang..Aiyaaaaa dia delete sekali ker? AKu menggelabah rasa nak menangis pun ada..Banyak gila maklumat aku dalam tu..Yang paling penting laporan tahunan yang aku buat daripada bulan 5 hari tu..Letih aku mengarang buat benda tu..Dahla minggu depan kena masuk meeting..AKu mula menggelabah, bangun, duduk, pegang kepala..camana ni?
Aku pun call la member aku dekat ICT Department..Dia pun datang tempat aku..Godek..Godek.. tak jumpa jugak ke mana hilang documents tu..Last-last search dalam internet cari software yang boleh buat recovery files..then dia jumpa satu software..Nama software tu Recover My Files..Dia cakap ni 1st time dia guna..Dia pun download dan install..Alhamdulillah setelah hampir sejam search guna software tu, fail-fail yang dah delete dijumpai kembali..Syukur aku..Rasa nak menangis pun ada..
ALhamdulillah..Arakian itu, hari ini satu hari aku tak buat keje..aku kena recover balik semer fail-fail yang terdelete..banyak gila..pc pun jadi slow bila dia search fail-fail yang terdelete tu..Harap esok aku dah boleh mula buat keje balik..So moral of the story backup la fail2 penting korang, dah jadi nanti, menangis tak berlagu la weiii..Tapi member aku cakap dekat LowYat ada service untuk buat recover file..Kalau dah format pun, boleh cari lagi..Tapi kena bayar dalam RM50..
p/s: Software tu sebenarnya kena beli baru boleh guna,trial version ada tapi just untuk preview sahaja..Tapi member aku Mr.Phrozen, dia pandai cari crack dalam internet..Dapat..heheh..
Coretan oleh Barunakbelajar pada 21:30 6 comments
Topik Coretan: Recover My File
09 August 2007
Moody..
Lama Sungguh Aku Tak Update blog Aku..Lebih Kurang 2 Minggu..Tak berkesempatan dan juga tiada Point Untuk Menulis..Aku Mengucapkan Terima Kasih Kepada Pengunjung Blog Aku (Sekiranya Ada)..Sekarang Ini Mood Menulis Kureng Sket..Ok CChioww..
Coretan oleh Barunakbelajar pada 10:24 1 comments
Topik Coretan: Moody..
02 August 2007
Huahuauaaahahahahaha...
Sekumpulan pasukan pengakap sekolah berkhemah di hutan lipur. Setiap khemah dikhaskan untuk 3 orang pelajar. Dalam sebuah khemah, sewaktu tidur.
A: Oi sape kentut ni? cinabeng betul!
B: Bukan aku
C: Aku pun bukan
A: Aku yang bau dulu, jadi bukan aku
B: Baunya macam telur. Tak pernah aku terbau kentut sebusuk macam ni,macam kentut musang.
C: Haa'ah busuk nak mampus, mungkin telur yang dimakannya tadi telur temelang. Bodo la sapa yang kentut ni. Telur temelang pun nak makan. Macam biawak!!
A: Oiii ckp baik-baik sikit, aku makan telur separuh masak la.
B&C: Ooooo......
Coretan oleh Barunakbelajar pada 12:24 0 comments
Topik Coretan: Huahuauaaahahahahaha...
Anakku Asma..Sayang Dier
Aku tak pernah tunjuk kat korang gambar anak aku ek..Ni aku letak gambar dier..Wan Asmaa..namanya ringkas dan pendek..senang sebut senang ingat..aku tak nak nama dia jadi macam nama aku..panjang sampai kena ada 2 kad pengenalan.. nak isi borang lagi jenuh..kena kira dulu kotak cukup ker tak nak tulis nama aku..
Coretan oleh Barunakbelajar pada 10:19 4 comments
Topik Coretan: Anakku Asma..Sayang Dier
01 August 2007
Seminggu Kita Berpisah..
So sepanjang aku kat sana, aku tinggal anak bini aku..rindu membuak2..kepada anak aku rindu, kepada isteri aku rindu jugeeee..hehehe...masa berjauhan memang teringat sangat..sekali tu aku call isteri aku, aku dengar anak aku nangis..perghh sedih giler, sayu jer rasa..rasa cam nak menitik air mata..Semalam aku sampai, berdozen-dozen aku cium n peluk dia..lepas tu tukar giliran kepada isteri aku pulak...hehehe...takperla halal..
Tapi masa berjauhan ni, iman kena kuat..Masa berjauhan gini, kalau boleh aku nak jer isteri aku bomohkan aku supaya nak kat dia jer..Mana tahu tengah berjauhan sekali kena bomoh ngan awek lain atau kita bomohkan awek lain. okla dah panjang aku mencoret..Lepaskan geram..hujung minggu ni g langkawi plak..tinggal lagi anak n isteri aku..bulan ni jer kot..takperla sekali dalam setahun..
Coretan oleh Barunakbelajar pada 19:23 2 comments
Topik Coretan: Seminggu Kita Berpisah..